Friday, March 29

SEJUTA??? Alhamdulillahhh....!!!


Cecah dah sejuta? isnin haritu tengok baru 900k++
dah bape hari tak tengok blog.. tak update blog..
banyak urusan tade masa nak online... cecah dah sejuta10k ++..

contest kene kensel.. atas nasihat dari penasihat..
dedahkan jela senang.. hari2 yang makin bizi.. 
tengah semanagat dan fokus pada bisnes coklat..
tak terlayan nanti..maka abaikan saja hehe..


hasil tabungan nuffnang 2 tahun.. barula nak merasa kikiki..

terima kasih menyinggah di blog usang ni.. 
terima kasih menyapot blog usang ni..
terima kasih skodeng senyap2 blog usang ni..
terima kasih menaikkan trafik blog usang ni...

Monday, March 25

Happy birthday to me hehe

Meningkat lagi usia menginjak ke 29 tahun pulak dah...
tahun depan ke angka 30 perghh.. tak suka nya dah tak remaja lagi!!

Semoga impian saya akan tercapai, disihatkan tubuh badan,
makin bahagia dengan suami dan Nawfal serta bakal adik2nya haha 
dan bertambah matang hendaknya diri ini menempuh pancaroba dunia..

tak tau la kemana di harijadi ni.. cuti sekolah cik asben pon cutila seminggu..
boleh ronda-ronda kotaraya berjoli sakan tak ingat dunia heh heh heh

 # ENTRY AUTOPUBLISH #

Sunday, March 24

Tips Penyusuan Buat Ibu Hamil Sulung



Buat semua ibu muda yang hamil kali pertama, jangan terperanjat
 jika hari pertama bersalin susu buat bayi tiada. Apa yang perlu
anda lakukan, berikan baby minum payudara anda secara direct,
 elakkan mengepam atau penggunaan botol susu dilarang
 sama sekali kerana ini boleh mengganggu penyusuan.

Jangan bimbang bayi tak kenyang, bayi yang baru lahir perutnya
 hanya sebesar guli. Berikan susu ibu seawal dan sekerap yang boleh.
InsyaAllah hari ketiga susu anda akan mula keluar.. Dan anda
dapat terus menyusukan si manja anda dengan jayanya, insyaAllah.
Yang penting ada kemahuan sejak anda mengandung lagi
dan rajin buat pembacaan ya...

Boleh baca tips banyakkan susu ibu di SINI



Saturday, March 23

Petua Mengatasi Puting Tenggelam atau Mendatar




Antara masalah penyusuan adalah puting payudara ibu yang
 tenggelam menyukarkan bayi untuk menghisapnya. Jika tidak
dirawat, lama-kelamaan boleh menyebabkan bayi kecewa dan
akhirnya tidak mahu menyusu. Cara untuk merangsang puting keluar:

1. “Nipplet”
Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam
 perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting.
Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

2. Urutan
 Selain itu, anda boleh memberi rangsangan kepada puting dengan
 memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama 2 minit.
Pada masa yang sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan
 ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi
masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan anda
 tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

3. Pam Payudara
 Anda juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang
 puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan sahaja dapat
mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah
memudahkan bayi menyusu.

4. “Breast Shell”
 Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payudara dan
 membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal
 trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya
anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya.
Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi.
Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.

5. Teknik “Hoffman”
 Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu
 payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda.
Dengan itu, anda melakukan regangan ke atas puting dan
melonggarkannya. Puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar.
 Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

6. “Nipple Shield”
Cara ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara
 lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan “nipple shield”
sebagai pengganti puting anda yang tenggelam. Untuk mengelakkan
 bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu
 mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda

Sumber: ensaiklopedia petua melayu lama

Friday, March 22

Tips mengatasi anak meragam



5 Tips Untuk Menangani Anak Meragam :


1) Jangan marah mereka.

2) Cuba pujuk dengan benda yang mereka suka.

3) Lakukan aksi atau mimik muka yang boleh buat mereka tertawa.

4) Jika mereka berjaya diam diri dari meragam, cuba berikan tepukan
 dan bersorak bagi menggambarkan perbuatan mereka itu betul.

5) C
ium dan ucapkan kata sayang kepada mereka sambil
  memberitahu dengan lembut perbuatan (meragam) salah.

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak,
buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian,
bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.
 Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk
 ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1) Pegang si comel anda dengan lembut

2) Bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3) Baca ayat quran dan a'uzubillah hi manasyaitan nir rajim,
 supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.

4) Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5) Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukulnya kononnya
 untuk mendisiplinkan dia. Ini hanya akan menjadikan dia
anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


sumber

Thursday, March 21

Seribu aje? banyak la jugak!!








Alhamdulillah.. dalam 3 minggu yang sangat sibuk,
akhirnya siap sudah 1000 biji coklat bar yang sudah dihantar
dan diterima di Usim, Nilai... lega yang amat bila dah siap!

Terima kasih pada pelanggan yang mengorder...
Baru je meniaga jual coklat dapat tempahan banyak macam ni 
memang mencabar sebagai pengusaha coklat yang masih baru..

Saya sahut cabaran ini dan pengalaman menjadi guru saya
untuk menjadi yang lebih bagus dalam pembikinan coklat..

Nak coklat saya buat? meh datang blogshop saya ni...

Aktiviti sekarang : gigih menyiapkan coklat untuk hantaran pertunangan,
buat coklat untuk pemenang teka teki suka suki di Facebook dan 
2 coklat sebagai hadiah kepada 2 orang yang membantu saya hehe.. 


Friday, March 15

Isaac Nawfal 5 Bulan



Selamat hari bulan yang ke 5 budak Nawfal.. Baby lagi ke ni?
Nanti dah masuk 6 bulan dah boleh mamam.. sekarang ni beliau
amat amat kuat menyusu.. saya memang amik makanan tambahan 
untuk banyakkan susu badan.. supaya beliau kenyang mantop dan bertenaga..

Mula dah menyiarap sejak 4 bulan yang lalu.. sekarang sudah mula mengensot..
tak boleh dah baring atas katil.. takut jatuh sebab satu katil sudah ditawaf..
pernah tidur sebelah dia.. bukak mata elok je tengok dia baring sebelah..
saya tidur balik... terjaga dari tidur sebab teperanjat tengok dia dah terbalik
kedudukannya.. 2 kaki embem dia tu dah hinggap atas muka omak dia nih!!

cizzz!!




gambar-gambar bertutup kepala ketika umur 4 bulan...
mungkin beliau dah terima hakikat untuk bertopi.. sebelum ni menangis je dia..
dah masuk 5 bulan omak kau nanti amik gambar baru yaaa !!

 cek nuffnang dah tiba minggu lepas.. belum clear kan lagi hehe..
Alhamdulillah tiba juga setelah berbulan-bulan menanti.. 
Isnin depan ingat nak buat peraduan sempena dapat cek nuffnnag.. 
kalau sudi join ya.. ada hadiah best menanti... 


Thursday, March 14

Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri



Terjumpa petua.. nak share dan
 boleh jadi amalan kita bersama.. 


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan
 anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar
 serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya,
 tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu
 dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada
bila-bila masa terutamanya pada tarikh yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,
jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya
 pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk
 untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan
dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

banyak lagi dari sumber : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim


Wednesday, March 13

Bila dah penat memang sedap berurut




 Aktiviti bulanan shopping di meru raya ipoh..
letih cari barang ke sana ke sini ke sanun..
jomla rehatkan badan kat kerusi urut ni...

ommanya kat kusi urut sebelah.. takdela lege sangat pun..
sekadar urutan biasa... tapi kalau nak kusi urut yang best
saya penah guna kusi urut Osim... memang melegakan lalu tertidur..!
tiap kali balik kerja.. dapat plak urut kat kusi urut.. memang syiokkk!!
nak mintak cik laki beli satu kusi urut kat umah best gak ni.. hihi



Tuesday, March 12

Jom Teka Nilai Duit Syiling Ni?




Nak coklat free tak? jum main teka teki suka suki ni..
Peraduan ni mudah sangat.. rugi tak join..!!



2) Share gambar di wall FB anda secara PUBLIC supaya admin

coklat ni dapat melihat gambar ini di wall anda.

3) Teka je berapa nilai sebenar dan komen sahaja pada gambar itu..


Tiga langkah mudah untuk menyertai..


- LIKE page ini, SHARE dan teka berapa jumlahnya...

- Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah
paling tepat dan paling hampir..

- Andaikata ada 10 orang teka dengan tepat
maka 10 orang jugalah dapat coklat...

- Tak patuhi syarat dikira tak layak ye
walaupun anda teka paling tepat sekali pun..

