Wednesday, December 18

"Ayang.. tolong buat persembahan".......




baca tajuk dah?

jangan kata awak tu pelik... saya pun pelik tau!
atau ayat sebenar di waktu kejadian....

"ayang... tolong buat performance" pinta si suami...
lama saya renung mata dia sambil nyusukan nawfal..
dalam kepala duk pikir... nak suruh buat ape?
berkerut2 dahi gue pikirin... mende dia nak nih...

pastu gelak sorang2 bila dah dapat tangkap apa dia nak..
hahahahahaha... gelak guling2 dalam bayangan...
dia nak ini rupanya kehkehkeh... cemana pulak boleh lupa hehe..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

memang dah jatuh cinta si suami dengan minuman performance ni..
testimoni beliau bila dah minum air ni...

"best betul minum performance ni... rasa macam jadi iron man!!
bertenaga.. tak penat dan cergas aje bila bersukan...
terasa ada bendalir yang magic dalam badan.. "

jangan kan dia je minum...saya pun suka minum terutamanya
bila saya buat coklat... badan letih2 terus hilang lepas minum..
rasanya pun sedap macam minum jus oren lagi2 buat sejuk2.. 
perghhh memang nikmat sekali dong.. dah nak habis..
kene order lagi.. stok wajib ada kat rumah...

bukan untuk bersukan je.. kalau badan kita mudah letih bila bekerja,
atau nak berpuasa ke memang terbaik air ni untuk diminum...
saya rilek je buat coklat sampai subuh pagi kalau kene kerja overtime..
walaupun tak tidur di siang hari.. biasanya saya memang dah tak larat dah
nak berjaga sampai pagi.. tapi dek kerana air yang bagi tenaga
ni memang kekal bertenaga la... cik suami pun best la dia bila main
bola, badminton dan kayuh beskal tak penat2 dah badan dia hehee..

nak order roger saya okeh... sapa yang tanya pasal supplement tenaga
inilah jawapannya... lambat betul nak cerita sori tokey bizi dengan coklat..

SID : 1074830
FB : Viniyamey Store 
E : bertshaklee@gmail.com
H/P : 016-8880684



Wednesday, December 4

WW # 2014 : ALAM KEGELAPAN MENJELMA........




Mari kita menghadap bersama-sama dunia yang penuh pancaroba ini...
semakin terhimpit... ramai yang terdesak.. jenayah meningkat...

Bersyukurlah semuanya naik... HUJAN juga yang turun...
HUJAN airmata pun turun....................... T___T


Tuesday, December 3

Selamat jalan laki ku..


subuh pagi tadi dah gerak ke LCCT... tata lalink...
ada trip ke vietnam... tinggal anak bini uwaaaa....

anjuran belia perak... oleh sebab beliau pegang jawatan pengerusi
belia yang akan pencen tak lama lagi maka lawatan terakhir sebelum
pencen ke vietnam.. ditaja.. bawak duit poket aje.. so family babai 
tak boleh ikot... ok pasrah.. jeles beliau dapat pegi jenjalan...
nextime bawak kitorang pulak yeh pegi ronda2 dunia hihi..

ok tokey harus meneruskan misi dalam dunia perniagaan...
disember yang penuh dengan aktiviti mencoklatkan diri...
cuti sekolah tokey wajib sibuk dan menyibukkan diri...

ok tata lalink.. selamat pergi dan pulang bawak berbunjut2 sobeneya..




Monday, December 2

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki




Tips ini saya ambil dari website Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan. 
Tiada satu pun akan menjamin 100% keberkesanannya.
Namun menurut Dr Hamid, dengan izin Allah, tips ini 
70% kebarangkalian untuk mencapai kejayaan. 

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, 
minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. 
Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium
dan magnesium juga diperlukan. 

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari
penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’
atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml air bikarbonat 
dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan 
persetubuhan. Cecair bikarbonat boleh dibeli dari farmasi. 

4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami 
menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) 
dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam 
rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk
tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit
ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. 
Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita. 

Selamat Mencuba!!!


Sunday, December 1

TIPS : BAYI TIDAK BERAK



BAYI TIDAK BERAK

Bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama
 beberapa hari sering berlaku. Menurut pakar, susu ibu tidak
 mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh
 tubuh bayi. So its NORMAL jika bayi bila masuk 2-3 bulan
 tak berak selama beberapa hari.

APA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN?

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa

(2) Perut tidak kembung atau keras

(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis
( menangis mungkin disebabkan banyak faktor,
kenalpasti faktor tersebut sebelum membuat kesimpulan)

(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat
 foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Bayi yang tidak mendapat
cukup susu juga kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

BILA PERLU MERUJUK PADA DOKTOR?

(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk
ke saluran usus dan memenuhi perut

Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic.
Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi
 tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa
yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa
 warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...