Saturday, April 17

Achik Spin Meninggal Dunia


MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

17/04/2010 8:51pm

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan


:tsk:TB : sedihnya berita ni... suka dgr lagu2 dia dulu masa skolah.. antara lagu dia yang hit "Mengusung Rindu"

Teringat masa tu aku form 4 kalo x silap aku jumpa dia masa dia wat show kat bandar baru serting.. ramai la artis2 FMC datang.. dah tentunya ada siti nordiana kan.. ader la aku amik gamba ngan acik ni.. tapi tah mana la album aku dah hilang... abih sumer gmba2 kenangan zaman dlu tade.. byk dalam tu jer...

Al-Fatihah buat acik spin & salam takziah buat acik & keluarga.. moga rohnya dicucuri rahmat aminnnnnnn...


Mengusung Rindu

Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti

Dalam senyuman ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya... ( oh... )

Sayu hati... sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan
Dengan sidia
Sakit hati... sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina letih tidak bermaya
Rasa terkilan bunga yang ku puja
Kini mekar harum di jambangan orang
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu...
Ku tak berdaya


** Lirik lagu dia yang mendayu-dayu serta syahdu**

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...