Tuesday, October 10

PESERTA GEGAR VAGANZA 2017




Nampaknya tahun ini Gegar Vaganza 2017 dikatakan bakal menjadi fenomena apabila menampilkan 12 orang peserta yang hebat – hebat belaka.

Kalau sebelum ini lagu – lagu diorang ni biasa dinyanyikan oleh ramai penyanyi lagi dan kali ini mereka kembali menyengat.. Yeayyy

12 orang peserta Gegar Vaganza 2017 :

Aishah
Aqasha
Elyana
Ferhad
Firman (Indonesia)
Haida Hafiz
Hazami
Lan Kristal
Liza Hanim
Raja Azura
Syura
Tia Jinbara

GV4 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara manakala Ramli MS selaku pengkritik tetap.

GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Kehebatan bintang GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sumber : Astro Gempak

Friday, June 2

TURBAN BABY RUNCIT DAN BORONG



Tengah cari turban baby ke...?






ni contoh gambar model pakai....
banyak pattern dan warna 
cantik dan comey lagi ada tau...
kalau nak tengok stok terkini
wasap je no ni keh 0168880684
dan boleh cek kat sini 
v
v
v
Instagram : Turban.Baby
Facebook : Turban Baby Comel

Wednesday, May 3

RAWATAN MENGETATKAN SALUR FARAJ



Rawatan ni ada dan memang wujud.. Prosedur mengetatkan faraj secara laser ni tak rasa sakit dan boleh mengetatkan faraj tanpa tempoh yang panjang..

Wanita yang pernah bersalin dan ingin mengetatkan semula dengan rawatan paling mudah dan tak menyakitkan dengan menggunakan rawatan laser.

Selain itu, rawatan ini juga boleh mengatasi masalah membeser iaitu mudah terkencing ketika batuk, bersin atau ketawa. Jumpa dengan doktor untuk rawat masalah ini.


Kelebihan rawatan ni boleh menguatkan dan memejalkan kawalan tisu otot faraj untuk kembali tegang dan ketat. Tenaga haba yang dipancarkan oleh laser ini akan menghasilkan kolagen dan elastin dan akan menguatkan salur faraj dan lajur serviks.

Rawatan ni mudah dan selamat dan siap dalam masa 15minit. Tiada kesan sampingan dan faraj tidak berdarah atau bengkak. Sebaiknya rawatan ini dibuat sekali sebulan selama 3 kali untuk keberkesanan yang terbaik. 

Rawatan ini ada dibuat di Klinik Dr Norman Batu Berendam Melaka dan dibuat oleh Doktor wanita supaya anda boleh rasa selesa ketika rawatan. Boleh datang dan bincang untuk proses rawatan..

Hubungi Puan Atiah (admin) untuk pertanyaan 0168880684 (whatsapp sahaja)

Monday, May 1

Hepi Ulangtahun deyyyy.. Bert Amey - 2017


30 April 2017..

Eh tu tarikh semalam.. Tak sempat nak hapdet pape... Sedikit bizi kesan sinun.. Cuma kami meraikan hari ulangtahun keenam nampaknya tahun ni... 

Alhamdulillah.. Sapa tau kan.. Perkenalan pada tahun 2002 yang lalu.. Akhirnya disatukan pada  tahun 2011.... Dan kini baru je beranak sepasang anak.. 

Ni kahazanah purba.. Berjaya ditemui di rumah mak di kampung.. Bila tengok balik gambar ni.. Wahhhhh.. Tak sangka masih wujud lagi rupanya.. Hahaha.. Alololo.. Dah tak ingat pun gambar ni.. Ingatkan dah hilang.. Tak silap ni tahun 2007 kot..

Gigih sungguh naik bas pepagi buta dari stesen titiwangsa naik ke genting dan pulang di petang hari dengan seronok sekali bercanda macam orang gila main sana main sini 😂😂... Masa tu duduk sentul memang dekat nak meronda.. 


Selalu kalau enibeseri seri kongsi gambar kawen.. Tahun ni malas lah.. Letak gambar trowback lah.. Sebab gayat jumpa gambar lama ni hehhehe.. Ok tata.. Ngantuk la petang3 ni takde idea nak karang ape.. 

Oh ya.. Buat encik suami lebiu banyak2.. Semoga bahagia kita sampai sorga.. 😘


Wednesday, April 26

Cita-cita Adik Thaqif Berkubur... T___T


Ya.. Memang selalu ikut perkembangan adik ni semenjak tersebarnya berita tu.. Bila dapat tau kakinya dipotong tu mak ai.. Terkejut jiwa dan raga.. Macam tu sekali kesannya lepas dilibas dengan getah paip..


