Monday, May 5

Tips Memilih Hospital Bersalin




Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak
 bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin 
di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal
 papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat 
berikut sebagai garis panduan.

Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu
 berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua
 dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan
 kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang
 sewajarnya menjadi pilihan anda.

Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana
 untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan
 keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang 
lain-lain keperluan dan kemampuannya.

Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman
 luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan
 kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita
 yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika
 membuat pemilihan hospital untuk bersalin.

1. Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan
 penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung,
 kencing manis atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu)
 yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan
 daripada doktor O&G yang memeriksa anda.

2. Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk 
ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang
 untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital 
itu merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu).

3. Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G 
di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan 
dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah 
pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan
 anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan
 anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.

4. Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir
 dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan.
 Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa 
perlu menempuh kesesakan jalan raya.

5. Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan 
yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak. 
 Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, 
berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, 
ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan
 kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. 
Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius
 yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.

Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa 
hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk 
memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan 
anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria 
penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri
 dan bayi menjadi keutamaan.

Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan
 dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan 
oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga 
antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika membuat pilihan

Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah
 memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. 
Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan
 tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum
 fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. 
Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.

Sunday, May 4

PROMOSI : SPLASH SWIMMING POOL


Tercari-cari kolam yang paling best untuk anak2 anda bermandi???
sini tempatnya.... jum tengok splash swimming pool ni..
Brand : Splash

Package Size : 46X36X12CM

Swimming Pool : 188CMX137CMX34CM

Slide : 122CMX53CMX53CM

Material : High strength environmental protection PVC

Accessories : Inflatable Basketball, 4 Pieces of Loops, Slide

Multi-functional pool, a pool and not only is a children's playground. 
With water features, slides, rings, vote blue. 
Can also be used as a ball pool, baby's favorite.

INCLUDE PUMP

mana nak beli?? >>> SINI


Cara Ajar Anak Budi Bahasa




Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses 
yang berterusan. Dan usia 3 sehingga 5 tahun adalah waktu utama 
untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan 
bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok 
kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia 
melakukan perkara sama kepada orang lain.

2. Berkongsi Permainan
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. 
Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang 
membuatkan dirinya disukai ramai.

3. Praktik Perkataan Kesopanan
Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai
 ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda
 lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.

4. Ucapan Meminta Maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. 
Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. 
Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam 
pergaulannya dengan rakan sebaya.

5. Memberi Pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. 
Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia 
menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, 
anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.

7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” 
anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, 
“Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” 
dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus 
mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.

8. Minta Kebenaran
Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas
 barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, 
“ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil 
barang kawan tanpa meminta kebenaran."

9. Lakukan Kerja Rumah
Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke 
dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas 
meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu 
ahli keluarganya membersihkan rumah.

10. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak
 berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang
 mungkin akan mengundang kemarahan anda.

11. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil 
barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.'

12. Komen
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. 
Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”

13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan
Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan 
atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.

14. Suara
Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan
 tempat yang perlu bercakap perlahan.

15. Salam
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila
 berjumpa denganorang yang lebih tua daripadanya. 
Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.



Saturday, May 3

Tips Anak Tambah Selera Makan


tepek si budak ini.. sekadar gambar hiasan

anak anda hilang selera makan? 
susah hati kan bila anak tak makan...
dah macam2 cara buat tanak jugak makan...
cuba mealshake shaklee.. pilihan no 1 ibu2 kita yang
punyai masalah anak taknak makan..

Khasiat Meal Shakes yang semua ibu mesti kena tahu..

1. Tambah Selera Makan
Kesan yang ni paling ketara akan nampak pada anak 
walaupun baru cosume lebih kurang 2 minggu awal.

2. Untuk Tumbesaran 
Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk 
pembinaan tulang yang kuat dan sel-sel untuk anak-anak.

3. Atas Sembelit 
Mealshake adalah minuman yang kaya dengan serat yang membantu
 dalam proses pembuangan air besar. Ini kerana ianya dihasilkan
 daripada bahan semulajadi dan mempunyai lactabumin (sejenis susu)

3. Lebih Fokus dan Aktif 
Anak yang tidak bermasalah dalam penghadaman akan kelihatan aktif. 

4. Kuatkan antibodi 
Serbuk terbaik ini mempunyai kandungan protein yang tinggi yang 
mudah diserap ke dalam system tubuh. Ini akan memberikan
 antibodi yang kuat untuk melawan penyakit yang asas 
seperti demam, selsema, batuk dan asthma.

5. Atasi masalah obesiti 
Lazimnya anak-anak yang mempunyai masalah obesity akan mempunyai 
sfat kurang yakin pada diri sendiri dan malu untuk berdepan dengan
 orang ramai. Mealshake akan membantu menyingkirkan lemak berlebihan
 dan bahan buangan daripada usus besar dan kecil.

6. Kurangkan ruam dan eczema 
kandungan melashake yang mengandungi Vitamin A,C,E, 
selenium dan zink yang bertindak sebagai antioksidan akan
 membantu merawat kulit dan memudarkan parut.


7. Untuk perkembangan minda 
Minda yang cergas datang dari badan yang sihat.

APA KATA IBU KITA?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...