AMARAN!!
ENTRY INI AGAK PANJANG...
SILA HABISKAN BACA JIKA ANDA BERMINAT
NAK JADI BLOGGER TERHEBAT SUATU MASA NANTI..
Ramai nak buat blog... tapi tak tau cemana jadi blogger terbaik
di kalangan blogger yang sudah sedia hebat... Semua orang boleh tulis
macam2 dalam blog.. tapi cemana nak tarik perhatian pembaca datang
baca blog kita, cari maklumat lain dalam blog kita dan juga blog kita jadi
panduan untuk mereka rujuk, dan terus menjadi pembaca setia blog kita..
CARA MEMBUAT BLOG YANG TERBAIK
jom baca tips blogging yang saya kongsikan dari apa yang saya tau
dan pratikkan hampir 6 tahun dalam dunia blogging...
Cara Tulis Entry / Blog
1. Ayat mestilah ringkas, padat, kreatif dan menarik bagi pembaca...
Jangan terlalu meleret-leret, merepek banyak sangat dan gunakan
perkataan penuh... jangan guna bahasa SMS atau ayat budak2 hot,
perkataan penuh... jangan guna bahasa SMS atau ayat budak2 hot,
cuba anda bezakan ayat di bawah mana lebih senang nak baca...
Shemalam shayew chaket peyottt. wimash la ashek pewgi tandashh jew..
Semalam saya sakit perut.. rimas la asyik pergi tandas je
2. Kurangkan entry copypaste.. bukan tak boleh tapi jangan seluruh entry
tu copy dari sumber lain.. kalau boleh ubah suai sikit buat ayat sendiri..
dan bila dah copy jangan lupa bagi kredit pada sumber yang dicopy..
kalau setiap entry yang kita publish entry yang dicopy aje dah tentu
muak pembaca nak baca dan mungkin tak datang lagi...
3. Pelbagaikan entry... ini cuma cadangan sahaja...
dalam satu hari kita boleh update apa sahaja entry yang berlainan
contohnya ada cerita sikit pasal personal, kerjaya, keluarga atau
maklumat/ info pada pembaca.. (bergantung kepada tuan blog la ye)
4. Kalau boleh buatlah entry bergambar.. kenapa pentingnya gambar?
satunya, pembaca tak bosan jika keseluruhan entrynya penuh dengan tulisan.
melainkan anda seorang selebriti yang punya peminat tak kisah apa buat
pun orang tetap akan suka.. betul tak? hehe... dan pentingnya gambar ni
lagi satu ialah SEARCH IMAGE dalam google.. bila ada orang
cari gambar.. dan gambar tu dari blog kita automatik statistik akan naik..
Pengalaman saya buat entry ucapan maal hijrah.. saya letak satu gambar
maal hijrah.. nak tau kesannya? gambar yang saya letak tu jadi carian
penggugel gambar.. secara tak langsung entry pasal maal hijrah tu beribu
viewernya.. sampai saya pun pelik apehal entry ni banyak sangat orang view..
ohh rupanya disebabkan gambar yang saya letak rupanya..baru saya paham..
5. Berkenaan dengan tulisan... pilih saiz normal sudah.. jangan besar sangat
jangan terlampau kecik sangat... kita nak bagi pembaca mudah baca kan?
dan tulisan pun pakai font biasa aje.. jangan guna font yang berukir2 sangat..
senget benget.. sampai serabut teksnya nak baca pun pening hehe..
Template / Design / Background / Layout
1. Plisssss... jangan serabutkan blog anda... penuh dengan widget yang
mungkin tak guna pun... dan nak tau kesannya? dah la serabut,
blog pun akan jadi berat... bila pembaca bukak blog anda... tapi lembab
tak mustahil mereka akan tekan butang pangkah... kalau yang sanggup tunggu
pulak, bila dah bukak, tengok2 blog pulak serabut... pun hilang mood pembaca..
2. Pilih design yang kemas dan teratur.. banyak webiste yang sediakan
layout dan template blog secara percuma.. google aje mesti jumpa..
atau kalau nak lebih cantik ikut selera sendiri boleh jugak tempah layout
blog pada designer2 yang boleh buatkan... ada yang mahal cecah ratus ringgit
ada jugak yang murah dalam RM20 ke atas pun ada.. nak tau pm saya hehe..
