Friday, September 21

Mangsa Langgar Lari.. apakan daya!

Takziah buat abang ipar saya kerana terlibat dalam kemalangan...
Beliau menunggang motorsikal di bahu jalan dan dilanggar oleh
kereta gila yang suka menyelit-nyelit di kala kesibukan rakyat
kota bekejar ke tampat kerja masing-masing...

Beliau tercampak di tepi jalan sambil terlanggar divider kot
dan mengakibatkan kecederaan ringan tetapi salah satu
jemarinya telah patah.. nasib baik beliau tidaklah cedera parah..
Lebih malang lagi, pemandu yang melanggarnya hanya berhenti 
seketika dan lari begitu sahaja.. Nasib baiklah kawan pada abang
ipar saya itu ada di kala itu sempat merakam no plat kereta
yang melanggarnya dan terus membawa mangsa ke hospital..

Sangat benci dengan manusia yang tanak tanggungjawab ni..
dah langgar orang patu lari plak.. takpe.. Tuhan tu ada..
hari ni mungkin dia terlepas.. esok lusa apa pulak nasib dia..

Kereta diconteng?... jahatnyaaa!!







Thursday, September 20

GEMPAR!! : Misteri Hantu Lesung Batu... haha




2,3 minggu yang lepas ketika dalam bulan Syawal
terdengar dengan jelas bunyi lesung batu dari tingkat atas
jam 5 pagi lebih kurang.. cik asven kejut saya dan bertanya,
"dengar tak bunyi batu tumbuk tu?" dan saya menjawab
dengan mengantuknya... "dengar.. orang atas nak puasa 6 kot"
(Saya duduk rumah tingkat 1, kuarters guru 4 tingkat)

minggu lepas kecoh lagi bunyi lesung batu waktu maghrib pulak
lama sangat sampai 2 jam bunyinya tanpa henti.. saya dengar...
tapi beranggapan orang atas nak masak makan malam la..
tapi saya takde pun dengar sampai 2 jam.. orang atas yang bagitau..
kuarters ni didiami 5 keluarga sahaja.. masih ada 3 biji rumah kosong
yang belum pernah diduduki oleh sesiapa pun sejak dibina...

setelah disiasat salah seorang dari 5 keluarga itu, nyata takde 
sape pun yang menumbuk lesung batu pagi2 buta dan waktu
maghrib tu.. ada yang keluar.. kalau ada kat rumah pun 
takde pulak diorang ketuk lesung batu lelame camtu..

ntah.. saya selalu je dengar.. tapi buat bodoh je..
dalam kepala fikir ada orang masak2.. tak terfikir pon 
soal mistik.. tapi kalau dah diorang tak ngaku...
hmm sape pulak yang ketuk batu tu..............................




Wednesday, September 19

Komen tak sepadan dengan entry?


Saya terfikir nak buat entry ni bila mana saya terbaca dari
entry kak Rai yang mana beliau menyatakan yang beliau
pernah terima komentar dari pengomen mengomen yang
komen itu tidak padan dengan entrynya...

saya juga turut tergelak dengan penyataan itu kerana saya pun
pernah terima komen dari pengomen yang mengomen tidak 
padan dengan entry... cerita lain.. komennya lain.. hahahah..

saya rasa faktor komen tidak padan dengan entry sebab :

1) Pengomen nak BW cepat2.. banyak blog nak diterjah..
2) Entry panjang sangat.. pengomen malas nak baca..
3) Pengomen meniru pengomen lain yang turut sama
mengomen hal lain tade kene ngene ngan entry...

dan mungkin banyak sebab2 lain yang tertentu kita pun tak tau..
anda bagaimana? pernah ada terima komen dari pengomen
yang mengomen tade kene ngene ngan entry haha...
ape pon terima kasih banyak2 yang sudi singgah, baca dan komen
di blog ini.. jasamu dikenang hati ku terkenang :)))



Wordless Wednesday # Bukan Komunis tapi Kolumnis!




Artikel Harian Metro Muka surat 20 bertarikh 6 September 2012


Artikel Harian Metro Muka surat 20 bertarikh 15 September 2012


Tahniah buat brade saya berjaya jadi komunis kolumnis di 
Harian Metro. Setiap minggu artikel beliau akan keluar berkenaan 
dengan kesihatan di bahagian Minda dalam akhbar tabloid ini..
hmm minggu ni apa pulak tajuknya ye.. saksikan nanti... :)))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...