Monday, November 26

10 Pilihan Cara Simpan Susu Perahan

pinjam ankel gugel punya


Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran.
Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas
penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi
kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk
 menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam
 keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik
yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah.
Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak
 tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara
yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan
 itu ke mana2, simpanlah botol2 tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak,
beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan
 suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh
 menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu
 memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg
 penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik
simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol
simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani
 masalah kebocoran atau tertumpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna tidak digalakkan
kerana bimbang sebahagian perwarnanya luntur dan memasuki susu.
sumber


Kenapa Saya Suka Sangat-Sangat Dengan BLOG???




Saya suke berkawan, berinteraksi dan bergosip..
Teringat zaman kegemilangan FRIENDSTER tahun 2004-2009 dulu..
Dari zaman FRIENDSTER lagi saya sudah ada blog..
tapi blog dalam FRIENDSTER jela.. Taktau lagi kewujudan blogspot…
Gian cerita sorang2 dalam blog tu heheh.. Tapi lame2 baru tau ade blogspot..
 saya pun daftar blogspot tahun 2007.. Buat beberapa entry patu blurr..
Sebab tader sifu lagi masa tu yang boleh dirujuk…lepas tu delete akaun!

Tahun 2008 barula saya daftar balik dalam blogspot sehingga kini..
Dua tahun alam kebingunggan.. Cerita sorang2 patu privatekan…
 bila dapat banyak pendedahan.. baru la saya dedahkan pada umum
 dan mendaftarkan blog ni terus tanpa segan silu pada encik nuffnang..

Persoalan di atas.... KENAPA SAYA SUKA BLOG?

1) Saya suka berkongsi pelbagai cerita, pengalaman dan maklumat...
 2) Saya suke skodeng blog orang lain untuk dijadikan sumber inspirasi..
3) Saya suka bila dapat ramai kawan blogger yang baik2 belaka..
4) Saya suke tengok turun naik unique visitor saya setiap hari..
5) Otometik saya suke tengok duit nuffnang yang makin berkembang pesat…

Anda bagaimana?? Kenapa suka dengan cool blog??
Tak kisah la niat aper pon berblogging janji kiter hepi..
Untuk kita-kita ajeeee….happy blogging.. pis yoo!! 



Friday, November 23

Hukum Menggelakkan Anak Sendiri

Harapmahap... mamat ni memang pemalu orangnya :)


Situasi A : Dalam panggilan telefon akibat si bini berpantang
di rumah mak sendiri dan berjauhan dengan laki beliau..

Bini : Bang.. tadikan ayang gelakkan mamat ni terdekah-dekah
sebab tadikan dia buat... blaa.. bla...blaa (lawak yang dirahsiakan)

Laki : hishh.. ape la gelakkan anak sendiri.. tak baik tau..

Bini : Masalahnya lawak sangat.. gelak la.. takkan nak nanges.. hoho

 ....................................................................................................

Situasi B: Bila si laki pulang ke rumah mak mentua menjumpai
si bininya dan anaknya akibat cuti sekolah telah bermula...

Mangsa gelak : ^%*^(^&(%^%^%$ *&)^^%GFHBGLJnbhg54
(membuat aksi lawak yang sukar ditafsirkan disini nampaknya)

Laki : KAHKAHKAHKAHHHAKKKHHAKKTUIHHHKAHKAH!!!

Bini : hahahaha.. amboi besar gelak nampaknya??

Laki : adoiyai.. lawak betul la budak nopal (bukan nama sebenar sangat) ni...

Bini : haaa orang dah kate dah.. kalau dah tengok mesti gelak..
kemain lagi haritu saun tak baik gelak anak sendiri kan?? kehkehkeh

.............................................................................................

Saya yakin dan tau.. anda semua yang dah jadi mak apak ni..
mesti akan ketawa melihat telatah anak-anak sendiri kan...


sekian... harap maklong...

Tahun 2012... Tahun Bayi Lelaki???

tempel gambar anak sendiri.... buleyy?

Penanya A : Dapat baby apa?
Saya : Saya dapat baby boy...
Penanya : Ramai betul tahun ni lelaki...

Penanya B : Wahh.. dapat baby.. lelaki ke perempuan?
Saya : Saya dapat baby lelaki...
Penanya B : Oh lelaki lagi.. ramainya lelaki..

Ramai betul kawan dan kenalan saya bersalin tahun 2012 ni..
dan rata-rata ramai juga yang dapat bayi lelaki... saya juga!
Mana2 saya pergi... berjumpa dan berbual-bual..
mesti ramai yang akan cakap ayat yang sama..

"Ramainya lelaki tahun ni"

cemana plak kat tempat anda?? adakah sama kenyataan ini...?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...