Sayu.. pilu je harini tengok gambar2 suasana pengurusan
jenazah semua mangsa MH17... apetah lagi waris2 mangsa..
macam adik ni... meratapi kehilangan ibunya.. T____T
MH17 l Saya tidak sengaja menatap gambar ini. Membaca
captionnya terus menitiskan air mata. Anak ini kehilangan
ibunda tercinta. Saya tidak mengenalinya. Kepada sesiapa
yang mengenali anak ini, mohon sampaikan pesanan saya ini.
"Sewaktu pakcik seusia adik atau mungkin lebih kecil.
Pakcik telah kehilangan ibu seperti adik juga.
Andai adik membaca pesanan ini, ini adalah perkara yang
adik akan hadapi dan perkara yang boleh dilakukan.
1. Adik terpaksa menguruskan diri sendiri. Mengurus pakaian,
bangun pagi sendiri, menyusun urusan sendiri. Tiada lagi orang
menggaru belakang adik kecuali ayahanda yang masih ada.
2. Adik mesti berhati-hati dalam tuturkata supaya tidak
dibenci orang. Fikir dahulu sebelum berkata-kata.
Sebaiknya, diam sahaja dan jawab apabila ditanya.
3. Mesti selalu membantu orang lain dan kawan-kawan
tanpa mengharapkan balasan. Dengan membantu
orang lain, hati kita akan puas dan gembira.
4. Banyakkan membaca buku. Buku adalah teman paling setia,
Buku tidak pernah meninggalkan kita. Buku akan sentiasa
bersedia menghiburkan hati adik di kala kesedihan.
5. Apabila teringatkan ibu, terus berdoa. Mohon keampunan
untuknya. Insya Allah, adik akan bertemu dengan ibu di syurga.
6. Solat 5 waktu mesti jaga walaupun tidak disuruh.
Solat akan menjauhkan adik dari perkara buruk.
7. Jauhi kawan-kawan yang jahat dan tidak baik. Kuatkan
semangat walaupun kawan-kawan mengajak melakukan
perkara tidak baik. Walaupun kawan tidak ada, adik masih ada
buku sebagai peneman setia dan kawan soleh yang setia menanti.
8. Apabila teringatkan ibu, adik akan menangis. Menangislah,
ia tidak salah. Selepas menangis, hati adik akan bertambah
kuat, Jiwa adik akan bertambah kental.
9. Jangan sesekali 'menjawab mulut' dengan ayahanda atau
orang yang lebih tua. Walaupun mereka ada kesilapan,
diam itu lebih baik dan kita berbaik sangka. Masalah orang
tua tidak sama dengan kita yang masih kecil.
10. Belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara. Belajar
tanpa henti dan terus berbakti. Tidak faham terus bertanya.
Apabila bertanya, kita akan tahu sesuatu. Pakcik dulu pernah
berkata dalam kelas 5 Dahlia, "Cikgu, saya tidak faham semua."
Andai adik membaca semua pesanan pakcik
di atas. Mungkin kita boleh berkawan.
Yang benar,
Pakcik Ahmad Saifuddin Yusof
Perindu Ibunda 26 tahun.
Panjang2kan dan sampai2kan.....
1 comment:
ya allah menitis air mata..
Post a Comment