Tuesday, May 22

Piala Thomas : Lee Chong Wei tarik diri - Peter Gade menang!


baru je semangat nak tengok perlawanan di antara Dato Lee Chong Wei
dan Peter Gade dari Denmark tadi.. terus rasa semangat jatuh !!! arghhh...

LCW dah tarik diri.. beliau baru je dapat 2 mata dan kakinya tergelicik
lalu terjatuh ke belakang... sakitnya bila tengok keadaan kaki beliau..
apetah lagi beliau yang merasainya... jelas depan mata kakinya terlipat
dan buku lalinya membengkak... aduhhhh sakitnyaaaa!!!

bak kata pengulas sukan arena ni.. nampaknya kasut yang dipakai itu
mungkin baru mungkin juga tak sesuai dengan kakinya...
alaaa sedihnya.. nampak LCW menangis kekecewaan..
saya pulak rasa nak nangisss... isk isk isk isk..

akhirnya LCW terpaksa mengalah dan memberi kemenangan kepada
Peter Gade... eee tak sukeee tak sukee... dah tade rezeki nampaknya..
kene tunggulah kaki nya sembuh semula.. kesiannya!!!

semoga pasukan Malaysia yang lainnya dapat memenangi dalam Piala Thomas,
harapan penuh kepada pasangan Tan Boon Heong dan Hoon Thien How
sekarang ini sedang beraksi.. semoga berjaya pasukan Malaysiaaa!!!

Akibat menonton DRAGON BALL...

ada lagi ulang tayang kartun dragon ball kesukaan saya nih!
setiap hari di Astro Ceria jam 9 pagi dari Isnin sampai Khamis..
meskipun dah tua bangka begini masih minat lagi nak menonton kartun..
antara kartun bersiri yang masih diminati yang ini dan doraemon...

meskipun pernah 'khatam' buku komik dragon ball ini masa sekolah rendah..
dan sudah tau jalan ceritanya dari A sampai Z tetap jugak nak tengok versi
kartun pulak.. bermula dari sekolah menengah saya menonton..
kalau dulu jam 9.30 pagi setiap hari ahad.. sampaila lepas SPM
masuk pulak uitm pagi ahad mesti pergi lepak cafe tengok kartun ni haha..
kemaruk nak tengok sambungan demi sambungan..

sekarang dah mudah.. nak tengok online pun boleh.. nak download pon boleh
apetah lagi nak beli VCD sama ada yang original ataupun tidak...
memandangkan saya seorang suri rumah sorang2 kat rumah ni..
setiap pagi saya pasti menonton di TV sahaja untuk mengulang tonton
walhal dah tau jalan ceritanya.. yela tak semua dah tengok..
dulu ade jugak yang miss nak tengok.. ada ulangan tengok lagi..

suke mengembalikan nostalgia masa zaman budak2.. kartun jepun lain
takde la minat sangat.. tapi kalau yang ini tengok banyak kali pun tak jemu..
nak tau akibatnya bila dah kemaruk tengok cerita ni berulang kali?

pernah satu pagi dalam 2,3 minggu yang lalu.. saya telah bermimpi...
saya sudah cukup mengumpul kesemua 7 biji mutiara naga itu..
apabila sudah cukup maka saya boleh buat permintaan pada naga itu..
7 biji itu berkilau.. dan saya tak tau nak buat ape lalu saya panggil BULMA..
(sapa yang pernah tengok cerita ni taula sape watak bulma ni hehe)

"bulma..dah ada 7 biji nak buat apa?? nak wish apa??"
tanya saya dah mula cuak sebab naga dah muncul di langit..
"awak mintak jela ape-ape".. kata si bulma pada saya..
"saya nak mintak 7 biji lagi mutiara naga wahai si naga"
saya mula buat permintaan pada naga besar gila itu...
naga itu menunaikan permintaan saya dan saya dapat 7 biji lagi..
kemudian.. mimpi itu hilang begitu sahaja...........

bila dah bangun dari tidur.. saya pun tergelak sorang2..
ape pulak saya masuk dalam dunia kartun siap jumpa bulma dan naga?
siap buat permintaan lagi dengan naga itu.. ish ish ish...
mahaplah.. itu cuma mimpi sahaja.. kartun ni cuma hiburan sahaja..
jangan sampai ada yang berangan nak mintak apa2 kat naga..
boleh jatuh syirik nanti.. fuhh.. lega semua itu mimpi kartun..
itulah akibat asyik menonton kartun dragon ball.. sekiannn... tististis



wow!!! nampak sedap lah aiskrim ni...! nak satu!!!


aiskrim ni tau.. bukan najis di dalam tandas tu plak..


nyummy...nyummy... amacam ??

nampak sedap ker tak??? berselera tak tengok eskem ni??

kalo sejuk mesti lazat kan ?? bubuh2 kacang sikit ke kan..??

hua hua hua hua.. gilersss betul diorang ni...

punya banyak design yang boleh dibuat.. kenapa la bentuk macam ni

yang direka untuk di makan?? sangat jijik dan kotor walaupun makanan!

iyyyyewwwwwwwww.......




Monday, May 21

MYDIN IPOH KINI DIBUKA!!

akhirnya kini dibuka di Meru Raya Ipoh pada 18 Mei yang lepas..
satu-satunya cawangan Mydin yang terbesar di Malaysia kini terletak di
Bandar Meru Raya juga dikenali sebagai Putrajaya Perak..

lepas ni takmo dah ke tesco lah.. lari pulak ke mydin..
boleh guna kad meriah yang dah bersawang lama tak guna tu..
masa duk subang jaya dulu selalu la shopping barang dapur di mydin sane..
dah pindah perak shopping barang rumah di tesco ipoh la pulak..
rasa ralat la jugak.. takde la besttt mana pon tesco tu..

senangla untuk mereka yang nak datang guna kenderaan awam..
boleh naik bas atau juga ETS (electric train system)...
selain tu kemudahan seperti wi-fi, food court, surau, tandas, ATM,
parking yang percuma, dan macam2 lagilah malas la nak taip haha..
selain tu yang bessnya.. 2 aktiviti yang biasa kami buat pon ada kat sini..
pusat bowling dan pusat karaoke yang berada di tingkat 2... yeahh!!
mana saya tau? sebab saya baca kat sini haaaaa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...