Wednesday, January 19

Lapan bukan lipan mahupon lipas bersame

tingtongtingtong
bunyi alarm dah bunyik tepat kul doblas malam tadi..
kring kring amey sudah telepon..


maka berlakulah ungkit mengungkit..
bukak balik cte2 lame... sayu je rase hati...
segala macam ayat2 bunga ayat2 cinta keluar..
berbuih2 mulut nak cakap itu ini...
sebbaek tak sawan sebab 2-2 banyak cakap..haha


serta ucapan ringkas tapi berjela2 dari beliau...
sempat ku rakam dlam empon bimbit hehe..
tapi tidak akan di publish disini...
ohh malu rasenyer.. simpan sendiri dah la kan...


tanggal tarikh harini saya kene la menyambut hari enibesari
pasainye masa tarikh ni pada tahun 2003
saya telah di sunting secara tak rasmi
oleh jejaka bukan jejaki mahupon jejari... hii hii hii


Insyallah rasenye ni la kali terakhir saya sambut enibesari
kalo tade aral mahupon ariel yang menghalang
maka tahun ni kami bercadang nak menamatkan zaman
mude mudi remaje dewa dewi sebagai kekasih tak rasmi...
taun depan leh sambut enibesari kawen plak yer..?


susah senang pahit manis kelat payau segala macam dah tempuh..
mekaseh pada kawan2 yang bagi semangat & dorongan..
tak kurang juge yang mengejek serta mendengki...
andai kate dia jodoh saye maka sampailah..
kalo bukan nak kate ape ye...
manusia hanye merancang kan.. segala2nya Tuhan yg tentukan...



secara ringkasnya..
saya berkenalan dengan beliau di uitm perak
pada bulan june 2002..
berlainan kursus tetapi same batch..
cinta pandang pertama orang kate...
mata bertentang mata terus turun ke hati..
(geli plak mak cakap ceni hii hii hii)


boleh terjah entry lame2 saya
untuk cerita yang lebih detail..
klik sini
itupon kalo nak tau le hihihi...
tapi sorila tulisan cakar ayam sket la yerh...
jangan mareeee.....


kami berkawan beberapa bulan dan sampai satu saat...
pada tarikh 19 januari 2003 maka beliau telah menyunting saye
untuk menjadi teman sepesel katenye...
dan yang speselnye masa tarikh tu ialah hari thaipusam...
tu pasal tiap kali tibanya thaipusam mesti teringat...
di ipoh baru balik dari dating meting..tengok kat jalanraye
penuh org hindu sambut raya thaipusam...


sehingga kini dan pada tahun 2010 kami telah tertunang
dan merancang untuk meyelesaikan misi menamatkan zaman bujang
pada ini tahun setelah beliau abih dpli di upsi sinun pada bulan 5 ini...


harini tak cuti so esok hari thaipusam...
sambut belated enibesari la nampak gayenye...
cadangnye nak ke ipoh untuk kembalikan nostalgia dolu2..
tapi.........tengoklah cemana.....tengah bulan nih hehe


selamat ulangtahun untuk amey & bert
moga jodoh berpanjangan serta berbahagia selalu...




Friday, January 14

Kain kafan Haji Teepo

jom layan satu cerita besss banget nih....

pasti anda keseraman...

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.



Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.



Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."



Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"



Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.


"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.



"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."


"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.



P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.....

Ambik le iktibar yeee...



Motosikal yang disenarai hitamkan - haram!!!!!!!

anda dinasihatkan jangan menaiki motorsikal haram ni....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





macam ni punye moto pon ader kaaa??

adehhhhaiii....



Pengisytiharaan tarikh perkahwinan BERT ATIAH & AMIRUL KHAIRUDIN



Sudah masuk tahun 2011,

Masuk jugalah tahun kesembilan usia perkenalan kami…

segala macam soalan “bila nak kawen”

Terlalu banyak dah ni… rase nak muntah jawab soklan nih..


Maka dengan ini, saya ingin mengumumkan dengan rase sukasuki,

Sukecite-cite dan gumbiracitanya mengumumkan kepada semua

Para pembaca blog kengkawan dan rengrakan bahasawasanya

Saya akan melangsungkan perkahwinan insyaallah pada…..




gamba masa pertunangan 5/6/10

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


Pada hari jumaat pada sekian tarikh…

Bersanding pada sekian tarikh…..

Serta bertandang pada sekian tarikh…..


Nape plak pade sekian tarikh?? Itu saya akan maklumkan kendian..

Ini kerana… saya masih menanti encik tunang saya

Habis belajar pada bulan 5 nanti…

Rase kejam plak kalo kawen masa beliau tengah

Nak menghabiskan dpli nye di upsi sinun….

Kihkihkihkih….


Ape yang penting, suatu masanya akan tiba juga atas keizinanNya..

Panjang jodoh kami maka sampailah jodoh kami nanti…

Sekian dimaklumkan oleh penyimpan mohor besar raja lawak…

Semoga dipermudahkan segala urusan perkahwinan saya…

Aminnn….


Siap kad kawen nanti saya pos laju2 kat rumah anda2 ye…

Tunggu nanti pengunguman rasmi yer..

Jangan dengar gosip2 liar mahupon jinak..

Keh keh keh keh…





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...