Thursday, August 19

Tips beraya di rumah pasangan


Awas.. N3 ini khas buat manusia2 yang belum berkahwin saje okey!!

Eheemmmm… pasangan korang ajak korang beraya ke rumahnya! ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran….. Perasaan gembira, panik, cuak dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumle, saat nilah masa yang seswai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati korang kepada kaum keluarga, bukan!

Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu ‘matching’ dengan baju…… Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan ‘bakal mertua’. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan ‘mak datin’…. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat ‘lampu merah’!


Jaga Penampilan - Pakai baju yang macam baju

Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika korang membuat persediaan awal supaya idak le kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian korang kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri korang di hadapan keluarganya.


Bawa Teman - Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber’tanduk’ dua)

Elok jika korang membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, korang pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan korang di mata keluarganya.


Kenali Ahli Keluarganya - Lepas ni jangan plak buat2 tak kenal bila jumpa kat pekan

Teman korang tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati korang, pasti korang mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.


Jaga Adab Sopan - Makan sikit je walaupun tengah lapor macam tak makan seminggu

‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan korang. Peliharalah adab tertib terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan korang yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.


Bersikap Ramah Mesra - Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main2 je dlm hubungan ni

Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat korang jadi ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!


Murahkan Senyuman - Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek

Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan korang dengan memberikan senyuman. Korang pasti tidak mahu dikata sombong, kan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam kerang busuk pulak!


Sediakan Buah Tangan - Buah tangan je jgn plak kasi buah buku lima

Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi korang jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!

So, GOOD LUCK!!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...