Monday, December 5

Sahabat lama : Shanaliza Amynana


shana... aku nak ngompat ko ni jangan marah ya hahaha....
siap curik gamba ko lagi haha jangan marahh haaa.....


beliau ni salah sorang makhluk yang dah lama sangat saya carik..
cara kami jumpa balik memang lawak gilaaa!!!
meh saya ceritakan... bagi saya lawak la.. kalo anda mesti tak lawak pun..

kami berkenalan masa kami belajar dulu di IIC Gombak...
sama2 naik bas pergi kolej, satu kos mungkin pernah sekelas
dan satu hostel di mutiara kondo sentul tapi berlainan rumah aje...

kami menjadi bertambah rapat apabila saya dapat tahu yang
beliau berasal dari kampung gajah dan satu sekolah dengan cik asven..
secara kebetulan, dalam bas yang kami naiki minah ni ada di belakang saya..
dia sembang kencang dengan kawan beliau sehingga jelas kedengaran
di telinga saya macam2 dia cerita kahkahkah...

sampaila terdengar dia berkata yang dia berasal dari kampung gajah..
tak semena-mena saya pun menyampuk dalam perbualan beliau...
siasat punya siasat tahula saya asal-usulnya....lalu kami pun berkawan rapat..
tak lama lepas itu.. beliau pun berpindah... kami pun lost contact...
sehingga pada suatu hari saya mendapat panggilan telefon
dari nombor yang tidak dikenali... rupanya beliau yang tepon...
dapat balik berhubung semula setelah sekian lama hilang....

jodoh tak panjang kami hilang lagi...
sehinggalah saya berkahwin dengan cik asven saya ini...
ceritanya kami jumpa balik apabila saya menyatakan suara hati
saya pada adik ipar saya nooraimy atau saya panggil ola...
si ola ini merupakan rakan sebaya beliau di sekolah lamanya dulu..

"ola, lama akak tak jumpa shana.. dia duk kampung je ni..
tau tak mana umah dia.. ingat nak jumpa dia.. lama betul tak jumpa"

"dia ada je kat sini kak.. ola tau gak umah dia"

ketika ini saya berbual sewaktu kami sedang bertungkus lumus
dalam persiapan perkahwinan kami di kampung gajah perak...
kejadian ini merupakan 2,3 hari sebelum kenduri kami berlangsung
untuk majlis pihak lelaki pada 11 june yang lalu....

pada hari kenduri kawen saya itu... setelah selesai majlis..
saya mengajak adik ipar saya si ola itu untuk meneman saya
ke rumah rehat kampung gajah untuk mengambil barang2 peninggalan saya
kerana di rest house itulah pengantin2 bersiap...

sewaktu perjalanan menuju dari rumah ke rest house itu..
di simpang 4 yang mengandungi lampu2 traffic light itu...
saya pun merenung satu kereta merc kale gold metallic yang sedang
berhenti di simpang 4 itu begitu juga dengan saya...

"ola... tu tadi akak naik kereta dengan atan (asven) masa
nak pergi majlis tengahari tadi... sedara ola tu kan? tapi nape
pemandu dia perempuan plak???"

" aah la sedara ola tu.. eh tapi lain kot kak...cuba tengok sapa driver tu?"

bila lampu hijau...kami pun menyusuri jalan itu perlahan2
sambil memerhatikan pemandu merc itu...
apabila kami melihat aje pemandunya... lalu kami serentak menjerit..

SHANAAAAA!!!!!!

saya pun buat aksi gayat melambai2kan tangan ala miswel
pada beliau dan memberi isyarat berhenti...
lalu kami pun bertemu di parking depan kedai makan
bersebelahan dengan simpang 4 itu...

" Ya Allah hai.. baru je sebot 2,3 hari lepas dapat jugak jumpa"
sorak aku dalam kereta sambil ketawa besar dengan adik ipar..
dengan pakaian baju pengantin yang belom dibuka lagi..
kami pon bersembang itu ini begitu begini....

seronok kan jumpa kawan lama...??
kami dah sekampung plak sekarang ini...
saya dah pindah di kampung gajah dalam 2 bulan gitu...
saya terbuat entry pasal beliau ini kerana malam sabtu lalu kami
terserempak di pasar malam jumaat malam sabtu itu di pekan kg gajah..
makin sihat ko yer shana hahaa....tak sempat sembang lama...
sebab kami dalam gerimis hujan yang masih belum berhenti...

sekian cerita kawan lama yang baru terjumpa....



1 comment:

Unknown said...

untunglah camtu....panjang umur dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...