Sunday, January 6

Faedah Mencium Bayi


Terjumpa satu artikel yang saya rasa nak share..
cam best je nak kasik tau sumorang pasal ni...

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas
dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat
 ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan
orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang
dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk
 anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah
dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri,
sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan?
 Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita
itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan
“aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

sumber



Friday, January 4

Ingat Lagi Tak? : BUKU LAGU

buku lagu yang dipinjam dari uncle google.. bukan saya punya

Entry ni khas untuk 'remaja-remaja purba' macam saya hihi...
khasnya untuk remaja perempuan la.. sebab perempuan rasanya
lebih rajin nak menulis lirik lagu dalam buku lagu.. tapi jangan silap,
ada juga dari budak lelaki pun suka buat buku lagu.. hehehe...

Saya tak rasa zaman sekarang ni budak2 suka buat buku lagu..
tapi menyimpan lirik lagu yang dicopy dari internet mungkin ada..
lagian dengan kemudahan youtube yang sedia ada lagu dan liriknya..

remaja dulu suka buat buku lagu.. tak kira ape jenis buku sekalipun..
meskipun dari buku tulis sekolah pun jadilah.. ada bajet beli buku log aje..
lagunya pula akan disalin sama ada menerusi pendengaran sendiri
dari lagu tersebut, atau yang disalin atau digunting terus dari
suratkhabar ataupun dari majalah hiburan.. betul takkk??

Yang bestnya.. bila sesama dengan kawan2.. mula la bukak buku lagu
dan nyanyi ramai2 apa sahaja lagu yang ada terutamanya di kala bosan..
sebab yang pastinya.. lagu dulu lebih best dari lagu sekarang hehe..

Ape pun saya tak terkecuali.. ada juga simpan.. ingat nak tunjuk kat anak
bila dah tua tapi hajat tak kesampaian.. bukunya hilang entah kemana
setelah 7,8 tahun juga dalam simpanan saya.. hewhewhew...

Thursday, January 3

Pernah anda jadi pelajar DARJAH SATU?


sori ni gambar pinjam dari google hihi

Sudah masuk 2013.. Tanak citer pasal azam baru…
Asal tahun baru citer pasal azam baru..
Asal azam baru jer tahun baru…hihihi

Tengok kat berita semalam budak2 darjah satu masuk sekolah..
Beberapa fenomena yang biasanya terjadi pada budak2
darjah satu mungkin juga pada anda…sila ngaku…
tak ngaku tape.. kalo ngaku apesalahnye..

1.       Mak apak teman sampai abih sekolah duduk depan pintu
kelas skodeng anak tengah belajar atau tengah menangis..

2.      Tak sempat atau takut nak tanye cikgu boleh kencing atau berak..
sudahnyer dalam seluar atau kain juge tempat najis2 itu dilahirkan…

3.      Situasi termenung, tersedih, tergembira lebih, tertakut,
terkilan, terpedaya apabila duduk dalam kelas..macam2 gaya…

4.      Sudah mula usha2 tengok wajah2 awek2 cute atau pon
balak2 jambu yang boleh dibuat jodoh satu hari nanti..

5.      Ade yang langsung tak tumpu perhatian pada cikgu yang mengajar
sebab mata tak lepas2 pandang parent di luar kelas takut mereka balik..

6.      Bawak bekal serta botol air yang berbentuk henpon gedabak atau
aper saje botol air yang kaleful yang ader nyot2 lalu gantung di leher

7.      Sebelum pegi sekolah mesti mak atau pembantu siapkan dengan
rambut tersisir rapi kalo lelaki sikat tepi.. kalo perempuan tocang 2
kiri kanan serta muke penuh bedak tompok2 sane sini….
kalo yang bertutup kepala yang lelaki mesti pakai songkok kulop..
samela dengan perempuan pakai tudung skaf mesti tutup dahi..

8.     Hari pertama sekolah sangat bertatasusila serta tawadu’..
tapi bila dah seminggu sekolah dah ramai kawan mula carik gang

9.      Sangat skema dan takut dengan senior2 walopon senior baru darjah 2..
 dulu budaknya besar2…baru darjah 6 tapi macam tingkatan 3..

Anda pula cemana? Macam kat atas ni jugak kah?
Saya pun lebih kurang camni jugak hihihi..
Seronok kan kalau teringat masa darjah satu masuk sekolah..



Wednesday, January 2

PERTAMA KALI MERAGAM....


Pertama kali saya menjaga anak dah mula meragam..
Meragam tanak tidur merengek aje.. kejap diam.. kejap merengek
Sampai pagi hari... kenapa? Dia sakit.. selsema dan batuk..

Hari pertama > asyik bersin tanpa hingusan.. perkara biasa
untuk dia sebab dia memang kuat bersin.. ingatkan bersin biasa

Hari kedua > mula batuk dan bersin dan keluar hingus sikit.
Cari ubat titik kat dalam hidung di farmasi.. Bila dah malam
mula meragam merengek dan tanak tidur mungkin
 hidungnya dah mula tak selesa sampai ke pagi rengekkannya..

Hari ketiga > agak teruk selsema dan batuknya. Terus ke klinik
Ibu dan anak di KK untuk dapatkan nasihat doktor dan dapat
Ubat batuk selsema.. makan untuk 3 hari masih tak baik lagi..
Asyik meragam je dia.. nak di dukung je selalu.. nak manjew lettew!

Hari keenam > paginya datang demam.. cek suhu naik sampai 37.8..
Dilapkan badannya dengan tuala basah masih tak turun suhunya..
Terus ke klinik swasta plak.. dapatkan ubat dan Alhamdulillah
petang tu hilang dah demamnya tapi masih bersisa batuk selsema..
Masih lagi meragam mahu dibelai dan perhatian penuh pada beliau..

Maka sekarang dah ok la sikit dari batuk selsema dan demamnya..
Dah nak sakit nak buat cemana.. kene bagi jugakla makan ubat
ikut sukatan doktor.. susu badan masih bergiat aktif..

Harap Nawfal sihat sepenuhnya.. mummy n daddy risau bila
kamu sakit nakk... kamu tecik lagi.. tiyan dia kene mamam obat..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...