Monday, December 2

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki




Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. 
Tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.
Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 
70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan. 

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, 
minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. 
Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium
dan magnesium juga diperlukan. 

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari
penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’
atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat 
dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan 
persetubuhan. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi. 

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami 
menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) 
dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam 
rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk
tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit
ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. 
Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. 

Selamat Mencuba!!!


Sunday, December 1

TIPS : BAYI TIDAK BERAK



BAYI TIDAK BERAK

Bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama
 beberapa hari sering berlaku. Menurut pakar, susu ibu tidak
 mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh
 tubuh bayi. So its NORMAL jika bayi bila masuk 2-3 bulan
 tak berak selama beberapa hari.

APA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN?

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa

(2) Perut tidak kembung atau keras

(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis
( menangis mungkin disebabkan banyak faktor,
kenalpasti faktor tersebut sebelum membuat kesimpulan)

(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat
 foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Bayi yang tidak mendapat
cukup susu juga kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

BILA PERLU MERUJUK PADA DOKTOR?

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk
ke saluran usus dan memenuhi perut

Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic.
Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi
 tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa
yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa
 warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka.


Tuesday, November 19

Isaac Nawfal dah boleh berjalan...,



Nak update sikit pasal abang long setahun sebulan..
Banyak agenda minggu ini maka bizi sikit la minggu ni

- Beliau dah boleh jalan banyak2 tapak yeayy!! Masa bulan
Lepas baru jalan2 jatuh, bulan ni dah raun2 1 rumah..
Walaupun masih terkedek2 tapi takpe lepas ni kita boleh
Main kejar2 pulak ye nawfal..

- beliau dah boleh manjat2. Panjat sofa pulak!! Aduhh
Nasib baik time kita ada, buatnya tengah buat kerja
Dia panjat2 sofaa alahai.. Takut pulak biar dia sorang2

- kalau hepi sangat beliau akan geleng2 kepala sambil 
Tutup mata pastu gelak2..mak ko x paham la ape maknanya..

alaaa tuje ingat.. Lengkali sambung lagilah..
Ok tata

*x reti nk letak gambar gune tab*


Wednesday, November 13

WW # Sama tapi tak serupa






Nov 10, 2013 | bahak2 di agah by viniyamey on Keek.com


sama sebab orang yang sama..
tak sama sebab beza ketawa dan rupa paras...
rindu pulaak tengok nawfal masa baby hihi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...