Thursday, February 5

RAWATAN LASER TERMURAH DI PASARAN!!




Mesin utama untuk rawatan 
laser di Klinik Dr Norman

Senarai perkhidmatan yang ditawarkan di klinik 
Dr Norman Batu Berendam Melaka ini ialah :

》Rawatan Pemutihan Kulit
》Rawatan Jerawat
》Rawatan Membuang Tatoo
》Rawatan Parut Jerawat
》Rawatan Parut Keloid
》Rawatan ‘Stretch Mark’
》Rawatan Membuang Selulit
》Rawatan Mengurangkan Kedutan Muka
》Rawatan Menegangkan Kulit Muka
》Rejuvenasi Wajah
》Rawatan Jeragat
》Rawatan Parut Jerawat
》Rawatan membuang bintik-bintik hitam di wajah
》Rawatan membuang Kutil dan Warts
》Rawatan Menguruskan Badan
》Rawatan membuang ‘solar skin tags’
》Konsultasi Pemakanan dan senaman
》Ubat-ubatan dan Suplemen
》Rawatan Hormon
》Rawatan Penyakit Kronik – Darah Tinggi,
 Kencing Manis, Gout, Sakit Jantung


SIAPA DR NORMAN??
Doktor Perubatan Am dengan Pengkhususan dalam bidang
 Perubatan Estetik, Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif.
Lulusan Kasturba Medical College, Manipal ,India &
 Master of Aesthetic, Anti Aging & Regenerative Medicine 
(MScAAARM), UCSI University. Konsultan Perubatan 
Anti Aging, Penulis Buku Kesihatan , Penceramah Kesihatan
 dan Kolumnis Akhbar Harian Metro.

Jadi.. kepada anda berminat nak membuat rawatan laser jika
bermasalah dalam nak membuang tatoo, nak buang jeragat,
parut jerawat yang degil, bintik2 hitam yang degil
dan segala jenis masalah kulit atau nak mencantikkan
wajah anda dengan pantas! selamat! dan berkesan!
Paling penting termurah di pasaran ya (sila survey hehe)
boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut..
Atiah (0168880684 whatsapp sahaja ya - jangan call)





Wednesday, February 4

11 RAHSIA KEGUNAAN UBAT GIGI SELAIN DARIPADA MEMBERUS GIGI



Macam menarik je nak share benda ni sebab teruje amat
bila dapat tau yang ubat gigi ni macam2 kegunaan boleh buat..
jumpa info ni dalam page sape ntah dalam FB lupe nak copy link..

Meh nengok apa guna ubat gigi selain daripada berus gigi kita..
mana tau anda dan saya boleh try nanti.. baru tau mujarab ke tak..












Menarik kan... kalau ada masalah2 macam kat atas ni..
cer amik ubat gigi dalam bilik air korang tu lalu coba..
ha coba... selamat mencobaaa.... daaa

Friday, January 16

Segmen Mari Mengumpat... apakah?



Rasa macam nak luah perasaan amarah dalam blog ni..
tapi orang yang nak dimarah tu bukan buat saya marah pun..
abihtu? Kisah orang lain.. dia mengisahkan kisahnya dengan 
si polan tu buat dia marah, tersinggung, kecik hati dll..

Maka selaku pendengar pun terasa nak marah orang tu..
Teremosi sungguh dengan penceritaannya.. bukan sorang
tapi ramai.. dengar cerita si A marahkan musuh A...
dengar cerita si B marahkan musuhnya si B..
si C pun sama nak cerita hal musuhnya.. oh macam2..

sebagai pendengar yang suka mendengar lebih baik jadi
pendengar jelah rasanya.. sekadar memberi nasihat dan
pandangan dan memintanya bersabar dengan manusia2
pelik bersifat rakus, tamak haloba, durjana, poyo dan lelain..

Mungkin sekarang mereka berada di bawah.. orang2 poyo 
memang banyak berleluasa.. nak dibendung dah tua bangka..
harap sedar jela sebelum terlena.. hidup ni tak kemana
dengan segala kepoyoaan yang ada.. biarkan aje...
hidup ni macam roda.. jangan mendabik dada sangatlaa..
lama2 nanti baru tahu siapa mereka dan keluarga mereka..

ok sekian ... nak marah tak mampu pulak haha..
apokonokau nak memarah orang takdekenengene...
okbai!!

Wednesday, January 14

Cerita Awal Tahun 2015


Dah sebulan tak update blog.. macam2 hal..
harini nak try update lah.. lame pulak tak bebel2..
pakai tab ajela nampaknya.. komputer takde disisi..
Dah masuk Januari 2015.. sekejap je masa berlalu..
Usia kandungan pun nak masuk 5 bulan..


Adik ipar saya merangkap adik suami selamat diijabkabulkan
26 Disember yang lepas kat Perlis.. Alhamdulillah..

25hb Januari ni pulak anak buah saya pulak akan bernikah..
dah standby duduk kat N.sembilan ni sampai la hari kawen
diorang nanti barula balik ke rumah di Perak semula..
maka, saya takde kat rumah ye? Merayau2 je ni ha.. 
Cik asben tinggal la kejap di ipoh kerja kat sana..
jaga diri bebaik ye bini takde kat sisi.. semua kerja
buat sendiri okeh., jangan lambat pergi sekolah yehh..

Bulan lepas.. beberapa negeri dilanda banjir...
Tempat yang saya menginap pun dilanda banjir...
first time tengok banjir yang teruk kat kawasan tu..
walaupun taklah seteruk macam di pantai timur,
tapi cabaran tu tetap gerun tengok air melimpah
di seluruh kawasan.. ngeri tengok air lumpur!

Alhamdulillah rumah saya taklah masuk air.,
tapi kawasan rumah memang penuh dengan banjir..
memang tak duduk rumah la.. menginap kat rumah kawan..
Bekalan elektrik ditutup.. air banjir macam tasik..
2 minggu jugaklah merayau tak duduk rumah.. 
berkesempatan jugak balik rumah ambik barang
tapi kene naik botlah.. hihi.. syokk tapi takutttt!

Alhamdulillah la nampaknya banjir dah surut..
semua kembali sediakala.. proses membersihkan kawasan
la nampaknya sekarang ni.. tak sabar nak balik rumah
semula kemas2 barang untuk pindah.. info terkini dari
cik asben kata rumah baru dah dapat.. pulangnya dari
n.9 ni nanti siap sedialah untuk memunggah barang
pindah rumah baru.. mesti ada orang pelik pesal pindah..
ke xde sape pelik haha.. kalau yang dah tau okla..

Cerita mudah je.. cik asben dapat pindah sekolah izzudin ipoh..
setelah ditimbangtara duduk kuarters sekolah izzudin la senang..
Maka sepanjang bulan 1 ni saya sibuk.. sibuk dengan kerja baru,
sibuk dengan bantuan persiapan anak buah kawen.. dan sibuk
nak berpindah rumah.. dan dah tentu sibuk nak kemas rumah..
Maka bulan ni dan bulan depan saya jadi penyibuk okey..

ok lah tuje nak cerita.. rindu betul nak update blog..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...