Thursday, September 29

Sambut Besday Encik Laki



Kisah kejadian ni betul2 bertarikh 4 September aritu...
tarikh keramat encik laki dilahirkan.. 

masa ni balik kampung.. ada agenda...
di hari kejadian plan ngan kakak la..
bagitau.. arini besday dia..
ada apa2 plan nak seprais??

oh ya.. malam tu tepat jam 12 lebih kurang..
takde buat seprais apa pun sebab dalam kereta
cuma tarik telinga dia patu nyanyi kuat2 haha..
epibesdaytuyuuuu sampai habeh..

pelik dia tanya besday sapa pulak..
hmm memang tak ingat dia besday sendiri..


patu kakak ajak datang sini.. 
ladang alam warisan..
kat sri menanti ni..
sebelum sampai istana lama tu..

masa sampai sini terus teringat!!
cerita drama jep sepah berlakon..
sape penah tengok cerita ayah den lopeh.
ha sinila port shooting diorang tuh...
bila tanya owner tu memang betul ya..

ok sebelum sampai sini kitorang
sepraiskan cik laki... bagitau dia
cuma nak datang sini je...

sampai je kuala pilah kakak 
pasang waze.. masatu dia la dreba..
suh masuk kiri kanan kiri kanan..
dan akhirnya sampai..

dia pun pelik.. eh mana nya?
dia tanya mana ladang tu..
kami pulak waze tuju pegi
kedai kek kat pekan pilah...

sesampai je kami jerit..
sepraissssss hahaha..
seprais nye g kedai kek je haha..
muka dia berpetak2 terkejut..
memang kelakar kikihkih..

apa yang ada jelah..
kami amik je la kek vanilla lemon..
rasanya sedap gakk.. murah je plak tu..

dah dapat kek terus kan misi ke sini..
layan gambar meh meh meh..


taktau pe masalah dedinya cenggitu.. 

kat situ ada port memanah tau..
sejak terterai archery kat 
bandar seri putera haritu
cam best plak memanah ni..

tu adik tu penjaga kat situ la..
dia ajar cara nak memanah
guna pemanah tradisional ni..
lain la dari yang modern tu..


main hantam je tapi tepat jugak 
kat tempat dituju... tak tersasar hokey hehe..


ni cik abang ni manjang je tak kene 
haha gelakkan dia kihhikih..
dah banyak kali baru dapat..

ha ni tekong haha..
dia ajak datang sini..
masa sekolah main achery..
skang dah rindu main balik..
ada peluang camni memang
tak lepas peluang gituu...



dulu kurus2.. skang dah 30an ni embem2 dah..
mokcik pocik dah ni.. cucu pun dah ada 4 orang..
jadi toktam dan nektam la jadinya hoho..


anak main buai.. makpak pun nak berbuai..



nangis barang kat tangan dia kene hamik hoho


rare la buaian ni..
penuh rimbunan pokok kelilingnya..
amik gambar pun pakai flash..
dah gelap sikit waktu ni..

homestay kot rumah ni...
tak naik plak takut nengoknya hitam je hehe


macam2 haiwan belaan kat sini..
burung unta.. kuda.. lembu.. arnab..
ayam tak nampak pulak..
itik angsa ada... kambing pun ada..



sempat nyinggah jap kat depan istana..
nak masuk tak dapaat tengah renovate..
tak heran sangat sebab dah masuk dah hihi


senja dah ni... x sempat selebret kat sini..
sambung umah jelaaa ihihi...
amik gamba jela buat syaratt..




hepi besday encik suami yang ke 32..
baru la sebaya kita hehhehe...
sejak kawan sampai la sekarang..
sambut besday memasing 
satu kewajipan.. tak sambut tak best..
dan mesti nak buat seprais..

ada yang menjadik.. ada yang kantoi..
masing2 nak berlawan seprais
sape paling menjadik... 


sambung potong kek kat rumah jelah...
kene paksa pakai topi haha..
amfunn kanda.. saje nak kasi 
jadi bebudak sesekali..

ok ucapan dah ucap dah...
maleh la nak ucap sini plak haha..
cuma nak kata selamat hepi besday..
ailebiyuu.. selamat panjang umur..
jadi tokey berjaya dan sihat selalu...

ok sesama :)

Wednesday, August 31

8 TAHUN.. HAPPY BIRTHDAY VINIYAMEY ...!


salam merdeka.. 
dah nak habis ogos baru nak update!.

hoho..



nak ucaplah hepi besday untuk blog ni..
bermula tahun ogos 2008 jadi blogger...

macam2 merepek merabu meraban..
kendian dah pandai nak beriklan...
pastu share info maklumat pulak,.
update jugak cerita personal...
.
buat duit dari blog..
tu yang paling best..
dah 3 ke 4 kali dah cashout 
dari nuffnang...
masih lagi duit masuk..

walaupun sekarang ni memang
dah jarang sangat update blog..
tapi masuk jugak duit nuffnang...
last cek aritu ada rm60 lebih haha..
lembap jugak nak naik kalau tak 
update blog.. harapkan post2 lama
jela bantu naikkan trafik...

tak kencang dah macam dulu..
dulu kalau sehari 4 angka jugaklah
sehari visitor masuk..
skang ni ratus2 jela.. alaaa..


dan baru cecah 2.7juta pageview kat sini..
selama 8 tahun.. taktaula banyak ke sikit.. hihi.
dah tak aktif sangat semenjak aktif di fb..
rindu nak potpetpotpet kat sini..

oklah.. nanti ada masa nak buang
bolehla jenguk balik hihi..

oklah blog.. ailaipyu..
banyak kenangan manis kita bersama..
sampai masuk paper metro laggi haha..
gayat..!

epi besday.. semoga tuan mu
rerajin hapdet.. barula masyukkkk..



Thursday, August 18

MAYAT KANAK-KANAK HILANG DI JINJANG DITEMUI




Terkejut baca berita petang ni..
Ya Allah.. betui ka budak yang hilang tu...
sedihnyaa... apa perasaan ibu dia..
sapa la yang jahat sangat ni...

selalu follow fb ibu dia..
baca komen2 ibu dia..
sedih tengok anak comelnya
dah hilang tak tau kemana..
kalau betul budak ni...
hmmm T____T

risau sangat sekarang ni
banyak kes budak hilang..
hampir2 ditarik orang...
dan hampir hilang...

moga keluarga kita dilindungi... aminn...

ANGGOTA penyiasat di kawasan sungai 
Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini. 

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian. Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. 

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. 

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai. "Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya yang dihubungi BH sebentar tadi. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mayat kanak-kanak yang ditemui dalam kawasan 
gaung di tepi sungai di Kampung Kemensah.



Monday, August 15

AWAS..! JANGAN SIMPAN UBAT LAMA-LAMA DALAM PETI... KENAPA TAK BOLEH?




Terbaca info ni.. dan rasa nak berkongsi..
sebab memang peel suka simpan ubat..
anak jarang sakit.. tapi bila sakit
pakai je ubat yang ada..
kalau dah habis atau perlukan
antibiotik baru ke klinik..

tapi cek jugak la expirednya..
masih ada.. guna jelah hihi...
tapi bila baca info dari pharmacist ni..
alamakkk yeke wehhh??





sumber : Rahman Baco, Pharmacist

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...