Bukan Blog Kamu: Melawat Zoo Taiping

Monday, September 28

Melawat Zoo Taiping



Tersinggah je ni hehe.. cerita basi takde bau bulan lepas..
 kisahnya apabila sehari sebelum tu cik laki ada
bengkel matematik di padang rengas.. terletak di tengah2
antara kuala kangsar dan taiping.. tapi dekat lagila 
dengan kuala kangsar tu... bengkelnya sabtu dan ahad pagi..
selesai bengkel mula la cari tempat nak jenjalan..

memula nak ke ulu kenas je.. antara tempat dating
dulu.. k0non nak bawak anak pulak kali ni,.
tapi cam tak sesuai sebab ada baby.. nanti baby dah
besar skit dah boleh mandimande di luar boleh la 
cecuba nak mandimande di mana2 yang best..

dah taktau nak pegi mana ajak la ke zoo taiping
lagi sekali.. padahal dah pegi dah tahun lepas kot..
masa tu abang long banyak tido.. tak layan pun dia
binatang2 di zoo tu.. kali ni bawak nak tunjuk
kat dia binatang2.. hmm budak ni.. tak menikmati
langsung! Mujurla dia tiket free je... sibuk dia
berlari tak ingat tanah ada kat bawah agaknya!


Si nawfal lari2.. maknye jaga baby..
cik laki beli tiket dewasa.. rm16 je untuk dewasa..


Citenit baik je duk lam stroller..
siap dah beli kipas siap2 takut panas..
okla memula je.. dah datang mood nak 
menyusu tu satu zoo dengar dia nanes..


ha tengok apak dia pegi kejar balik si nopal
yang lari ke belakang semula hahah..
jenuh la daddy dia sabor je kejar anak dia
yang kuat lari tu.. dah digelar wadi pulak
Dengan pak2 sedara dia sebab kuat sangat lari..


Ha tu dia dapat dicekup kehkehkeh...
letak atas.. tak reti duk diam..
manjang nak lari sini sana..
lagi2 dlam zoo ni,.. ee bahaya sana sini..

Lari sana sini.. tah bape kali jatuh...
nanges jap pastu lari balik.,
tengok tu ligat kemain!!


Dedi dukung.. tak larat kejar..
tengok orang hutan.. tu dia.. nampak?


Hai orang utann!! Macam orang utan la orang utan nih



Dedi larat melayan.. dukung.. mami ko tak larat nak
dukung dia.. nampak je kurus tapi berat tulang jantan..
lenguh!! Ada tren dlam tu.. tren ke panggil dia?
Tapi sebab bawak stroller payah pulak nak naik
tren2 bagai.. so jalan la nampaknya.?. Lenguh oii..
ni baru zoo taiping.. kalau zoo negara lagi bapak besar..
nanti anak dah besar2 boleh layan zoo negara pulaklah..



tu nampak? Tengok rusa terlepas Kandang.. hehe..
mujur rusa je oit.. kalau rimau ke singa ke
udah laari lintang pukang dah hehehe..
monyet beruk toksah cakapla memang bersepah
je dionatang tu di luar kandang dionatang hehe..

Nyampah betoi.. time nak pakai monopod tula dah
rosak plak,, masa tak pakai elok je nengoknya..
hmm kene carik barula nampaknya.. 


Nengok beruang matahari.. kalau kene lempang
mau pengsan.. tapi cam jinak je beruang ni.. somell..

Ha tengok tu nawfal.. kalau tak dipegang
nak dimasukknya dalam kolam gajah tu..
hahaa.. 


Ok baru ada makcik senah.. kalau penah pegi zoo taiping 
ni taula tempat gajah ni dah nak smpai pintu keluar..
tak jalan semua tempat pun.. nawfal ligat berlari..
nafisa dah mula meragam nak tido.. hari pun nak hujan..
dahla tu haih.. maknya pun dah penat nak jalan2...
mohla kita balik.. bosan pulak tengok haiwan..
sebaik tahun lepas dah habih tawaf zoo tepeng ni..



Ok dah.. tak banyak gambar.. dulu dah banyak bergamba2
fokus nak balik je dah.. ondaway balik tu singgah rnr
lepas keluar highway taiping.. tido sejam lebih.. haha
punya la ngantuk.. semua tido dalam kete..

dah terjaga tu terus balik rumah di ipoh..
tak jauh tapi dah ngantuk sangat tido dulula..

sekian cerita tersinggah zoo tepen.. 
Okbaibai


Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

0 2 ORANG KATA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...