Friday, January 11

HANGAT Sepanjang Masa... aummm!!





Entry terperap hampir basi tapi masih boleh guna lagi..
Berikut merupakan entry sepanjang tahun 2012..
Oleh sebab saya sepanjang tahun lalu mengandung 9 bulan
eh mestila 9 bulan tak mungkin 12 bulan, maka dengan 
itu saya mencarik maklumat untuk rujukan saya sendiri
dan saya share di sini buat tetamu jemputan khasnya..
dan tak sangka ini pulak jadinya..................................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Nampaknya entry berunsurkan info kehamilan menjadi 'Lauk' buat saya..
kalau dulu sehari hampir 10 entry saya kejar demi mengekalkan UV
tapi sekarang dah banyak komitmen maka sehari satu entry pun cukuplah..
Atas bantuan entry2 begini dapatlah saya kekalkan UV 400 - 1000 ++ sehari
kalau ikut statistik Nuffnang.. kalau statistik blog ni 4000 - 10000 sehari..
sekaligus ini mementenkan iklan BE bergoyang menari dengan indahnya
setiap bulan tanpa rasa ragu-ragu lagi.. terima kasih Nuffnang.. i lap u..

Jadi kalau saya banyak cerita pasal kehamilan ke... kawen-kawen ke..
pasal baby ke jangan marah yaa hehe.. sebab saya tengah sediakan 'Lauk'
buat santapan saya sendiri dan juga tetamu jemputan khasnya...
sekian terima kasih buat semua pembaca blog usang ini... hewhewhew

Thursday, January 10

BAHANA MENABUNG...




Gilaak tajuk tak menahan... jangan marah.. nanti kene jual.. lalala..
Saya suka mengumpul.. kalau dulu suka kumpul setem..
Kumpul sticker.. kumpul keychain.. sekarang ni suke kumpul
anak plak.. hihi.. bukan2.. kumpul duit syiling atau lebih
dikenali dengan nama mesranya menabung laaa~

Tabung pun ada 2 kategori.. satunya yang jelasss banget..
satu lagi tak berapa nak nampak... tabung pilihan saya
semestinya................. yang jelassssssssss laaa... kenapa??

Sebab... bila kita ada tabung yang jelas nampak duit di dalamnya
semangat untuk memenuhkan tabung tu sangat lah tinggi..
Berbanding kalau tabung yang gelap gulita dan tak nampak..
Mesti hati tu tertanya2 berapa dah jumlah tabung ni ya..
Sikit-sikit nak cek je.. sikit-sikit nak tau berapa ada kat dalam..

Maka dengan ini, menabunglah untuk kesesakan di saat
wang akan diperlukan di saat kecemasan dan kebuluran haha..

Tuan blog : Menanti duit tabung nuffnang yang telah ditabung
selama 2 tahun lebih itu dengan penuh kesabaran dan kekusyukkan



Wednesday, January 9

Wordless Wednesday # Peminat Kemaruk Aaron Aziz




Cilok dari FB...
 kemaruk sampai berangan orang tu cerai bini dia.. alahai adik ini... hihihi



Tuesday, January 8

Jangan Lakukan Perkara Ini Semasa Mengandung!




sekadar memanjangkan info yang diterima...
untuk kegunaan sendiri dan tetamu jemputan khasnya


Ubat Nyamuk
Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan,
yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi
 bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

Derma Darah
Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah
mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan
 banyak darah untuk kehamilan.

Bawa Barang
Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah
kehamilan memasuki trimester terakhir.

Durian
Elak makan durian terutama trimester pertama kehamilan, kerana
boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

Kapal Terbang
Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan,
apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau
menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh
menambah risiko terhadap kehamilan.

Gincu Bibir
 Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka
 menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu
jika tertelan boleh membahayakan janin.

 Krim Pemutih
Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh
 menjejaskan kesihatan anda dan janin.

Ubat Jerawat
Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa
 kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan.
 Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin
 membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat,
kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang
 menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Banyak lagi sebenarnya kan? Nak tambah boleh aja dong.. hehe

sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...