Saturday, February 7

PETUA TERBAIK KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN



Masalah utama ibu-ibu lepas bersalin ialah perut!!
ya.. saya tidak terkeceluali haha.. saja la usha2 
beberapa petua untuk kempiskan perut lepas bersalin
dan saya dah jumpa... tempek sini senang nak rujuk..
anda nak cuba jugak ? sila la bace sampai habis ya..
mana tau hasilnya lumayan dan berkesan.. 
Masalah perut buncit selepas bersalin adalah masalah 
normal dalam kalangan para ibu. Banyak cara rawatan
 sama ada secara moden atau tradisional boleh 
dilakukan untuk mengempiskan perut yang buncit.

Berikut adalah petua tradisional yang boleh 
diamalkan oleh semua wanita dalam usaha 
untuk mengempiskan kembali perut yang buncit.

1) Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian
 kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut
 dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.

2) Campur sedikit beras dan kisar halus. Kemudian 
campurkan dengan adunan cekur, gula merah,
air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian
 tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.


3) Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter,
 limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, 
secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar 
kesemuanya. Tapis dan minum airnya.


4) Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih.
 Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai 
bengkung sepanjang tempoh berpantang.

5) Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus.
 Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. 
Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan
 perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.

Friday, February 6

Menangis mendengar batuk dan bersin mereka!



Bila nak beradik si abang long nawfal ni memang 
beliau agak kuat meragam.. memang macam tu
kan kalau budak nak ada adik baru ni.

Dari mula mengandung sampai la sekarang 
dah nak masuk 6 bulan kandungan ni.. ada je
ragam pelik nawfal yang muncul...

contoh yang terbaru, paling rare sekali lah ni..
tiap kali bila bapaknya bersin dan maknya 
batuk sebab tak berapa sihat ni mesti si nawfal
akan melolong nangis melalak-lalak..

eh ape kene ko neh ha nawfal..
perasan dah tiap kali kami batuk atau bersin
dia yang tiba2 dari elok diam je mesti nangis
mengamuk.. terpaksa la pujuk beliau..
kalau pujuk mau diam masa tu jugak 
takpela jugak.. ni kene la pujuk pelbagai
gaya dan cara contohnya bagi kartun ke
baru nak diam hahaha.. adoi budak ini!!

rare sungguh perbuatan beliau.. maka dengan
ini kami laki bini isytiharkan tiap kali nak batuk
atau bersin sila jauh dari beliau atau pun sila
lebih sopan lagi agar tidak didengari beliau..

tapi kengkadang terlupa jugak terlepas jugak
maka melalak la beliau tidak semena-mena...
Ape2 jelahai.. layan kan aje.. nanti nawfal dah besar
sila baca balik entry ini ya.. perangai meragam
nak dapat adik baru ni.. hehehe...ada macam2
lagi tapi yang ni paling rare sekali lah nampaknye!

RAWATAN BUANG TATOO PALING SELAMAT DAN BERKESAN



Semenjak saya hebahkan tentang rawatan laser sebelum ni
boleh kata setiap hari ada je terima pertanyaan tentang 
rawatan laser ni.. yang dah pergi buat rawatan ni pun ramai..

Terutamanya pencari2 rawatan untuk buang tatoo..
bila saya dah berbual dengan mereka banyak info saya 
tau dengan masalah mereka yang nak buang tatoo ni...
Ada yang cuba bakar sendiri, ada yang gunakan rawatan dari
perawat yang tidak bertauliah, malah ada yang sanggup lukakan
sendiri semata2 nak buang tatoo tu.. dan macam2 lagi...
Akibatnya.. mereka menanggung kesakitan yang amat sangat!!
malah parut luka huduh yang kekal sampai bila2.... ngeri kan!!

Jadi.. penyelesaiannya ada di sini... dapatkan rawatan buang tatoo
anda dengan cara paling selamat, berkesan dan paling penting
TIDAK MENYAKITKAN andaa!!! Rawatan ini dibuat oleh
seorang doktor yang bertauliah malah berpengalaman luas
dalam bidang ini.. ramai sudah yang mendapatkan rawatan
buang tatoo dari beliau.. dan pastikan anda juga sekali!

Contoh salah satu pesakit yang mendapatkan rawatan laser
untuk buang tatoo dari Dr Norman di Klinik Dr Norman
di Batu Berendam Melaka.... ini ialah rawatan sesi 
pertama.. anda akan dibius dan dilaserkan.. sesi rawatan
bergantung kepada saiz dan berapa banyak tatoo yang
anda ada.. setiap sesi cuma sebulan sekali sahaja sehingga
lah rawatan buang tatoo anda itu selesai dibuang...

SIAPA DR NORMAN??
Doktor Perubatan Am dengan Pengkhususan dalam bidang
 Perubatan Estetik, Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif.
Lulusan Kasturba Medical College, Manipal ,India &
 Master of Aesthetic, Anti Aging &; Regenerative Medicine 
(MScAAARM), UCSI University. Konsultan Perubatan 
Anti Aging, Penulis Buku Kesihatan , Penceramah Kesihatan
 dan Kolumnis Akhbar Harian Metro.

Kepada anda yang tercari-cari rawatan buang tatoo 
di sinilah tempatnya... buanglah tatoo anda dengan 
cara paling selamat, berkesan dan tidak menyakitkan
anda.. Jika anda ada sebarang pertanyaan untuk 
rawatan ni boleh tanya saya ya.... 0168880684
Atiah (whatsapp sahaja - jangan call ya)


Thursday, February 5

Anak-anak tempat paling sesuai melepaskan marah?



KEEGOAN SEORANG IBU BAPA


Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak 
kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada 
surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi
 yang terguris.Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu 
pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru.
 Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah 
pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, 
baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak
 kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu
 juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. 
Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji 
kotak pensil yang ibu baru belikan...

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang
 tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. 
Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba 
wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab
 bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak
 tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan
 pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya
 adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, 
pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. 
Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. 
Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran
 kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan
 teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka 
ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana
 pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi 
sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. 

Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka
 bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan anda*
info berguna ini datangnya dari group whatsapp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...