Tuesday, September 18

Asyik bermimpi......... Apa kaitannya?



Sekarang lagi kerap pulak mimpinya.. boleh kata setiap hari!!
mimpi ape? saya selalu mimpi nak beranak la.. dah dapat anak la..
Dari sebelum mengandung mimpi dapat anak.. petanda nak 
mengandung kata orang.. bila dah mengandung lagi kerap mimpi..
pelbagai watak dan wajah yang dah muncul.. sekejap laki..
sekejap perempuan.. haha.. yang pasti budak/anak itu comel2..

Baru2 ni.. cik asven kejut bangun dari tidur.. saya bangun tidur
sambil tersengih2 dan berkata "kejap ek" pastu lelap balik.. 
punya semangat nak sambung balik mimpi tu.. haha..
dalam mimpi tu saya baru je bersalin dan sedang BF beliau..
lepas tu pegi letak dia dalam beg *ape punye mimpi tah*

dan saya tidur sampai terlupa beliau dalam beg berejam2..
bila terjaga dari tidur terus bukak beg dan dukung dia...
yang lawaknye.. baby tu boleh bercakap.. saya tanya...
"lapar susu tak?" dia pun jawab.. "ye lapar" sambil
angguk2 kepala laju2 tanda beliau lapar sesangat..
saya pun saun baby tu.. "kalau lapar kenapa tak nangis?"

lepas tu tak ingat dah ape jadi.... terjaga balik dari tidur 
yang sebenar sambil tergelak dan semangat terus cerita 
dengan cik asven haha.. ape punya mimpi tah di siang hari..




Saturday, September 15

Tanda-tanda bersalin





Untuk pertama kali macam saya nak bersalin mesti tak berapa nak pasti
apa tanda-tanda nak bersalin.. lebih baik saya simpan info ni
untuk diri sendiri dan juga mungkin untuk ibu-ibu yang sedang menanti
kelahiran bayi comel anda tau bakal ibu suatu hari nanti....



Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan
 menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses
apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk
membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin,
 satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1) Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut
 (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.

2) Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan
kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3) Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang
 dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4) Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan
 atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus
 yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau
mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun,
 ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5) Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.








Friday, September 14

Bayi tersedak susu



Terbaca di FB tentang info bayi tersedak susu ni..
banyak kes pasal ni kan? terus baca dan simpan kat sini..
senang boleh rujuk semula bila dah beranak pinak nanti hehe..
nak share jugak untuk anda yang dah ada anak, bakal beranak
dan teringin nak ada anak nanti... ok cekidaut2...



1.Bagaimana terjadi?

-         Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik
menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.

- Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak.
 Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia
 bukan saja membabitkan satu otot sebaliknya banyak otot berbeza.

- Faktor yang boleh menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selsema,
bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam
keadaan yang tidak betul.

- Kebanyakan kes tersedak susu yang kita lihat selalunya disebabkan
masalah penyelarasan seperti mungkin ketika menyusu ada sedikit
 mukus atau kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau laju,
 contohnya susu badan bagi ibu dan bayi yang baru pertama kali
menyusu badan.Akibat tekanannya laju, kita selalu lihat bayi tersedak.



2. Apa yang harus dilakukan?

- Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu
akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia
yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta
(dipanggil spasm).

- Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat
 pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan
 tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

- Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk
 ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku,
bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi.
 Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR
 kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

sumber : FB







Thursday, September 13

Senaman ringan untuk meredakan tekanan hahaha



Sesiapa yang mengantuk, stress, letih tak bermaya 
atau yang
 tengah bangang bengang, boleh la cuba senaman ringan ini..
Moga-moga boleh hilang segala-galanya....


Selamat Mencuba!!





ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..





tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..






wa..wa..aaa




gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..




dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..




kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…




buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..





hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…




akhir sekali

buat joget kucing…


--------------

kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...