Wednesday, June 19

WW # Bulan Mei / June Punya!!














Setakat yang dah hantar.. 5 set coklat lagi akan dihantar minggu depan..
sibuk lagi la hujung minggu ni.. oh moga2 dipermudahkan...

selain tu saya jugak penjual biskut raya.. nanti saya promot hihi...
kalau berminat nak makan coklat saya leh roger2 saya kat email
chocobert84@gmail.com atau kat FB lagi senang... CHOCOBERT..
kalau nak merasa coklat free sekarang ni hangat saya buat cabutan 
bertuah.. LIKE page saya dan tengok pada gambar cabutan bertuah tu ya..


Tuesday, June 18

Penjelasan isu vaksin - Ketua Pengarah KM dan Jakim



Sambungan entry lepas... isu vaksin yang saya publishkan..
ISU VAKSIN TAK HALAL
Entry ni panjang ye.. yang berminat nak tau teruskan membaca...



KENYATAAN AKHBAR BERSAMA

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN

KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PENJELASAN TERHADAP KERAGUAN SUNTIKAN VAKSIN (IMUNISASI)

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.

2. Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.

3. Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.

4. Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksin-vaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya (efikasi).

5. Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.

6. Sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa.

7. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau sebarang kesan sampingan selepas imunisasi, masyarakat boleh membuat laporan kepada mana-mana ahli profesional kesihatan atau terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan melalui talian 03 - 7883 5400 atau emel ke bpfk@bpfk.gov.my.

8. Dari aspek pandangan syarak pula, imunisasi merupakan satu jalan pencegahan. Pencegahan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu سد الذريعة .

9. Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

10. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

11. Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

12. Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.

13. Islam memang pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.

14. Walau bagaimanapun, dalam keadaan dharurat di mana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

15. Berdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam, Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya, Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my).

16. Sukacita pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan JAKIM menasihatkan seluruh masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan berita-berita yang disebarkan dalam pelbagai saluran media oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, eloklah merujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama ini tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tarikh: 15 Jun 2013

SUMBER BERITA


Monday, June 17

Isaac Nawfal - 8 Bulan

*muka mintak pelempang*

Tak sabar nak tengok dia berlari, berjalan dan bercakap..
dah pandai duduk, menonggeng tapi masih mengensot..
tengah belajar nak merangkak baru setapak 2..

dah boleh panggil kita mak.. kadang2 mama.. mummy lum reti lagi..
syoknye bila dah panggil kita 'mak' baru la terasa best jadi mak..
sebelum ni sembang ngan anak buah je.. maktam maktam..
bila borak dengan anak sendiri pun cakap maktam jugak.. haha terlajak..
tapi dia budak manja daddy beliau.. ok fine.. mummy mu merajuk...

bagi mainan kejap je main.. lagi suka main benda lain..
minat sangat main dengan tisu, kertas, wayar, dan benda2 rumah
yang jarang dia tengok.. amik barang semua nak masuk mulut..
kawasan dia lepak mesti selalu kemas.. hanya ada mainan sahaja..
kalau ada benda lain terutamanya benda2 kecik alamatnya tercekik la nanti..
semua benda nak diterai masuk mulut..penah dah nak tercekik tutup botol..
sebaek apaknya nampak.. kalau tak... alahai... tocokek la budak nopal ni..











Sunday, June 16

Kesihatan Bayi Melalui Warna Najis


 Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu
semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning
disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik
(susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik
 (susu dari payudara belakang ibu).

 Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia
 menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul
(yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana
 pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap
susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai
 kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini
menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian
belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap
 selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian
 belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

 Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini
mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap
semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak,
 maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari.
 Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan
lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus.
 Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera
mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan
terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik,
kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan
mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu
sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya
 pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam
sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap
 susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan
 ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal
 jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...