Bukan Blog Kamu: MAYAT KANAK-KANAK HILANG DI JINJANG DITEMUI

Thursday, August 18

MAYAT KANAK-KANAK HILANG DI JINJANG DITEMUI




Terkejut baca berita petang ni..
Ya Allah.. betui ka budak yang hilang tu...
sedihnyaa... apa perasaan ibu dia..
sapa la yang jahat sangat ni...

selalu follow fb ibu dia..
baca komen2 ibu dia..
sedih tengok anak comelnya
dah hilang tak tau kemana..
kalau betul budak ni...
hmmm T____T

risau sangat sekarang ni
banyak kes budak hilang..
hampir2 ditarik orang...
dan hampir hilang...

moga keluarga kita dilindungi... aminn...

ANGGOTA penyiasat di kawasan sungai 
Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini. 

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian. Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. 

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. 

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai. "Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya yang dihubungi BH sebentar tadi. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mayat kanak-kanak yang ditemui dalam kawasan 
gaung di tepi sungai di Kampung Kemensah.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

0 2 ORANG KATA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...