Saturday, June 15

11 Tips Percepatkan Sembuh Luka Ceasarean


Sekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean,
penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah
 pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan
 memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya
 lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.
Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk
memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu;

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas
menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan
penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.
Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan
akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku.
Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau
 jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan
 yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak
selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan
kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan
yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan
dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral.
Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.
Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan
sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains.
Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi
antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh.
Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya
 meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan
percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air
boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.
 Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan
 proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan
 tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit.
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang
boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan
kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.
Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh
memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu
sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional
 yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu
 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah
menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan
 ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan
 suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap
hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan
tempuh pemulihan anda.

6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan
 mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak.
 Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk
memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin
yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan
 risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai
 yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital.
Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang
 pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut
sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang
ubat tanpa saranan doktor kerana boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu.
 Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya
semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana
 ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong
mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada
tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan
berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan
 anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan
aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting
semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan
 daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya
 perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar.
Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini,
eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Friday, June 14

Pandangan 3 doktor tentang isu vaksin bayi tak halal...



Semalam saya pos entry pasal kes vaksin yang heboh kata tak halal kan?
 meh saya tempek sini pandangan 3 doktor tentang hal ni..
baca, nilai dan pertimbangkan lah sendiri... moh baca..!


yakin sikit bila doktor2 bagi penerangan, mereka sgt dekat dengan saya.. 
norman dan noraida abang dan kakak saya.. suhaila kak ipar saya..
moga apa yang disebarkan tentang vaksin tu adalah tidak benar.. 

boleh terjah link ni untuk maklumat lanjut.... best artikel ni...
terbukak sikit pale otak saya bila dah baca hehehe...




Thursday, June 13

ISU VAKSIN BAYI TAK HALAL... Anda bagaimana?

klik kasik lebor itu gambo..

Anak saya dah 8 bulan skang ni.. kalau nak vaksin lagi umur setahun nanti..
hati dah ragu-ragu.. ramai dah tanak vaksin anak lagi.. saya dah mula 
nak terpengaruh.. tapi betul ke semua ni? masih tercari2 pengesahan pasal ni..

saya join satu group di FB OUR HEALTHY UNVACCINATED BABIES
selalu gak baca ibu2 yang dah tanak vaksin baby lagi.. dalam group tu ada
jugak dokumen2 pendedahan keburukan dan segalanya pasal vaksin tu..

semalam checkup anak 8 bulan.. sembang2 la dengan nurse pasal isu ni..
nurse bilang sama saya.. jangan percaya dengan dakyah2 yang mengarut tu
selagi takde fatwa atau bukti kukuh pasal tu.. saya angguk2 geleng2 jela..
nak setuju atau tak setuju pun tak tau.. betul2 duk atas pagar hehehe...

saya copy sikit dari seorang ibu bernama Nadia Bakar tentang vaksin ni...

**************************************************

Pasak kuat-kuat dalam minda, Vaksinasi/Immunisasi ini
 adalah PILIHAN, bukan KEWAJIPAN.
======================
Bukan saja-saja aku pilih untuk tidak vaksin Aariz lagi.
Bukan saja-saja ikut, bukan saja-saja kena hasut.
Aku ada ramai rakan yang terpaksa mengharungi kehidupan 
dengan Adverse Effect Following Immunisation (AEFI) selepas anak disuntik.

Anak mereka yang sebelumnya sentiasa gembira, sentiasa sihat, 
sentiasa aktif.. Alih-alih disahkan Autisme, Disleksia, Ekzema, 
ADHD tak lama selepas disuntik.


Aku tak tegar melihat kesengsaraan anak-anak kecil dan ibu bapa yang
 terlalu hebat jiwanya itu. Aku kaji, aku baca, aku bertanya, aku menilai. 
Pasti semua ini bukan saja-saja terjadi kan?

Ya! Aku tiada lulusan dalam bidang perubatan. Aku bukan produk 
keluaran mana-mana Medical School yang disanjung dengan 'title' 
Dr di pangkal namanya. Tapi aku seorang ibu. Kalian tahu kan, 
seorang ibu boleh dan sanggup berbuat apa saja demi anaknya.
Tak mudah menjadi seorang ibu tanpa ilmu. Walhal, dalam segenap tindakan
 juga mesti dengan ilmu. Bukan saja-saja bertindak! Bukan saja-saja ikut!

