Friday, October 5

PAKWE TAK GUNA!! Tak boleh buat suami ni haha






Hello sayang...

Kenapa sayang tak nak angkat tepon? janganlah sayang merajuk 
lelama sangat, betui.... abg tersangatlah rindu
kat sayang...... walaupun muka abg ni agak macho dan comel....
janganlah sayang jeles kat abg kalau2 ada awek lain yang asyik
pandang2 dan senyum2 kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa......tak muat.....???
kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apesal
la tak muat pulak? duit cincin yang sayang bayarkan tadi..
esok2 abg bayarla balik kat sayang.. sayang pun sedia maklum....
abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card
 baru kat pc abg.. RAM pun abg dah beli yg baru..tambah lagi sekeping...
kasi power sikit.. tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tuh....

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la...
abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh.....
soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih...
sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong
abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh???

buat masa ni motor abg masih dalam wokshop.. ntah apa ntah pomen
 tu buat tak siap2 lagi.... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la 
yee untuk pergi keje..... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh....
sayang pergi keje naik LRT pun bolehh...........

lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....
sayang tolongg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye...
bukan apa......Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii....
motor kapcai abg pun tak camni.......

okeyla dah cakap lama ni.. jangan lupa top up kan prepaid abg nii......
esok2 senang abg nak call sayang lagi..........

sekadar hiburan.. tade kene ngene ngan sape pun hihi

dari email..



Tips Meneran dalam Labour Room




saya tengah menghitung hari nak bersalin ni..
sibuk lagi mencari tips itu dan ini haha...
lalu terjumpa panduan ni.. lalu saya nak kongsi kat sini..
lalu saya nak kongsi pada bakal ibu-ibu yang mungkin
sedang mencari info macam saya carik ni... jum baca jum..



1. Tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tu)
Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit
kelangkang tu ha macam mana baby nak keluar?  Tangan pegang
erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran dan dalam pada
masa yang sama bukak kelangkang anda ya... jangan katup2..

2.  Tarik nafas panjang-panjang dengan mulut tertutup.
Apabila meneran, angkat kepala dan letakkan dagu di atas dada,
mata terbuka dan memandang perut sendiri. Meneran seperti 
nak terberak tau. Bayangkan kalau sembelit seminggu, acaner tu?

3. Meneran bila perut tengah tegang atau sakit aje ya..
Bila tak sakit tak payah meneran, tak ada guna kalau buat camtu..

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis.
Jangan menjerit-jerit. Memekak je nanti. Anda sembelit nak
 terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan?
 Sebabnya akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat.

5.
Jangan angkat punggung, badan menggeliat sana geliat sini.
Buat penat je nanti. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak
 terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan
 meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat.
 Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.

6. Baca bismilah atau sebaiknya baca doa Nabi Yunus tu kalau
teringat la atau bace jela ape2 yang teringat masa tu hehe..

7. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi
pada payuda anda supaya baby kenal puting ammanya sendiri...
 Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby anda selepas melahirkan,
itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu.
 Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi anda balik. Bertenang suddeyy..

8. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. 
Balik rumah boleh buat. Ini akan menganggu nurse atau doktor
yang nak menjahit apa yang terkoyak di sana..

Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan suami anda supaya
dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita mungkin terlupa
dek menahan sakit. Bila suami dah tau senang la dia guide kita.

Sila baca PETUA MUDAH BERSALIN mana tau boleh membantu?




Thursday, October 4

Resipi ayam goreng berempah tak kunjung tiba ~ haha




Tak pernah rasenyer posting pasal resepi kan… hehehe
kali ni nak kongsi satu resipi… nak cuba boleh tanak
cuber lagik bagus hahahah…. Resepi kita hari nie ialah

AYAM GORENG BEREMPAH TAK KUNJUNG TIBA


Bahan-bahannya ialah:

- Mesti ada ayam jantan atau betina

- Minyak masak, kalau boleh Cap Jalen (ada ker?)

- Kicap Jalen (hah.. yang ni mmg ada kan)

- Sos Jalen (pun ada jugak kan?)

- Rempah ratus yang malas nak sebut sebab beratus-ratus


Ok cara-caranya pulak :

  1. Pastikan ayam yang digunakan sudah disembelih dan kalau boleh ayam kampung yang dah pun akil baligh. Untuk sembelih anda boleh panggil tok imam masjid kampung anda dan bukannya Ah Chai yang yang jual sayur fat choi..
  2. Tuang minyak masak ke dalam kuali. Anda boleh lah melakukan aktiviti lain sementara menunggu minyak panas. Ambil masa ini untuk melakukan senaman ringan. Selepas melakukan senaman ringancuba berlari-lari anak disekeliling rumah. 
  3. Cara untuk memastikan minyak cukup panas, caranya mudah saja. Ambil jari anda, Letakkan jari anda di tepi kuali dan bila anda menjerit…adoi!! ,maka minyak sudah betul-betul panas..
  4. Pecah sebiji telur ayam dan masukkan ke dalam kuali tadi. Anda tidak perlu menggunakan hammer ataupun apit-g untuk memecahkan telur tersebut. 
  5. Bila telur tersebut sudah panas angkat telur tersebut dan letakkan dalam pinggan. Hiaskannya dengan menabur bawang goreng ataupun timun untuk menambahkan lagi kesedapan makanan. 
  6. Ayam tadi ambil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Anda boleh gunakan pada hari yang lain. Inilah yang dikatakan family planning.
  7. Panggil sanak saudara ataupun rakan taulan ke rumah anda untuk merasai hasil masakan anda. Menu ini sesuai untuk hidangan 2 orang dan boleh ditambah dengan masak lagi beberapa telur ayam.
  8. Akhir kata selamat mencuba dan pasti anda tak akan boleh lupakan masakan ini sampai bila-bila.Tapi saya tak janji tau.


    hek hek hek hek... jangan mareeeeee haaaaa.....


    sumber : email saya

Wordless Wednesday # Dobi


Pagi tadi baru terhegeh-hegeh nak mendobi sebaldi penuh
 kain-main dan pakaian untuk baby yang akan muncul tak
 lama lagi Insyallah dalam 21 hari kalau ikut due la..
Sebelum pakai kene cuci dulu dengan sabun khas beliau ye?
saya ngikut je ape orang tetua dan nurse pesan hehe..

Tuan Blog : sekarang 37weeks.. baru nak kemas beg *lehembab*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...