Friday, January 16

Segmen Mari Mengumpat... apakah?



Rasa macam nak luah perasaan amarah dalam blog ni..
tapi orang yang nak dimarah tu bukan buat saya marah pun..
abihtu? Kisah orang lain.. dia mengisahkan kisahnya dengan 
si polan tu buat dia marah, tersinggung, kecik hati dll..

Maka selaku pendengar pun terasa nak marah orang tu..
Teremosi sungguh dengan penceritaannya.. bukan sorang
tapi ramai.. dengar cerita si A marahkan musuh A...
dengar cerita si B marahkan musuhnya si B..
si C pun sama nak cerita hal musuhnya.. oh macam2..

sebagai pendengar yang suka mendengar lebih baik jadi
pendengar jelah rasanya.. sekadar memberi nasihat dan
pandangan dan memintanya bersabar dengan manusia2
pelik bersifat rakus, tamak haloba, durjana, poyo dan lelain..

Mungkin sekarang mereka berada di bawah.. orang2 poyo 
memang banyak berleluasa.. nak dibendung dah tua bangka..
harap sedar jela sebelum terlena.. hidup ni tak kemana
dengan segala kepoyoaan yang ada.. biarkan aje...
hidup ni macam roda.. jangan mendabik dada sangatlaa..
lama2 nanti baru tahu siapa mereka dan keluarga mereka..

ok sekian ... nak marah tak mampu pulak haha..
apokonokau nak memarah orang takdekenengene...
okbai!!

Wednesday, January 14

Cerita Awal Tahun 2015


Dah sebulan tak update blog.. macam2 hal..
harini nak try update lah.. lame pulak tak bebel2..
pakai tab ajela nampaknya.. komputer takde disisi..
Dah masuk Januari 2015.. sekejap je masa berlalu..
Usia kandungan pun nak masuk 5 bulan..


Adik ipar saya merangkap adik suami selamat diijabkabulkan
26 Disember yang lepas kat Perlis.. Alhamdulillah..

25hb Januari ni pulak anak buah saya pulak akan bernikah..
dah standby duduk kat N.sembilan ni sampai la hari kawen
diorang nanti barula balik ke rumah di Perak semula..
maka, saya takde kat rumah ye? Merayau2 je ni ha.. 
Cik asben tinggal la kejap di ipoh kerja kat sana..
jaga diri bebaik ye bini takde kat sisi.. semua kerja
buat sendiri okeh., jangan lambat pergi sekolah yehh..

Bulan lepas.. beberapa negeri dilanda banjir...
Tempat yang saya menginap pun dilanda banjir...
first time tengok banjir yang teruk kat kawasan tu..
walaupun taklah seteruk macam di pantai timur,
tapi cabaran tu tetap gerun tengok air melimpah
di seluruh kawasan.. ngeri tengok air lumpur!

Alhamdulillah rumah saya taklah masuk air.,
tapi kawasan rumah memang penuh dengan banjir..
memang tak duduk rumah la.. menginap kat rumah kawan..
Bekalan elektrik ditutup.. air banjir macam tasik..
2 minggu jugaklah merayau tak duduk rumah.. 
berkesempatan jugak balik rumah ambik barang
tapi kene naik botlah.. hihi.. syokk tapi takutttt!

Alhamdulillah la nampaknya banjir dah surut..
semua kembali sediakala.. proses membersihkan kawasan
la nampaknya sekarang ni.. tak sabar nak balik rumah
semula kemas2 barang untuk pindah.. info terkini dari
cik asben kata rumah baru dah dapat.. pulangnya dari
n.9 ni nanti siap sedialah untuk memunggah barang
pindah rumah baru.. mesti ada orang pelik pesal pindah..
ke xde sape pelik haha.. kalau yang dah tau okla..

Cerita mudah je.. cik asben dapat pindah sekolah izzudin ipoh..
setelah ditimbangtara duduk kuarters sekolah izzudin la senang..
Maka sepanjang bulan 1 ni saya sibuk.. sibuk dengan kerja baru,
sibuk dengan bantuan persiapan anak buah kawen.. dan sibuk
nak berpindah rumah.. dan dah tentu sibuk nak kemas rumah..
Maka bulan ni dan bulan depan saya jadi penyibuk okey..

ok lah tuje nak cerita.. rindu betul nak update blog..



Thursday, December 18

CARA SENANG MEMBUANG KUTU KEPALA


Teringat masa zaman budak2 dulu pernah jugak kene kutu
biasalah berjangkit dengan kawan2 yang lain.. memang gatal kan!

Kanak-kanak memang senang kutu nak berjangkit terutamanya
apabila anak2 kita ini di taska atau bermain dengan kawan mereka..
Apakah langkah penjagaan bagi rambut berkutu ni... senang je!!

1) Beli shampoo atau ubat kutu di klinik / farmasi
dan sapukan di kepalanya mengikut masa yang ditetapkan

2) Cuci dan bilas kepalanya.. sikat rambutnya menggunakan 
sikat kutu untuk menarik keluar kutu dan telur kutu sekaligus..

3) Bersihkan sikat, berus atau topi anak anda..
Cara lain lebih berkesan, simpan topi anak anda ke dalam
plastik berikat ketat dan biarkan sehingga kutu2nya mati..

4) Halang anak anda daripada bermain dengan kawan2nya
di taman untuk mengelakkan daripada berjangkit
dengan kanak-kanak yang lain. Biarkan anak anda di rumah
sehingga hilang dan mati kutu2 di kepala anak anda...

SELAMAT MENCOBA!!



Wednesday, December 17

KELEBIHAN MEMBEDUNG BAYI




Kadang-kadang bayi sekarang suka menangis bila kene 
bedung kan? macam anak saya dulu kalau dibedung
tak lama je satu tangan mesti keluar walaupun tak nangis..
zaman sekarang dan moden... ada juga pengeluar
barangan bayi mengeluarkan produk bedung moden..


1. Bayi yang masih kecil mesti kene bedung... sebabnya 
boleh mengelakkan daripada bayi anda terkejut dengan 
bunyi bising di sekelilingnya... perasan takk bezanya
bila anak dibedung dan tidak dibedung???

2. Apabila bayi dibedung, bayi anda akan berasa lebih
selamat dan selesa seperti berada dalam rahim ibunya..

3. Ini juga dapat mengelakkan tangan anak anda mencakar
mukanya apabila bayi itu tidak memakai sarung tangan..

4. Bedung bayi dapat memberi kehangatan dan mengurangkan 
risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat
terkejut.. haaa.. bahayakan kalau anak tak dibedung ni???

5. Bedung juga dapat meredakan tangisan bayi sama ada
anak anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak..

6. Dapat membantu ibu menyusu dengan kebih mudah
apabila anak anda dibedung... takde la merewang tangannya..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...