Wednesday, May 23

Petua-Petua Tradisional Bakal Pengantin Baru


Cuti sekolah sudah hampir tiba.. kenduri kawin tak kurang hebatnya..
tiap2 hujung minggu penuh dengan undangan sampai bertindih-tindih..
meh saya kongsi sikit petua untuk bakal pengantin yang bersumberkan
dari email saya.. moga anda boleh gunakan sebelum hari bahagia anda nanti..

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah
didapati yang bermanfaat untuk diamalkan oleh para bakal pengantin
perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum
melangkah ke jinjang pelamin. Antara petua tersebut ialah:

BUNGA MAWAR

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua
memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan.
Dahulukan dengan bacaan Selawat ke atas Nabi, Surah Al-Fatihah dan
ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.... cubalah!!!


TIMUN

Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam.
Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta
menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan
otot bawah mata.


LOBAK

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan
parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan
kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada
wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

TOMATO

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan
bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah,
lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas...lihatlah nanti hasilnya!!

AVOCADO
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi
serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada
seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

LIMAU PURUT

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan
hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat
mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap..

SELAMAT MENCUBA.. DAN SELAMAT PENGANTIN BARU YAA!!




Segmen : Saya Blogger Awesome & Cool

lama tak kena tag.. semalam saya telah di tag oleh teman blogger saya
yang bernama cik Linda kita.. segmen pon dah lame tak join..
maka kini saya terjoin semula akibat di tag kehkehkeh.. tq linda!! :))

mengikut kata linda.. ade sedikit prasyarat yang harus dibikin untuk join..
1) Follow blog encik shawal.. penganjur segmen ini...
2) Like fanpage encik shawal..
3) Buat satu entry macam saya buat ni jugak tajuknya..
4) Copy banner tu dan letak dalam entry...
5) Tag ikut suka bape orang.. sekurang2nya sorang...
6) Tinggalkan link entry tu kat dalam entry beliau...
7) Follow sponsor anda juga... tu je...

hmm sape saya nak tag ye... okla saya nak tag cik nur & cik masz boleh?


Tuesday, May 22

Keputusan Piala Thomas : Malaysia vs Denmark

selesai sudah.. perlawanan hari ini Malaysia menentang Denmark..
mata yang kita perolehi cuma 2 dan Denmark 3.. (Mas 2 - Den 3)
mata yang diperoleh oleh kemenangan perseorangan Liew Daren dengan
keputusan yang diperolehi 21-15, dan 21-13.. dan seorang lagi pemain hebat
perseorangan Hafiz Hashim yang baru je menang sekejap tadi
dengan kemenangannya 17-21, 21-17 dan 21-19...
ini bermakna kita memenangi naib johan untuk kumpulan hari ini...

bergu tadi kalah la.. sadis betul tengok si Hoon Thein How tadi main..
banyak kali buat silap.. tertanya2.. napa Tan Boon Heong tu
tak digandingkan dengan Koo Kien Kiat?? lebih bagus rasanya.. arghh!!

kalau Chong Wei dapat main tadi alangkah bahagianya kan..
malang tak berbau bila kecederaan datang kepadanya tanpa diundang..
takpelah.. semoga beliau dapat bermain untuk sukan Olimpik Julai nanti..


Jahat punya makhluk.. demi duit sanggup buat macam ni?


sekadar memanjangkan berita jahat dari sini untuk sesapa sahaja
supaya kita lebih berhati-hati.. tapi kalau dah terkena macam mana ye?
menurut sumber ini, mereka memaklumkan bahawa..

"dah dua kali member saya kene kat sini.. diletaknya minyak atas jalan,
celik je mata, mamat towing ni mesti ada.. apa kehal nya minyak atas jalan?"
berhati-hati dengan mamat baju biru ini si kaki towing car..

Lokasi : Seri Kembangan, Selangor

sebenarnya dah banyak dengar cerita jahat dari towing car buat camni..
saje bikin orang eksiden pastu datang dengan bangga sekali..
gile betul buat duit dengan cara menganiaya orang.. benci kejahatan begitu!!
semoga kita dilindungi dari manusia yang tamak haloba...
mereka yang dah pernah buat.. belum kena kat diri sendiri memang la kan..
dah terkena nanti haaa.. baru tau jering tu rasanya manis ke payau!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...