Tuesday, October 9

Kalau tak merungut tak boleh ke?


Joyah : Bert, dah complete barang baby? ape kata ko tengok satu blog
member aku ni.. dia jual barangan bayi.. aku baru je order..
cantik2 dan murah pulak tu.. jom support member aku tu jom.. 

Bert : ha boleh la jugak usha2.. bak mai sini link blognya....

Bila dah usha2.. memang murah la... bisnes online la katakan...
tak sempat nak order bagai.. 2 hari lepas saya dipromo tu tetiba
joyah mesej saya balik.. saya pulak naik pelik.. aritu beriya je haha..

Joyah : eh tak payah la ko order dengan blog tu.. buang masa je..
kalau nak beli ko cari la blog lain ke atau ko pegi mana2 butik baby ke..

Bert : eh pehal ko.. aritu beriya sangat promo kat aku.. ni tak jadi plak..

Joyah : aku kecik hati dengan member aku ni.. ye aku ngaku aku ni
cerewet dan banyak cengkadak.. bukan aku tak tanya.. dah tanya
elok-elok.. dia pun layan aku ok je.. tapi tak sangka belakang kutuk plak..

Bert : cer cerita ape kes macam merajuk je bunyinya ni hehe...

Joyah : aku order baju, pastu last minit aku nak tukar design lain
tapi aku tanya dulu dia dah pos ke belum, kalau belum pos nak mintak
tukar sebab terberkenan dengan design lain plak.. rambang mata aku
nih hehe.. dia cakap boleh je sebab belum pos cuma dah bungkus la..
aku tanya la tak kisah ke sebab dia dah bungkus.. dia kata ok je..
so aku anggap dia tak kisah la pape.. alih2 dia buat status kat FB..
dia ingat aku tak boleh baca ke ape dia merungut tuh? aku terasa la..

Bert : tacing ko neh.. status dia ngate ko ke.. ke ko je yang terasa..?

Joyah : dia dah la member aku.. tapi takde la rapat sangat pun..
cuma nak tolong member punya pasal aku pun nak beli la barang dia..
tapi bila dia dah ngate aku, so sorry to say la nak promo blog dia
kat kawan2 aku pulak.. tu la last dan pertama kali beli barang
kat dia.. lepas ni.. lantak dia lah.. pandai2 lah nak berniaga.. 
dia tak tau ke untung kawan ngan aku ni.. aku ni ramai kawan
banyak kabel boleh promo blog dia tuh.. huh.. rugi la dia.. haha..

Bert : status dia kata ape kat ko?

Joyah : alaaa dia merungut la, walaupun dia tak sebut nama aku
tapi aku paham la apa maksud dia tu.. dia kata aku mengade2 la..
banyak cengkadak la.. cerewet la.. menyusahkan dia la..
eh macam2 lagilah.. sakit plak hati aku nak ulang balik.. pastu aku
usha lagi status dia lain2.. memang kuat merungut pada kastemer
la perangai dia.. ishh tak berkenan aku.. patutnya dia buat la status
pasal ramai kastemer puas hati ke.. ape2 yang baik la tentang bisnes dia..
tapi kalau asyik merungut je cemana nak maju.. tambahan lagi dia 
tak sedar ke yang dia tu jugak seorang pelanggan kepada peniaga lain..
takkan tak pernah ada rasa cerewet.. dah nama pun pompuan..
dan dia tak perasan ke, dengan adanya pelanggan la baru dia 
dapat untung.. seolah-olah tak reti bersyukur dan mengutuk rezeki
dia la.. ragam pelanggan kan macam2.. so layan jela.. dah kata
nak berniaga.. orang kata 'pelanggan ni selalu betul' kalau
nak rezeki melimpah ruah bersyukurlah.. jangan merungut..
kalau tak puas hati pun tak payah jaja kat FB.. ramai orang tau dia
orang bisnes... ade ke patut kutuk pelanggan.. haihh.. lantak dia lah..

Bert : amboi panjangnya bebelan kat aku.. masuk blog bess ni haha..

Joyah : ko ni tak abih2 blog.. sume nak masuk blog.. ha bagus gak
kalau ko nak cerita tapi jangan sebut nama aku.. aku ni glamer.. hehe
blog tu pun jangan sebut pulak.. kang tersekat pulak rezeki dia..
pandai-pandai la budak tu nak hidup.. malas aku layan dah..

Bert : okla.. biarlah.. kalau ko rase tu member ko.. nasihatkan lah dia..
mana tau dia boleh ubah perangai ke.. ataupun nanti dia tau la sendiri
gamaknya.. bila bisnes dia merosot ke hape ke...

Lepas tu.. kami sembang hal lain pulak.. takyah la cerita ya..
so pada peniaga2 tak kira la online ke atau ada store 
jangan merungut pada kastemer anda.. nak merungut pun
jangan la sampai kastemer anda tau balik.. hehe kan naya..
ni entry auto ya.. nak pegi checkup 37w.. balik nanti saya BW..



Monday, October 8

Bertudung.... tapi...



1. Ada yang pakai tudung singkat. Maka nampaklah 'kegebuan' leher
dan dadanya. Sedangkan dalam al-Quran yang meminta wanita
melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang
pakai T-shirt tanpa lengan dan ketat pula. Bahaya mendedahkan
lengan yang 'gebu' itu. Ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan
dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk,
nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur muntut.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat.
Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk muntut pun terserlah.

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat.
Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' lagi. Apabila berjalan,
terserlahlah 'kegebuan' betis, kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat,
macam skirt mini. Achaner tuu?

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan
berwangi-wangian. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan
pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang.
Tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak.
Satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya
sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat.
Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika
melihat aurat perempuan. Jadi untuk selamat dunia akhirat,
lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....
wallahua'lam

**Sendiri pun terasa dengan entry ini.. ingatan bersama :))**


email




NESTUM 3 RASA... hahaha



Setiap kali kalau saya tengok nestum mesti rase nak gelak..
sebab saya ader cerita benaar2 terjadi pasal nestum ni....
terdengar sebuah dialog antara ibu dan anak secara live...
dengan pantas saya tergelak2 akibat salah paham itu....
lebih kurang gini lah ceritanya.. hehe



Emak :  Rozaimie, (bukan nama sebenar) kamu nak minum?

Anak : boleh jugak mak...

Emak : kamu nak minum aper? boleh mak buatkan...

Anak : Tak kisah la mak... ape2 pon boleh...

Emak : Mak buatkan nestum 3 rase boleh?

Anak : Nestum 3 rase?? dah macam siakap 3 rase plak. air ape tu?

Emak : Ni nestum ni cakap 3... 3 rase la kan...??!

Anak : (tersengih2) bukan nestum 3 rase tapi nestum 3 in 1 la mak..

Emak : ooo.. ingatkan nestum 3 rasa...



Saya : hehehehehe gelak teresak2 dalam hati.... 


Friday, October 5

Petua Mendapatkan Anak Kembar






Manalah tau ada di kalangan kita teringin nak anak kembar..
yang dah dapat macam kak emme ni bertuah! rezeki Allah namanya..
boleh la cuba baca info berikut.. sekadar berkongsi.. :))




1. GENETIK
 Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu
 mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah
diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah
 penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR
 Perempuan yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi
 yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini,
 kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan.
Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan
 lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK
 Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak,
 lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT dan KETINGGIAN
 Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai 
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET
 Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen
 yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
 Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian
 seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi,
 sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Sekadar info aje.. rezeki tetap di tangan Allah :)))

sumber

nak tau banyak lagi?  klik INFO KEHAMILAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...