Dan harini.. Dapat lagi berita yang mengejutkan adik ni kembali menemui Penciptanya.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Syurga buatmu dik.. 

Sumber : Harian Metro

Johor Bahru: Murid tahfiz yang dipotong kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.


Sebak rasa bila baca coretan adik ni dengan citacitanya.. Takpa dik.. Syurga untuk adik dah terbentang luas.. Takziah buat keluarga adik Thaqif... Semoga tabah dan kuat dengan ketentuan ni.. ALFATIHAH.. 

Saturday, April 8

Cara Edit Gambar Guna PicArt dan FocusnFilter


Saje rajin sikit simpan sini
tutorial ni.. Nanti kalau lupa
boleh rujuk balik keh..
Saya dah buat.. Haa jadiklah.. 😝

Awal april tahun ni Viral kat facebook gambar 
yang banyak di muat naik hasil daripada 
editing melalui apps PicArt dan FocusnFilter.

Jadi selitkan tutorial pada artikel ini yang 
di kongsikan di Facebook oleh saudara
 Muhammad Amir Iddin langkah demi langkah 
cara menghasilkan gambar seperti di atas.


Langkah 1:

Install apps PicsArt dan FocusNFilters


Langkah 2:
masuk kat picsart n pilih pic anda yg cun meletop tu... n then anda cari tools MAGIC (tips sy nak nmpk pic tu lawa.. sy sarankan anda makeup la sikit n tmbah barang2 mcm princess gitu sikit... sebab smua ni akan ada effect nnt setelah anda selesai edit nnt)



Langkah 3:
ok step ni anda kena bersabar banyak.. 
tnggu dia pnya loading... step ni mmg 
menguji kesabaran kita... sabar k... 
jangan baling nset plak nnty



Langkah 4:
tadaaaaaaa... dah siap... pic real ke kartun... 
sonang bhai tuuu kannn



Langkah 5:
then tolong save



Langkah 6:
dah selesai save... 
anda keluaq n discardkan dia ja



Langkah 7:
dah selesai keluaq n discard td dia akan keluaq 
lebih kurang macam ni....  background ni sy dah 
save dekat apps filternfocus siap siap dah....



Langkah 8:
step ni anda pilih add photo... 
untuk nak tempek photo yg kita dah siapkan td...



Langkah 9:
step ni just nak adjust gmbar kita bg nampk
 elok n kemas gituuuuu..... tekan tools eraser
 je nak adjust n padam kat area tepi tu



Langkah 10:
ok dah setle adjust then pergi save copat...



Langkah 11:
ok dah save kan n patah balik



Langkah 12:
ok next step... anda kluaq dari picsart... 
sy xmo cerita pasal picsart dah.... 
step ni kita focus kat apps focusnfilter ja k...



Langkah 13:




Langkah 14:
cari tools gallery




Langkah 15:



Langkah 16:
ok.. pic ni yg kita buat kat apps picsart td 
then masuk kedalam app focusnfilter...



Langkah 17:



Langkah 18:

Langkah 19:



Langkah 20:


Ok dah siap

Sunday, April 2

KISAH TRAGIK : BERTERUS TERANG LAH SEBELUM NIKAH


"Sayang.... sebelum kita nikah esok, 
biarlah abang berterus terang"

"Kenapa bang?" 

"Lihat gambar ni"

"Siapa wanita ni bang?"

"Wanita ni sebenarnya ... isteri abang. 
Bila kita nikah esok, sayang akan 
jadi isteri kedua abang". 

"Sayang marah tak?"

"Abang.... demi cinta, sayang turutkan. 
Kalau itu dah suratan takdir dan jodoh 
sayang, sayang terima abang se-adanya"

"Sungguh murni kata kata mu, 
terharu abang"

"Tapi bang... sayang pun 
nak tunjuk gambar jugak"

"Erkkk... gambar apa pulak ni? 
Siapa lelaki ni?"

"Abang teka lah... sayang 
pun macam abang jugak"

"Apaa... ni gambar bekas 
suami sayang ke?"

"Tak lahhh kan sayang 
belum pernah kahwin lagi"

"Habis tu? Gambar boyfren lama sayang?"

"Hihihihihi... Tidakkkkk... sayang 
cinta abang soranngggg je tau!!"

"Habis tu gambar sapa ni?"

"Tu gambar saya sebelum operate!" 

"Nama saya dulu Latif bukan Latifah !"

"Abang..... abanggggg!!... 
alaahh pengsan pulak dia!!"

