2 minggu lepas sebagai rutin bulanan saya akan ke ipoh
untuk jenjalan ke bank bagi melunaskan bayaran kereta dan segala
macam bil bulanan api, internet, line empon bimbit dan astro...
bagi memenuhi masa dan keperluan sekali lagi kami memilih mydin ipoh yang baru dibuka kira2 sebulan yang lalu untuk menyopping barang2
keperluan rumah.. meskipun mydin.. takdela semua bendanya murah..
ada harga standard je.. ada yang mahal.. dan ada jugak yang betul2 murah..
semasa menunggu barangan kami di kira oleh cashier mydin itu,
tiba2 lengan saya ditepuk oleh pekerja mydin sehingga saya terkejut..
saya ingatkan saya ada buat salah sehingga lengan saya ditepuk..
sekali bila tengok wajah penepuk lengan saya itu saya tergelak besar..
laaaaa... kawan rupanya.. haha... kami bersalaman dan saya terpeluk beliau..
kawan saya ini memang dah lama tak jumpa.. pernah berkawan kerana
kami berjiran bilik di uitm sri iskandar dulu.. kira2 8 tahun yang lalu...
hihih.. pinjam gambar satttt boleh???
kami berbual sebentar bertanya kabar dan bertukar cerita..
setelah pembayaran dibuat, maka kami pun pulang lagipun mydin
nak tutup dah... sebelum kene halau baik kami balik haha...
sebelum kami pulang ke rumah.. kami meronda2 dulu..
minum makan di restoran mamak sappedek roti canai dengan teh tarik..
abih sappedek kami meronda lagi.. hajat di hati kami nak mengkarok..
lalu terjumpa la pusat karok untuk lepaskan gian, sejam cukuplah.. tak larat
nak melalak lelame cam dulu.. lagipun dah lewat jam 2 pagi masa tu..
pulangnya kami di perjalanan penuh sejuk, berembun dan pagi itu
memakan masa kira2 sejam jugak dari ipoh ke rumah kami...
dalam perjalanan, kami terjumpa roadblock sebanyak 3 kali...
3 kali roadblock.. 3 kali jugaklah kami kene tahan.. sebab apa?
roadblock yang pertama.. kelam kabut saya pakai tali pinggang haha.. tak suka
pakai sebab perot makin muncet.. senak plak bila pakai.. ish ish ish..
jangan contohi saya okeh!!.. sampai je kami di roadblock itu, kami pun berhenti,
bukak tingkap dan bukak lampu dalam kereta.. kate cik asven.. senang polis tu
nak tengok isi dalam kereta ni tayah dah suluh2...
roadtax kami diperiksa.. "oh bulan ogos ni mati" kata brade polis tu..
saya sengih je.. disuluh2 plak kat bahagian seat belakang..
"amboi shopping nampak?" tegur brade polis tu bila tengok plastik mydin
penuh kat belakang... saya sengih lagi.. "aah baru balik shopping"
balas saya balik.. tengok takde apa polis tu suruh jalan...
fuhh lega... lega bukan apa.. lega sebab boleh bukak seatbelt balik haha..
ada dalam 15 menet, kami jumpa lagi roadblock... kelam kabut kali kedua
saya pakai seatbelt balik haiyya... berhenti kami lagi di roadblock itu,
bukak tingkap luas2 dan bukak lampu dalam kereta..
kali kedua pun kami ditegur benda yang sama.. pasal shopping sebab
brade2 polis ni tengok plastik2 mydin yang penuh kat belakang..
kami juga disiasat, apa benda kami letak kat depan kereta..
lalu asven saya memberitahu yang kami menampal sticker boom kat
bahagian depan kereta.. dari jauh macam nampak kereta mainan
yang dibalut hadiah.. memang ramai manusia pelik tengok kereta kami..
tapi tahla kalau JPJ yang tengok tak tau lepas ke tidak.. oh janganlah...
kami pun bergerak semula setelah diperiksa takda apa2..
dan sekali lagi kami ditahan untuk kali ketiga.. ada sorang pakcik polis
itu menegur "oh baru balik dari shopping ke.. ada roti tak?"
"roti takde pakcik.. biskut ade la.." jawab saya.. "biskut? lain ade tak?"
tanya pakcik tu lagi... "bagi kepek kita beli tadi" kata cik asven...
lalu saya amik kepek 3 sepoh hengget yang dibeli oleh cik suami
pada makcik yang bawak kepek kiri dan kanan di sekitar dataran ipoh..
"kepek ada la.. nah amik ni" saya hulurkan kepek pisang pada pacik polis tu..
"aik meniaga ke?" sapa sorang brade polis plak.. "hihi takdelah" jawab saya..
pakcik tu nak bayar.. tapi kami menolak.. "takpela amik je.. kami ade lagi"
ade kakak polis plak tanya.. "shopping kat mydin ipoh baru tu ek.. saya
duduk kat meru tu jugak" kata kakak tu.. "aah shopping situ.. dekat jela kan?"
sempat lagi pacik polis tu pau kami.. haha.. takpela.. siyan tengok mereka
bekerja sampai larut malam.. nak pegi kedai kompom jauh sebab
kedai takde dah bukak lagipun tu kawasan hutan..mesti lapar tu...
sebelum gerak pulang sempat saya cakap " ok.. selamat bekerja"
oh ramah tamah plak saya dengan brade, kakak n pakcik polis tu..
tuje nak cite.. kene tahan sebab kene pau.. heh heh jangan maree :)
