Wednesday, August 31

8 TAHUN.. HAPPY BIRTHDAY VINIYAMEY ...!


salam merdeka.. 
dah nak habis ogos baru nak update!.

hoho..



nak ucaplah hepi besday untuk blog ni..
bermula tahun ogos 2008 jadi blogger...

macam2 merepek merabu meraban..
kendian dah pandai nak beriklan...
pastu share info maklumat pulak,.
update jugak cerita personal...
.
buat duit dari blog..
tu yang paling best..
dah 3 ke 4 kali dah cashout 
dari nuffnang...
masih lagi duit masuk..

walaupun sekarang ni memang
dah jarang sangat update blog..
tapi masuk jugak duit nuffnang...
last cek aritu ada rm60 lebih haha..
lembap jugak nak naik kalau tak 
update blog.. harapkan post2 lama
jela bantu naikkan trafik...

tak kencang dah macam dulu..
dulu kalau sehari 4 angka jugaklah
sehari visitor masuk..
skang ni ratus2 jela.. alaaa..


dan baru cecah 2.7juta pageview kat sini..
selama 8 tahun.. taktaula banyak ke sikit.. hihi.
dah tak aktif sangat semenjak aktif di fb..
rindu nak potpetpotpet kat sini..

oklah.. nanti ada masa nak buang
bolehla jenguk balik hihi..

oklah blog.. ailaipyu..
banyak kenangan manis kita bersama..
sampai masuk paper metro laggi haha..
gayat..!

epi besday.. semoga tuan mu
rerajin hapdet.. barula masyukkkk..



Thursday, August 18

MAYAT KANAK-KANAK HILANG DI JINJANG DITEMUI




Terkejut baca berita petang ni..
Ya Allah.. betui ka budak yang hilang tu...
sedihnyaa... apa perasaan ibu dia..
sapa la yang jahat sangat ni...

selalu follow fb ibu dia..
baca komen2 ibu dia..
sedih tengok anak comelnya
dah hilang tak tau kemana..
kalau betul budak ni...
hmmm T____T

risau sangat sekarang ni
banyak kes budak hilang..
hampir2 ditarik orang...
dan hampir hilang...

moga keluarga kita dilindungi... aminn...

ANGGOTA penyiasat di kawasan sungai 
Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini. 

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian. Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. 

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. 

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai. "Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya yang dihubungi BH sebentar tadi. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mayat kanak-kanak yang ditemui dalam kawasan 
gaung di tepi sungai di Kampung Kemensah.



Monday, August 15

AWAS..! JANGAN SIMPAN UBAT LAMA-LAMA DALAM PETI... KENAPA TAK BOLEH?




Terbaca info ni.. dan rasa nak berkongsi..
sebab memang peel suka simpan ubat..
anak jarang sakit.. tapi bila sakit
pakai je ubat yang ada..
kalau dah habis atau perlukan
antibiotik baru ke klinik..

tapi cek jugak la expirednya..
masih ada.. guna jelah hihi...
tapi bila baca info dari pharmacist ni..
alamakkk yeke wehhh??





sumber : Rahman Baco, Pharmacist

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...