😂😂😂😂😂

7 SEBAB KENAPA WANITA LEBIH TERTARIK PADA LELAKI 'BAD BOY' !!



Lelaki selalu dikaitkan dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Tapi tak bermakna lelaki ‘bad boy’ ini lelaki jahat. Nakal je!

Menjadi ‘bad boy’ ni boleh dikatakan sikap semula jadi yang ada pada lelaki. Bila ditanya pada perempuan nak lelaki macam mana, mesti jawapan deorang nak yang baik dan setia.

Tapi, ramai je yang memilih lelaki ‘bad boy’ kerana mereka ini sangat disenangi oleh gadis-gadis kerana sikap mereka.


Jadi, ini antara 7 sebab kenapa perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang bergelar ‘bad boy’.


1) BAD BOY sentiasa yakin
Keyakinan yang dalam diri seorang lelaki membuatkan gadis mudah tertarik. Lelaki jenis ini jenis yang berterus terang. Kalau suka, dia akan cakap suka. Selalunya ‘bad boy’ ni jenis agresif dan cepat bertindak, tapi tidak ‘gopoh’.



2) Setiap ayat POWER!
Lelaki ‘bad boy’ akan mulakan topik perbualan yang ringan dan tidak gelojoh untuk terus minta nombor telefon. Mereka tidak akan bertanya tentang isu semasa atau pun pelajaran yang sememangnya membosankan.


3) Selalu jadi WIRA
Mereka selalu menjadi wira penyelamat jika kereta rosak atau pun memerlukan bantuan. Kadang-kadang mereka muncul tanpa diduga untuk mengambil hati anda.


4) Dia “MAT JIWANG”
Lelaki nakal biasanya pandai main alat muzik. Mereka mampu mencairkan hati wanita dengan alunan muzik dan suara sahaja. Lebih jiwang, jika mereka tujukan lagu khas untuk anda!


5) STAILO Habis!
Tidak dinafikan lelaki nakal pandai dalam soal berfesyen kerana mereka mahu sentiasa nampak sempurna dan kacak di mata wanita.


6) Pandai buat LAWAK
Nama pun lelaki nakal, sah-sah mereka ini jenis pandai ambil hati dan berlawak. Gadis-gadis mesti akan cair kalau dapat lelaki macam ni.


7) Sentiasa TERSENYUM
Cuba tengok lelaki ‘bad boy’, mesti mereka akan sentiasa tersenyum dan tersengih je macam kerang busuk. Tapi, senyuman itu juga la buat wanita cair dan mudah untuk mendekati wanita.

Psstt : laaa.. Saya dah terkawen dengan bad boy rupanya... Kahkahkah.. Terbaca artikel ni rajin pulak nak share hihi.. 😁

Credit : 
By Farizan Zainal
 -  Oct 15, 2015 20592 3

Tuesday, March 21

KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak... Sangat Menginsafkan!


Harus diingatkan dalam kita yang serba serbi hidup dalam kemewahan, masih ramai lagi insan di luar sana yang hidupnya kurang bernasib baik seperti kita. Kisah ini benar-benar membuat diri menginsafi.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman Facebook  menceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput anaknya namun sepanjang perjalanan terjadi sesuatu yang tidak diduga.

Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le…

Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni…

“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. “boleh saya tengok?” Aku tanya dia. “Bro pomen ke?” Dia tanya aku balik.”tak ahh…tapi saya penah kena cani dulu” aku bagitau dia. “Takpe la bro,gase saya boleh setel ni”. “Oo…ok la kalu cantu” kata aku sambil bepusing nak blah.

Tetiba aku dengar suara pompuan…”masuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !”.

Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takde minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je…Dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak – tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus.

Dia diam je…sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.

Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus…

Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la…

dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah…aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.

Aku pun benti le…tetiba…”bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro”. “Apsal?” Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.

“Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak rosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak.” Aku tak dapat cakap apa dah…”Saya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii…” Aku masih diam…”duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro…” Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpe…aku halalkan.

Dia sambung lagi. “Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro…dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diorang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah…Allah hantar bro untuk saya.”

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh… Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le…Tapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku.

Lepas tu dia pandang anaknya.
“Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tak de duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?” Anaknya angguk kepala.

“Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu taknak anak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye.” Katanya lagi dalam sedu sedan.

Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua keta…Sumpah…Demi Allah,aku pun nanges sama…

Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya.

Pantas dia peluk aku. “Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya…saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni.” Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi…

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk…aku pesan sikit kat dia. “Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat…Besok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sihat dan tabah”. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahu Akbar…sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku…

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita.

