Sunday, January 10

Encik Laki Semasa Kecik



masa kemas2 barang pindah tu jumpa pulak 
khazanah ni.. tak dipamirkan pun dalam rumah
tersimpan je dalam kotak masa dari pindah
yang mula2 dulu 2 tahun lepas hii hii hii...

setahun duk dalam kotak..
bila kemas jumpa.. patu gelak2
tunjuk ngan cik abang..
nah amik gambar mudemudi..


masa baby takde pulak rupa ngan anak..
tapi gambar dia yang 2 ke 3 tahun tu..
sebelah kiri bawah ada rupa nawfal..
kalau ikutkan muka si anak nafisa
memang kuat gen apaknya.. muka
pun nak sama.. tapi masa apaknya 
tua ni la.. bukan masa budak2 ni..
hii hii hii..

ok dah duduk rumah baru  ni 
boleh la di letak2 di mana2
yang sesuai.. gantung boleh..
nak letak atas rak boleh..
tengok la nanti bila rajin
nak deco2 rumah...

3 gambar kecik2 tu maknya bagi..
nah simpan katanya.. ada frame 
hadiah kawen ni berguna la jugak..
sekeping lagi gambar yang dah besar tu 
dia bagi waktu mula2 kawan.. dia
pos dengan surat.. kihkih.. main tukar2
gambar pulak.. tak hilang sebab simpan
je dalam beg duit.. nasib baik tak 
pernah hilang beg duit.. berganti2
beg duit je pernah sampai skang..

masa tu cuti sem yang pertama.. 
dah cuti sem main surat2 la..
dia hp pun takdak masa tu.. kalau nak
sembang memang guna khidmat hp
abahnya la.. tenkiu abah.. sporting..

tanya balik gambar kita bagi kat dia pun
ada lagi.. walopon dah lusuh tapi
simpan lagi smpai skang.. tak hilang
sebab tersimpan dalam wallet..
tapi dah amik balik la gambar tu..
simpan balik dalam album kehkeh..
marah dia kenapa amik balik..
tolong simpan je.. nanti hilang...
malu plak nak tunjuk gambar
bagi kat dia.. eh tutup auratlah
haha.. gambar kanak2 biyalahh..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...