Monday, July 25
isnin oh isnin.. saya mahu jumaat oh jumaat
Rintihan hati - Jangan kau ganggu aku lagiiiiiii!!!!!!!!!
Aku masih lagi menggertap bibir.
menahan marah padamu.
walaupun sudah berkali-kali ku katakan padamu.
jangan datang lagi padaku.
aku tak sanggup mendengar suaramu yang halus itu bermain-main ditelingaku kini.
apa lagi mahumu dalam hidupku kini.
entahlah,mungkin kau tak memahami kata-kata ku ini,
atau kau sengaja tak tahu malu padaku.
nyahlah kau dari hidupku ini..
aku tak berdaya lagi menanggung penderitaan ini.
sampai bila kau mahu berkelakuan seperti ini.
oh..Tuhan..Kau jauhkan lah ia dari ku ini.
biarpun sekejap cuma.
berilah aku ketenangan dalam menghadapi situasi ini.
aku perlukan kedamaian dan ketenangan,bukan diganggu masa tidur dan rehatku ini.
sudah acap-kali aku diganggu olehnya.
mestikah aku lari darinya atau harus membiarkan ia mengekori hidupku.
sampai bilaaaaa.......
sampai bila.......................................................!!!!!!!!!!!!!
wahai nyamuk pergilah engkau dari hidupku ini.
( kehh....kehh...keh....jangan marah hahhhhhh )
BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?
Petua Tahan Lama (^_^)
Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo........ Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? Kat bawah nie ada petua untuk ' tahan lama ' .
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?
NASI / LAUK
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
PAKAIAN
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... BAJU SENDIRI SIMPAN. hahaha
KERETA
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.
UMUR
Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat hahaaa....
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam, rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!
Sentiasa terbuka dan rasional....
