Friday, May 25

Cubaan berpisah seminggu.. anda kuat?

aksi mengade sikit boleh kah?

Malam ini saya akan digerakkan oleh pertubuhan lakimini
ke negeri sembilan untuk program balik kampung usahasama
antara mereka berdua.. tetapi esok cik asven akan pulang ke tanah air
beliau iaitu perak secara bersendirian dan kesepian setelah menghantar
bininya ke rumah amma kandungnya di negeri sembilan..

Ini adalah kerana cik asven beliau ada mengikuti program motivasi
dan kejurulatihan sebagai motivator dan jurulatih pagi pasukan yang
mewakili negeri perak ke pulau pinang 3 hingga 7 june nanti untuk
sukan peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Sukan Kesuma..
ketika di pulau pinang nanti.. sudah pasti bininya terkinja-kinja mahu
jugak mengikuti di sana untuk makan angin barangkali..

selama seminggu bininya itu akan ditinggalkan di negeri sembilan
kerana program latihan dan motivasi akan dijalankan di ipoh mulai
27 mei ini sehingga 2 june nanti sebelum pasukan perak akan bertolak
ke penang pada 3 june nanti...bayangkan cukup banyak kenduri
yang kami terima pada 2 dan 3 june itu maka tidaklah dapat menghadirkan
diri di semua jemputan kenduri kendara yang telah ditawarkan
termasuk lah kawan taulan dan sedara mara kami.. harap mahap dipinta..

hanya hadiah sebagai pengganti diri kami yang terpaksa bertugas
pada cuti sekolah nanti.. bininya bertugas sebagai peneman aje kehkehkeh..
sekian laporan dari bininya yang relahati dihantar ke N9 memandangkan
amma beliau tinggal keseorangan selama seminggu juga akibat daripada
kakak ipar cik asven (kakak saya la yang duduk dengan mak saya)
akan terbang ke ostolia selama semingu juga untuk program cuti2 ostolia..
jangan lupa bawak kanggaru balik ye.. patung pon jadila.. buat jadi
bahan mainan anak nanti yang keluar dari perot ini.. tissstissstisss...

oh mampukan saya berpisah selama seminggu.. 2,3 hari kene tinggal
pon ada macam sedih je.. nikan seminggu.. boleh kot.. kuat yeah kuat!!

Orang bukan Islam lebih memahami Islam.. *senyum*

hanya mampu tersenyum dan berfikir tentang pandangan orang
kristian ini terhadap orang Islam yang sendiri menentang Islam..
sedih dan rasa malu bila kita sendiri yang Islam tolak Islam..
sedangkan mereka lebih memahami dari kita... nilai lah sendiri..
tak pandai nak cerita lebih-lebih... nanti takut salah ngomong :))))



Thursday, May 24

Mengamuk mencarut di FB.. kan dah kene main!! haha


suka sangat luahkan bermacam perasaan di FB?
perasaan marah, geram, sedih, kecewa, gembira semuanya nak
dikongsikan dalam FB.. ikut suka andalah.. hak anda.. takde sapa
yang nak halang.. cume berpada-pada.. takut ada kawan yang meluat nanti..

cemana boleh meluat? yela setiap 5 minit diluahkan macam2...
setiap hari penuh dengan rasa kecewa geram dan marah sahaja..
jenuh wall tu semua dia punya luahan.. dalam frenlist saya ada yang macam tu..
tak kenal pun.. dah meluat saya hide kan news feed dia haha.. tak semak dah!
setiap luahan yang dikeluarkan mencerminkan peribadi anda sendiri..
saya? lame tak buat status luahan di FB.. tapi dalam belog ada pulak tisstiss..

saya nak sentiasa beringat macam entry saya sebelum ini..
kenapa bahaya baca la sendiri.. sama la macam kes kat bawah ni..
duk mencarut memaki hamun.. dah kene main dengan kawannya..
mesti bengang gila kan? kita yang melihatnya cume ketawa je haha..

cube klik kasik besar sikit boleh tak? kalau tak nampak la...

Wednesday, May 23

DEBAT PTPTN : SIAPA RAFIZI RAMLI???


sumber gambar

tengok Debat PTPTN semalam antara Rafizi Ramli dan Khairy?
tengok dan nilai lah sendiri.. yang tertinggal boleh tengok ulangannya
hari ini jam 11.30 pagi ni.. (cek dekat info di astro awani)..

semalam masa menonton.. saya tertanya-tanya.. siapa pulak
Rafizi Ramli ni.. hebat sungguh beliau berdebat.. nampak tenang dalam
menyampaikan hujah beliau dan sedikit emosional dari Khairy..
ape-ape pun mereka berdua tetap hebat dan berani berebat...
dah cari.. akhirnya saya jumpa.. siapa sebenarnya Rafizi Ramli ni...


LATAR BELAKANG RAFIZI RAMLI

1) Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992
dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh..
2) Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
3) Presiden, Badan Revolusi Agama
4) Presiden, Pancaragam Tentera
5) Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
6) Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
7) Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan
Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

PENDIDIKAN

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996-1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997,
Pelajar terbaik tahun pertama Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik


LATAR BELAKANG KERJAYA

1) Jeffrys Henry Chartered Accountants, London (1999-2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered
Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima
sebagai ahli ICAEW pada 2003. Selepas tamat tempoh minima latihan
di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of
Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia....

2) PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
- Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
- Pengurus termuda semasa dilantik...

3) PETRONAS/Pejabat Naib Presiden
- Urusniaga Petrokimia (2005-2007)
- Pengurus Kanan
(Perancangan Perniagaan, Operasi & Teknologi Urusan Petrokimia)
- Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
- Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga Petrokimia
PETRONAS dengan aset melebihi RM30billion...

4) PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan & Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak
syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di
peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi 20 bilion

sumber

debat tetap debat.. tapi boleh duduk semeja makan sesame.. bagus la kan :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...