Bahan-bahan setiap vaksin cukup membuatkan aku gigil untuk 
meneruskan pencarian. Tapi aku gagahi menerima kenyataan
 dan teruskan pencarian. Demi Aariz!

Sesak dada aku melihat satu demi satu bahan-bahannya :
"Aluminium, Sel haiwan, Sel fetus sihat yang digugurkan, Embrio ayam, 
Serum lembu, Merkuri ..." banyak lagi bahan-bahan yang menakutkan! 
Ah! kalau kalian membacanya juga, kalian pasti bergenang air mata.

Jadi, ini pilihan aku untuk Aariz. Biar sistem pertahanan badannya 
yang melawan penyakit, bukan dengan vaksin yang belum tentu 
jadi pencegah, mungkin sekali menjadi padah!

Biar Air Susu Ibu, Madu, Habbatussauda', VCO yang aku amalkan 
untuk Aariz menjadi kekuatan untuk sistem pertahanan
 tubuh kecil kesayangan aku. Kerana apa? 
Kerana ini juga pesan Rasulullah.. juga makanan Rasulullah..

Ini pilihan aku kerana TIADA ISTILAH 'WAJIB CUCUK' 
di mana-mana negara. Kalau tidak, pasti Puan Doktor
 menghalang aku daripada memilih keputusan ini kan?

Pasak kuat-kuat dalam minda, Vaksinasi/Immunisasi ini adalah PILIHAN, 
bukan KEWAJIPAN! Aku dengan rasmi, secara hitam putihnya menolak
 vaksin untuk Aariz petang semalam di depan seorang Puan Doktor
 dan jururawat sebagai saksi.

Biar sistem pertahanan Aariz bekerja untuk Aariz. Selamat tinggal VAKSIN. 
Moga kita tidak berjumpa lagi. Bukan kerana aku membencimu, tapi kerana 
aku tak tegar mencermarkan tubuh Aariz. Ya! Semuanya kerana Aariz.

ANDA BAGAIMANA???


Saturday, June 1

Nak pergi Kessuma, Kuantan


Bermule la perjalanan kami sefemili ke kuantan kelantan pahang harini..
petang jugak kami gerak.. asalnye nak gerak pagi.. tapi banyak hal sangat
terpetang jugak lah gerak... tak tau la pukul berapa sampai pahang ni...

lama dah tak ke kuantan ni.. takde la heran sangat hal kessuma tu..
sibuk ikut nak jenjalan je hehehe.. kami akan tinggal di homestay..
cam bes je homestay yang kami booking tu.. banyak kemudahan..
dan yang paling penting ada astro dan wifi.. takde la kebosanan nanti...
takde la tertinggal cite peberet.. masterchef selebriti hihii..

balik dari pahang nanti singgah n.sembilan jap.. balik kampung mak saya..
dari negeri sembilan nanti balik semula ke perak.. redi untuk ke perlis 7hb..
8hb ada rombongan bertunang adik ipar saya.. nak pegi padang besar! yeayy!

sebenarnya saya dapat intebiu spa 11 june tu.. tapi maleh la nak pegi..
tanak keje langsung!! asven beria suruh saya pegi.. saya takmo..
nak jadi surirumah berbisnes.. keje idaman saya dari dulu lagi hehe..
dah ada kerjaya buat ape nak keje lain,. saya suka sangat keje skang ni..
duduk rumah.. jaga rumah.. jaga laki.. jaga diri.. jaga anak.. best lah!
sambil tu dapat duit buat bisnes online.. best la kan.. bahagia sudah..:)

balik dari pahang.. redi la dengan 3 tempahan coklat yang menanti..
muge2 saya tak letih dan mampu buat2 coklat yang dasat2 tu..
 sampai nanti boleh online kat sana.. ok muge kami selamat dalam ondewey..
hehe... tata.. selamat bercuti untuk sumorang... buybuybuy...

AUTOPUBLISH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...