selamat pagi khamis...
terbaca pagi ni di berita BERNAMA...
filem ni dah dapat 6 juta.. wow!! banyak tuhh!!
ramai sudah yang pegi menonton..
ramai sudah yang sudah kasik feedback itu begini..
persolannya adakah saya sudah menonton??
heyy!! sudah semestinya belommm!!!
belum berkesempatan lagi nak menonton..
masih lagi mencari ruang2 masa untuk menonton..
adakah masih sempat lagi???
sedapkah cerita ni?? mesti sedap yer??
kalo tak takkan ramai2 pegi terjah panggong
memunggong di kerusi panggong berejam bersila panggung...
jum layan sket sedutan berita dari bernama....
KUALA  LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- KRU Studios berjaya melepasi sasaran  awal  RM6 juta selepas memungut RM6.3 juta untuk filem terbaru  terbitannya, Hikayat Merong Mahawangsa yang ditayangkan sejak 10 Mac  lepas.
Penerbit filem berkenaan Norman Abdul Halim berkata pencapaian itu   menunjukkan masyarakat di negara ini boleh menerima genre filem  berbentuk kenegaraan yang dipaparkan filem tersebut.
"Ini satu petanda baik kerana kebiasaannya, filem tempatan yang mendapat  sambutan baik adalah bercorak komedi atau seram," katanya kepada  pemberita selepas tayangan filem itu yang dihadiri Timbalan Menteri  Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz,  mewakili Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais  Yatim.
Norman berkata selain Singapura dan Brunei, kira-kira 69 negara lain  dijangka menayangkan filem itu secara berperingkat mulai Mei hingga Ogos  ini.
Beliau berkata kejayaan filem itu, yang menelan kos sebanyak RM8 juta  dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan, mampu menjadi batu loncatan  kepada produksi tempatan lain menghasilkan karya bermutu serta bertaraf  antarabangsa.
5 comments:
kira filem ni berjaya menarik penonton yg ramai utk menonton, saya sudah memunggong ke panggong....heeee~
bess ker... tak sempat betul nak jalan2 nih hehe
2 thumbs up utk cite ni. mmg best! ^^
ohh bess ker.. kene tgk nih hehe
tak tengok lagi.haiya
Post a Comment