Tuesday, December 27

hati-hati ketika memberak atau mengencing


nak membuang tengok-tengok sikit ye.......

iyyyewwwwwwwwww.....

biasanya kat tempat rekreasi ataupun tandas-tandas awam...

tandas awam dalam klcc mungkin lah takde kot...

terbantut segalanya bila nak buang nampak kelibat beliau ini...

mungkin juga boleh pengsan haha... carilah tandas awam yang bersih..

insyallah selamat untuk digunakan dan dibuangkan segala isi perot..

sekian.............

Friday, December 23

Lawaknya hahahaa.... tapi fikirkan semula!!!


salam jumaat yang berbahagia.....
sekadar berkongsi seswatu.......................



Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik....


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:


"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....


Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macam mana??

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas?? selain terhibur anda fikirlahlah...

....................................................................................................


" Lawak kan... dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "


" Lawak kan... berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak kan... ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawak kan,.. ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran"


"Lawak kan... berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak kan... kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Lawak kan ??? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan luangkan masa membaca? berapa banyak????


wallahuaallam... renung2kan selamat beramal,......


Wednesday, December 21

Family day 2011 - melaka kami serbuuu....


Bermula hari ahad bersamaan 25 disember ini

merangkap hari krismas itu yang bukan untuk kami sambut,

Saya dan cik asven akan ke melaka untuk mengikuti

Program hari keluarga anjuran sekolah cik asven saya

Di air keroh melaka... aiseh.. melaka??

Napa bukan negeri lain.....?? ehhehe...


Dulu saya pernah duduk di melaka dan bekerja di sana..

So sangat-sangat lancar perjalanan dan situasi di sana...

Takpelah ikot jelah.. ni bukan program saya pun..

Takkan nak banyak soal plak kan..

Kasik can la nak sambut hari keluarga untuk pertama kalinya

Bersama cik asven terchenta.. melaka pun melaka lah...!


Hmm mesti saya segan kepialu dan menjadi pendiam macam selalu...

Kalo tak kenal memang saya ni pendiam aje.. ehhee..(TDDMKA)

Tapi kalo dah mesra alam sayalah orang paling bising sekali.. hoho..

Berkepitlah saya dengan cik asven aje dan susah saya nak campur

Dengan rakan-rakan sejawat beliau....

Adakah program ini akan membosankan saya ataupun sebaliknya...


2 hari je pun tak lama.. lepas tu singgah negeri sembilan rumah mak...

hari selasa la balik.. nak balik isnin? oh tak sanggup nak hadap jam..

28 haribulan kene ke hospital teluk intan ambik keputusan medical check-up

cik asven untuk penjawatan beliau...harap tade penyakit kronik macam saya.


undangan perkahwinan kawan2 cukup banyak...

sampai bertindih-tindih.. yang sesalnye.. kawan2 yang kawen tu

semua datang masa kenduri kawen saya yang lalu...

cam tak besss je kalo saya pun tak jengah kenduri mereka kan kan kan....

mungkin tak dapat nak pergi.. kalo tade aral kami sampai ye...

kalo tak sampai harap mahap dipinta... doa ku panjatkan buat kalian,...


Tuesday, December 20

mahukan keluarga bahagia??? psstttt.....




untuk pasangan yang sedang membina keluarga macam saya...

marilah sama-sama kita mempelajari tips manalah tau

jika keluarga anda sedang bergolak mungkin boleh diguna pakai...

terima kasih pada pengirim email saya juga dikenali sebagai spam hoho..




1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,

keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.


2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada

di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.


3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa

mahu berseronok dengan isteri.


4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan

suaminya berada di rumah bersama-samanya.


5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika

untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.


6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni

dan tenang dalam rumah tangga.


7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali

kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.


8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri

mengandung dan melahirkan anak.


9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu

dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar !

dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin

suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).


10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana

sekiranya rumah tangga menghadapi masalah,

ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.


11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada

dunia luar berbanding keluarga sendiri.


12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,

seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau

terlibatt dengan jualan langsung.


13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan,

layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.


14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya

berbanding apabila keluar rumah.


15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.


16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,

tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.


17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas,

isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang,

manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu

sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.


19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan

sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.


20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan

kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang

sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.


21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan

jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan,

pelajaran dan tempat percutian.


22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu solat

berjemaah bersama-sama ahli keluarga merapatkan

hubungan dan kemesraan.


23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal

atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan

membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.


SELAMAT MENCOBA BERSAMA-SAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...