- Boleh meneka sebanyak 3 (TIGA) kali sahaja..

- Tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu
13 Mac 2013 jam 12.00 malam..

- Keputusan pemenang akan diumumkan
pada Jumaat 15 Mac 2013..

Jangan lepaskan peluang ni.. teka suka-suka aje..
mana tau ada rezeki dapat pulak coklat free..
sedap plak tu he he he he...

** Tips untuk meneka.. boleh teka bermula jumlahnya
RM38.00 SEHINGGA RM267.00 SAHAJA**

ok selamat main teka teki suka suki...
LIKE page, SHARE dan KOMEN ya!!


Saya la tokey coklat itu.. selamat menjoinkan diri..




Thursday, March 7

Ini Semua Poyo Wahai Isaac Nawfal!!!






rekaan semata-mata tiada kene ngene dengan manusia sejagat


Monday, March 4

Kini saya nak mendedahkan.........


Malu nak bagitau.. segan pun ada hikhikhik.. *mengade*

ok la.. setelah membizikan diri barang seketika akhirnya semua sudah siap!
Niat di hati nak lancarkan 1 Mac tapi tak sempat pulak.. banyak betul kejenye!

Maka harini boleh la buat pelancaran baru ape yang saya bikin selama ini..
ini hobi saya di masa lapang.. selain daripada menambahkan pendapatan,
saya dapat mengisi masa terluang jika ada masa terluang.. nama pun hobi kan?

Bermula dengan survey2  di internet.. terjumpa sesuatu yang menarik..
belajar dengan youtube dan ada beli ebook untuk tambah ilmu sikit..
beli barang dan cuba pratikkan.. tambah skill, tanya pada yang pengalaman
dan akhirnya saya berniat untuk mengembangkannya..

Saya buat mengikut ajaran yang telah di ajar.. ke bengkel? tak mungkin!
saya ada anak 4 bulan.. susah nak ke sana sini.. maka belajar aje sendiri..
bermula januari saya belajar.. mantapkan ape yang perlu dimantapkan..
februari pula saya dah mula dapat tempahan.. seronok tapi penat juga..
nampak macam senang.. tapi bila dah tau renyahnya cemana haa...!

meskipun penat dan renyah tapi seronok.. seronok dan puas hati tengok
muka manusia-manusia yang seronok menikmati apa yang saya telah hasilkan..
banyak komen2 yang membina saya dapat dan saya pratikkan!
biarlah banyak pesaing di luar sana.. saya tetap jugak nak buat..
Dapat pula sokongan padu dari suami dan keluarga saya dan beliau..
makin seronok la saya membikinkannya.. terima kasih buat semua!!

apemende la saya membebelkan.. tapi tak jugak bagitau ye?
ok tengok gambar bawah ni dan taulah jawapannya!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Ye coklat buatan saya... banyak lagi coklat yang telah saya hasilkan..
semuanya ada di blogshop  saya http://coklatbert.blogspot.com
jom terjah sana ya.. dan jangan lupe like fb page saya juga ek hih
http://www.facebook.com/coklatbert semuanya baru aje dibuat..

ada sesape nak teringin coklat free? nanti saya bagi... 
tapi ada la syaratnye kan? hehe.. ikut syarat dapat la coklat..

sekarang ni saya bizi nak menyiapkan tempahan 1000biji coklat bar
yang akan di hantar minggu depan ke Usim, Nilai..
lepas tu ada 2 set coklat untuk majlis pertunangan sedang menanti...
tu semua tempahan jauh.. satu dari Melaka satu lagi dari N.sembilan..
tempahan setiap hari dari penduduk di sekitar sini pun tiap hari2 kene buat
sebab permintaan lagi banyak dari penawaran.. tak sempat nak buat banyak2..
kene siapkan tempahan segera... gigih buat hari2 ni..hehe

harini cuti buat coklat.. anak tak sihat.. meragam aje dia..
petang ni nak ke bandar ipoh lagi ada banyak benda nak disetelkan...
tak lama lagi nak apply lesen perniagaan.. barulah diyakini dengan lebih yakin..
saya hutang BW ya...? akan dilangsaikan satu demi satu ya.. hehe..
selamat menjamu mata di http://coklatbert.blogspot.com dan kalau 
nak menempah roger2 aje saya.. kawan2 blog dan FB saya kasihi.. 
ada harga sepesel untuk anda! jom.. jangan segan2 nak order hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...