😭😭😭😭😭😭

#copypaste

Wednesday, March 15

SEDAP GILEEEE DURIAN PAHANG..!

Dah masuk 2017 bulan 3 pulak tu ha.. Baru terhegeh2 nak update blog.. Haha.. Sungguh usang la blog ni.. Tipula tak rindu.. Tapi nak buat cemana.. Ada je alasan kihkih..

Yang pastinya sebab bizi dengan bisnes, dan sekarang pulak laptop meragam. Berat dengan gambar agaknya.. Lembapppp je.. Tak semangat nak bukak laptop.. Ni try update pakai hp.. Yezza.. Nasib baik boleyyyy.. Yeayyy.. Hidup bloggerrrr!! 😂


Sebenarnya dah lama ciklaki ajak makan durian tepi jalan.. Tapi ntah selalu je tak berkesempatan.. Jadinya kisah kelmarin.. 

Ada ke putrajaya.. Jumpa adik2 ipar disitu.. Petang tolong tukarkan tayar pecah kat pr14.. Setel disitu ke dorsett pulak.. Ngambik adik ipar yg tgh tgu spm tu keje kat dalam mall tu.. Ingat nak lepak foodcourt nak makan sebab luar hujan.. Kosongggg jee.. Hehe.. Tengah renovate kot.. Tp sempat la. minum2 jap kat restoran dalam tu ape ntah lupe pulak nak usha nama kedainya.. Takpalah tak penting.. 

Selesai minum minam.. Maka terus ke pr9.. Ke klinik kat situ.. Baru tau ada bukak malam jugak.. Boleh la cek si kecik demam pulak dia.. Kat tepi mata dah jadi biru lebam jatuh bilik air eksiden dengan abangnya... Haiihh.. 

Setel terus makan kat foodcourt kat situ.. Makan sampai kenyang.. Yang penting roti john situ wajib order.. Kegemaran cik laki bukan bininya.. Hehe.. Dah menteneng perut maka pulanglah kami ke nilai...

 Ondeway balik ternampak pulak lampu terang suluh durian kat simpang keluar dari putrajaya nak ke bangi.. Sungai merab nama tempatnya.. "Ehh duriann!" Kata cik laki.. "Nak tak?... Tapi alaaa.. Duit habis dah.. Kene cucuk duit dulula".. Maka bininya pun terkinja2.. "Nakkk nakkk" lama dah tak baham durian nih.. Dah terlajak dah pun.. Sampai kat flyover tu kami masuk bawah dan buat uturn.. Ada atm maybank ngan cimb sebelum sampai sungai merab tu.. Singgah meben la ape lagi..

Maka bersilalah atas pangkin sebelah gerai ni.. Bininya tak tau pape.. Laki dia sibuk order kat brade2 jual doghoyan nih.. 3 biji je amik.. Brade ni pegi bukak semua pulak.. Siap freegift sebiji lagi brada tu belanja..

Macam orang kebuluran.. Rakusss makan sebab sedappppppppp ya ampunnnn.. Tebal isinya.. Manisss dan gebu gebas macam aiskrim.. Tanya durian mana ni katanya durian pahang.. Macam pestime je makan durian pahang ni lah.. 



Tapi tak habis pun.. Sebab baru lepas makan.. Kenyang lagi.. Dan kami bungkus bawak balik.. Terbaiklahh.. Bila dalam kereta tanya.. Durian mana amik? Kan ada 3 pilihan tu.. Durian udang merah, kampung special dan durian yang dah nak rosak tu panggil ape ntah lupeplak..

Maka cik laki cakap.. Durian udang merahh tula.. Kacuk ngan D24 kata tokey tadi.. Ohh yeke.. Ingtkan amik yg hujung tu 2 - rm15.. Terus cik laki menemplak.. Hishh nak makan durian takkan nak amik yang tu.. Tak sedapp.. Nak rasa biar rasa yang sedap.. Mahal sikit takpa janji puas setahun.. 😂

Paham sangat dah ragam dia.. Dia suka durian yang sedap je.. Tak sedap dia tak layan.. Amboii.. Dulu duk kampung memang senang la dan free je dapat durian kampung gajah tu.. Sekarang nak rasa yang sedap kene la beli.. Rm100++ kene malam tu.. Terkejut acik.. Dah lama tak beli durian tak tau pulak mahal camtu regenya.. 

Takpa yang penting ciklaki belanjaaa.. Yeayy.. Hehe mekaseh kanda.. Nanti rindu durian boleh cari lagi keh.. Okbai 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...