Wednesday, February 9

Cara terbaru menyebar kuman HIV




Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.



1. Di kawasan pantai.

Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.



2. Di kawasan permainan kanak-kanak.

Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.




3. Di panggung wayang.

Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' .Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... ...



4. Di Georgia & Florida

ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik didalam nya.




5. Di restoran Burger King

pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.



sumber :

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .


Bert Mau Kawen - Episod 1


saya suke buat cerita bersiri... Sinetron "Bert Mau Kawen"... hehee.. menjelajah bersame2 untuk menyiapkan misi untuk sambung bercinta di alam perkahwinan pule.. mungkin agak teruje kerna hampir 9 tahun menanti saat-saat yang ditunggu2.. ramai kawan2 yang dah bercinta 8-10 tahun juge sudah kawen.. kini giliran saya pule untuk menamatkan zaman bujang kami setelah mengharung segala macam....semoga jodoh kami berpanjangan hingga ker sorga...


Untuk episod pertama ni baik saya siarkan kandungan persiapan saya yang terkini setelah berhempas pulas beberapa bulan yang lalu semenjak bertunang pada 5 june 2010.....tinggal beberapa bulan saje lagi untuk menamatkan misi ini..........



1) Kursus kawen - setel sudah 5 & 6 nov 2010

2) Tok kadi - lum booking lagi.. hehe wiken ni balik kampung baru nak pegi isi borang

3) Butik kawen - sudah booking.. sebbaek ader member.. senang citer.. baju jer blom plih.. wiken ni jugak nak pegi setel..tema? tak kesah kale pape yg penting aku suke pilih design je..

4) Khemah - pon dah mak aku booking kat member dia tak banyak 6 khemah jer pasal kawasan tak besar sangat...

5) Kompang - baru nak g tanyer sepupu sebab dia ader pasukan kompang kat kampung beliau

6) Doorgift - nak beli ape yer?? hmm lom pilih lagi.. cadangan nak carik kat nilai kot hehehehe

7) Photographer - sudah juge.. ni paling awal di booking sebab takot melepasss..

8) Ujian HIV - oh ni nak tunggu beliau nak g sesame.. malas betol nak g sorang2... bosan..hoho

9) Barang Hantaran - hujung bulan ni kot g shopping... ader sale lagi kahhh??

10) Homestay - sebagai rumah penanggah untuk keluarga pihak lelaki bertanggah.. wiken ni juge nak pegi booking hohoh...

11) Baju Family - hmm nak tema kale ape yer.... ni kene tanye sumorang dalam femili ni.. hmm

12) Kek - macam nak tempah ngan sorang kawan lame tu.. tapi macam segan jer... walopon beliau dah pesan.. kalo nak kawen amik kek dengan dia... leh dapat diskaun,..hmm pikey2...

13) Set katil - ni nak beli ker?? eehhh mesti beli nih.. wajib..!

14) PA system - ni nak mintak abg saya la sponsor ni.. kalo taselap ader sendiri punye...

15) Cincin - lom sebey lagi.. pon hujung bulan ni la kot tunggu beliau abih final exam... tapi macam nak rikuwes rantai jer.. bajet cam romantik lak kalo pakai rantai masa tuuu wuwuwu...

16) Menu kenduri - ohh ni tak tau menahu.. sumer mak yang uruskan..

17) Spa & salon - seminggu nak di satukan baru pegi nih.. baru syiokkkk....

18) Kad kawen - dalam proses... dah siap.. aku pos laju2 kat sumorang


hmm rase ni jela kot wat setakat ni.. tak pasti ader ker tak yang tertinggal... rasenyer ader.. yang kecik2 tu tapelah takkan nak simpan sini kot....sambung lagilah di lain episod....


Tuesday, February 8

Keajaiban tahun 2011..


kalau kita perasan laaaa..

tahun ini mmpunyai 4 tanggal yg aneh iaitu

1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, 11/11/11..

sila la cuba ini...ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda

dicampur dengan umur anda tahun ini hasilnya pasti 111.

Subhanallah!!!

Hebat nya kuasa ALLAH S.W.T...!!!

Renung2knlah...

kebetulan or ketetapan???!!



Wednesday, February 2

ATM Bantu Proses Pemindahan Rakyat Malaysia Di Mesir Ke Jeddah






asyik2 bukak berita.. patu sebarkan boleh tak??

risau nih... sentiasa nak amik tau perkembangan semasa

keadaan pelajar2 kiter di mesir sinun...

untuk anak buah saye maisarah masruhan serta 2 sepupu saya..

harap korang selamat!!!



KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Tiga pesawat Malaysia yang akan berlepas ke Mesir petang ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.



Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.


"Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, Rabu.

sumber : BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...