3. Jangan pilih background hitam dan tulisan pulak warna warni..
pembaca kita kebanyakkannya dah dewasa bukannya budak tadika
melainkan anda seorang budak tadika atau budak2 baru nak up haha...
4. Kalau nak letak iklan susun la dan letak kat tempat yang sesuai..
saya pernah bukak blog penuh sangat dengan iklan.. sampaikan nak baca entry
pun payah yang amat..terpaksa senget2 kepala nak baca haha.. las2 fedap
saya tutup terus blognya.. ee payah betul.. nak bagi baca ke tak ni ??
5. Paling utama, jangan letak lagu dalam blog... tak semua on9 kat rumah...
ada yang on9 di pejabat... tiba2 bukak blog anda satu opis bising dek
lagu anda tu.. dahla bukan citrarasa pembaca bising pulak tu..
(saya pernah kene ok.. pandang slek je boss kat saya haha.)
kalau nak dengar lagu kegemaran anda tu pasang jela sendiri dan
dengar jela sendiri... melainkan blog anda blog private.. takde sape
tau kewujudan blog anda... ok yang itu boleh... kita nak bagi keselesaan
pada pembaca kan...? barula rating tu naik bila pembaca suka blog kita..
Tajuk Utama Entry
1. Kebiasaanya saya buat, saya suka taip entry dulu.. karang dulu ceritanya
dan akhirnya baru bubuh tajuk... kenapa? sebab dari cerita itulah
akan wujudnya tajuk2 yang sensasi lagi hot dan mencemaskan hehehe...
2. Gunakan ayat penuh sebagai tajuk bukan bahasa SMS atau tajuk
yang kurang jelas.. contohnya anda nak cerita pasal kebaikan vitamin C..
dan anda pun buat tajuk mudah KEBAIKAN VITAMIN C...
kalau tengok tajuk pun orang dah tau dah kan kebaikan apa dia..
dan mungkin tajuk entry anda akan bersaing dengan blogger yang lain...
so, ciptakan kelainan... contohnya... sedia maklum kebaikan vitamin c
boleh sembuhkan luka, baik untuk kulit, baik untuk demam dan selsema
dan sebagainya... cuba pilih satu kebaikan itu dijadikan tajuk...
kebaikan lainnya akan diselitkan dalam entry... kalau saya la... hmm
"CARA CANTIKKAN KULIT DENGAN MUDAH"
"TIPS ELAK KENE DEMAM SELSEMA"
ni contoh... anda lebih kreatif.. ciptakan dan cari kreativiti dalam
membuat tajuk entry...bila tajuk sensasi, pembaca pun tertarik...
lalu statistik pun meninggi mencanak2 naiknya hehe...
3. Itulah namanya KEYWORD... keyword ini akan membantu anda
dalam pencarian google... sebab tu tajuk ni sangat2 penting..
saya dah buat eksperimen banyak kali.. bila buat tajuk sensasi
berlambak2 visitors masuk.. kita boleh cek kat statistik setiap entry...
bila buat tajuk biasa2 je.. mesti tak banyak orang view.. ok sedih..
tapi jangan menipu... tajuk lain entry lain.. ha tu lagi sedih...
Media Sosial
1. Ini paling penting... lepas dah update blog... sila promosi blog anda..
ping la blog anda di FB anda sendiri.. atau di mana2 group yang
boleh anda ping kan... contohnya Gang Blogger, Oh Belog dan lain2..
search aje mesti jumpa group2 ni... jangan segan2 nak promot ya..
2. Ada cara automatik... tiap kali anda update blog secara automatik
entry anda ter update sendiri di timeline FB anda dan Twitter...
so tak payah pening kepala.. mudah kan... tapi cara2nya alamak...
saya dah terlupa yang tu kene google... banyak tutorial pasal tu...
kalau FB namanya NETWORKBLOG... boleh search dan buat...
kalau Twitter kene ada akaun twitter la dan link kan pada blog anda..
3. BLOGWALKING (BW)... cara lain untuk promosi diri dengan BW la...
join contest, join segmen, join GA, semuanya saya buat untuk
promosi blog sendiri... kalau ada masa lebih la... ada juga cara lain..
