Pertama sekali nak ucap tahniah buat kedua adik ipar kami..
saya dapat biras baru pada 24 Ogos yang lalu dan adik ipar saya ni
telah dikendurikan pada 25 Ogos di Kampung Gajah, Perak...
Kenduri biras saya juga telah selesai minggu sudah pada 1 Sepember
di Chendering, Kuala Terengganu.. tu yang cite jalan jauh tu..
adik perempuan pada suami saya.. merangkap
adik ipar saya serta suaminya merangkap biras saya hohoho...
tahniah buat Ola & Amin.. selamat pengantin baru.. moga bahagia
hingga ke sorga serta dikurniakan zuriat soleh solehah...
suami saya juga dapat biras yang baru apabila adik saya
pula kawen pada 7 september yang lepas dan dikendurikan
8 september bebaru ni... belah biras suami pula akan dikendurikan
pada 30 september ni bertempat di Sabak Bernam Selangor...
yang lucu sikit bila biras dah bersembang panjang barula tau,
yang mereka sesama jurusan Ukur Bangunan di Uitm Perak..
tak jumpa sebab berlainan batchnye la.. kecik je Malaysia ni hihi..
Tahniah buat Nurul & Syahril.. moga bahagia
hingga ke sorga serta dikurniakan zuriat soleh solehah...
raya tahun 2010 sewaktu menziarah kubur ayah..
dan juga tarikh hari ini... 12 September...
Al-Fatihah buat arwah Ayahanda saya yang telah meninggal
dunia pada 12 September 1998... masa tu saya berumur 14 tahun..
Semoga roh beliau tenang di sana dan dirahmati Allah...
