TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling
itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.
Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa
yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling
itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan
dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu
disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,
cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin
pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu
mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak
melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan
pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,
lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat
di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit
dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana
datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
MORALOPDESTORI :
Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan
Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling'
lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa
mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.
Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya
menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan,
keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk
mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
sekadar memanjangkan kisah pengajaran untuk peringatan kita bersama
Sumber: # Mastika