BW dengan blogger2 aktif.. mana nak cari blogger aktif?
masuk blog2 popular yang anda kenal... tengok pada komen...
dan BW la pada pengomen2 tersebut.. insyallah mereka akan
datang jengah blog anda... ni khas buat blogger2 baru..
anda kene rajin... biar ramai2 tau kewujudan blog anda..
jangan buat blog tapi syok sendiri... bukan mengharapkan komen
atau follower tapi harapkan visitor.. kalau ada visitor setia lagi bagus..
mana nak tau visitor yang setia.. cek dekat nuffnang.. saya tau sapa
pembaca setia blog ini..tu pasal kene daftar nuffnang.. ada gunanya.
4. Untuk naikkan ke top google search saya guna web ini..
anda buatla.. daftar dan masukkan setiap link anda,..
saya dah buat dan memang topik anda akan berada di atas...
sebab tu kene buat topik yang unik ya.... baru menjadik..
NUFFNANG
1. Tak sah kalau ada blog tak letak iklan... nilah namanya
sambil menyelam minum air... dah ada blog letak la iklan...
sambil2 buat blog.. sambil2 tu jugak dapat duit dari iklan nuffnang..
2. Cara nak masuk kan iklan boleh la google tutorialnya... saya
dah lupa sebab dah lama sangat hehe... saya pun dulu gugel aje...
bila trafik anda tinggi iklan yang dibayar pun tinggi...
saya blogger biasa je, jadi earning pun biasa2 jela hihi..
saya blogger biasa je, jadi earning pun biasa2 jela hihi..
contoh tabungan saya selama 2 tahun yang dah diterima dan habis haha
earning terkini setelah setahun menabung yang belum dituntut lagi..
lambat naiknya sebab tahun yang kurengg update blog...
cara nak dapatkan mesti update blog selalu dan naikkan
statistik anda... bila keyword anda betul, unik dan menarik ni lah hasilnya...
earning CPUV dapat apabila statistik atau rating anda tinggi setiap hari..
manakala earning untuk CPC hasil daripada iklan anda di klik oleh visitor..
tarikan daripada google memang kuat... nampak kan hasilnya...
so keyword sangat2 penting yaa... moga pencari2 google
akan tersesat di blog anda... dan saya cadangkan
bubuh la widget linkwithin tu.. sangat2 bagus dalam menaikkan
statistik... nak buat? sila google tutorialnya ya hehe...
bubuh la widget linkwithin tu.. sangat2 bagus dalam menaikkan
statistik... nak buat? sila google tutorialnya ya hehe...
Blog ni banyak jadi rujukan untuk ibu2 hamil...
bermula entry ini disebabkan saya mengandung dan simpan
untuk diri sendiri tapi tak sangka menjadi hangat sepanjang masa...
Jadi cari keunikan blog anda... moga blog anda jadi rujukan buat pembaca..
meskipun blog tak update, tapi tetap ada pengunjung...
caranya? ikut semua contoh2 di atas...
satu lagi pesanan saya... etika blog pun kene jaga...
jaga sensitiviti, jangan buat entry berunsur fitnah, mengumpat,
mengutuk, membuka aib orang dan lain2 lagi...
sebab dosanya berpanjangan... dulu2 pernah gak terbuat
dan bila dah tau salahnya, saya delete semuanya...
peringatan untuk saya sendiri juga supaya beringat...
ok selamat mencuba... dan happy blogging...!!
satu lagi pesanan saya... etika blog pun kene jaga...
jaga sensitiviti, jangan buat entry berunsur fitnah, mengumpat,
mengutuk, membuka aib orang dan lain2 lagi...
sebab dosanya berpanjangan... dulu2 pernah gak terbuat
dan bila dah tau salahnya, saya delete semuanya...
peringatan untuk saya sendiri juga supaya beringat...
ok selamat mencuba... dan happy blogging...!!
3 comments:
Entry panjang yang best, penuh tips, balik ni babah nak apply jugak
perghh..mantap tgk view...!
suka tip2 kat sini..dan sgt bsetuju dgn cdagan kurangkan bahasa sms tu...mmg dok fahamm..!huhuh
Terima kasih atas tips yg di kongsikan..walaupun panjang tapi isi yang padat..
Post a Comment