Monday, July 22

PENGASUH OH PENGASUH....


Untungla kalau dapat pengasuh yang boleh jaga anak kita dengan baik..
Tapi kalau sebaliknya? kadangkala buat kita merana, kecewa dan sedih..
terlalu banyak kisah dan pengalaman kawan2 yang hantar anaknya
di rumah  pengasuh, taska atau nurseri ke banyak sangat masalah.. 
yang tade masalah syukur Alhamdulillah... moga selamat hendaknya..

yang terluka, yang sakit, yang mati pun ada bila ambik semula
dari rumah pengasuh/taska/nurseri.. kisah2 tu yang buatkan saya
sangat takut.. dari zaman bujang lagi saya dah nekad bila mana
saya kawen nanti takmau dah keje sebab kepingin nak jaga
sendiri anak bila dah beranak pinak.. saya yakin, ramai ibu2
yang berkerjaya pun kepingin perkara yang sama melainkan 
kalau dia sangat sukakan dengan kerjayanya... tak bleh kata apela..

dikurung, dirotan, didera, dimarah, dicederakan.. eh macam2 lagilah..
bila dengar dari kawan2 yang bercerita.. oh buat saya rasa takut..
kita mengandung, beranak, patu sesedap rasa buat anak kita camtu?
takpelah.. dari rumah pun boleh kerja.. asalkan nampak anak depan mata..
suami pun memang galakkan tak bekerja.. lagi la saya suke yippie yippiie..
jangan pandang remeh dengan surirumah.. kalau anda suka kerja
silakan.. takde sapa pun halang.. tapi jangan ejek surirumah..
lagi2 surirumah yang berduit kehkehkeh..


Saturday, July 20

8 Petua Melebatkan Rambut Bayi Yang Mudah

a) Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman,
dan lumur di rambut selama 15-30 minit. Amalkan 3 kali seminggu.

b) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam
semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan
 pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit. Bersihkan
 rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.

c) Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan
 pada rambut.Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.
Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

d) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai
 daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.
Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.

e) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala
ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar. Satu lagi cara
 ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing,
sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai
tonik rambut. Sapukan pada seluruh kepala, biarkan semalaman dan bilas.

f) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,
masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan
dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,
sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut
dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

g) Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya
 dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.Lumurkan pada rambut.
Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.

h) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.
Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada
kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.
Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.


sumber

Friday, July 19

Isaac Nawfal : 9 Bulan


kejap je dah 9 bulan ini budak... rindu zaman dia baby2 dulu hihi..

> dah terer merangkak dengan jayanya tapi nasib baiklah merangkak
tak jauh merata satu rumah.. sekadar merangkak setempat je..

> dia dah mula belajar berdiri.. tu pasal tak berapa nak merangkak..
selalu carik port nak berdiri.. takut betul tengoknya.. takut jatuh
kadang2 memang jatuh pun patu nanges uwaaa uwaa sakit haha

> selalu bikin ketawa mak ayahnya.. ade je benda dia buat bikin 
kami gelihati nak cite pun tak reti cemana gelagat dia heh heh

> tak suka baring.. suka duduk je.. sampai susah nak pakai pampers dia
bila baringkan dia je mesti nak bangun haiyyaa... dihalang nangis la dia

> suka duduk dengan apaknye bila apaknye mandu.. feeling2 noddy..
ape tu noddy sila gugel ya.. noddy tu watak dalam katun hehe...

> suka menyusu sambil menonggeng .. macam2 la ko ni nopal wo..

dah tujela kot yang ingat..










Monday, July 15

Pengalaman yang pahit itu disebabkan.........

disebabkan apa pun tak pastilah.. dah masuk harini kot 4 hari tak sihat
asyik tergolek terlentang.. muntah, demam, sakit perut, cherry berry pun ada..
pakej lengkap lahh penyakit khususnya untuk bulan ramadhonn..

paling teruk hari pertama... tiba2 sakit perut, sebelum sahur dah muntah
segalanya isi perot semalam.. tak lalu sahur, tidur semula dan terus demam..
panassnya hingga ke petang.. maka suami lah amik alih hal nawfal..
dan uruskan pula bininya yang berselimut tebal akibat demam panasss..

tidur dan terus tidur.. sakit perut beberapa jam sekali nak cherry berry..
makan tak lalu, perut kosong.. dah makan muntah lagi.. apakahh??
masuk hari kedua kebah pun demam dah makan ubat le punye pasal..
tapi masih sakit perut hingga ke hari ini.. projek coklat raya dan hadiah
cabutan bertuah tergantung seketika.. insyallah esok akan sambung semula..
harini nampak macam dah ok je.. nak rehatttt puasssssssss puassss2...

Pesanan : tah ape saya makan.. nak salah makan ke? sian makanan
disalahkan.. ntahla.. yang penting.. bazar ramadhan mungkin punca kott..
hati2 yaaaaaaaaaaa!!.......... dah kene 2 kali.. sekian........



Thursday, July 11

DAPAT 5?? WAHH BANYAK JUGAK.. GAYAT SEKEJAP..



AMARAN INI ADALAH ENTRY BUDAK GAYAT...

pestime dapat 5 ni.. selalu tu 1,2 je BE yang jengah..
paling banyak pun 3,4 tu pun jarang2.. dah lama pun tak dapat..
ni tetibe datang banyak2 ni pehal?? mekaseh la pacik nufnnang..
kasik saya banyak2.. lepas ni bagi la 10 ka.. baru la tamak namanya haha

ok korang berlima.. semoga meningkat lagi dengan lebih maju jaya ya..
teruskan berusaha untuk lebih tinggi nilainya.. boleh tuan kamu
menjoli kamu semula satu hari nanti apabila tiba masanya.. lalalala...



Wednesday, July 10

WW # Suami muda-muda dulu.......

sori tuan gambar.. gambar telah dicuri oleh viniyamey

asben saya di tag oleh kawannya... kami tengok sama2 gambar ni..
gelak dia hihi.. saya pun gelak.. zaman bujang lepas spm kat pangkor..
kira2 12 tahun yang lalu nampaknya... cuba carik yang mana...
ok tak jumpa? tak jumpa takpelah,... heh heh heh..


Tuesday, July 9

TAK BOLEH TENGOKK!! NANTI NANGISSSSS


Mintak mahap cakap.. sekadar luahan rasa di hati...
kadang2 bila tengok gambar baby yang sakit di share di pesbuk
takkaan saya tengok.. lalu aje.. tak sanggup la nak tengok 
baby yang kecik comey tu menderita.. luka sana sini..
wayar sane sini... alahaiiii.. siannya.. siannyaaaa alaaa...

sebabnya pernah tertengok otometik bukan nampak baby tu..
tapi duk terbayang anak sendiri yang kene.. otometik kuar air mata..
otometik tutup pesbuk buat muka sedih... haaaaa tu yang maleh tu..

mula la terkenangkan si nawfal yang pernah duduk wad lepas bersalin dulu..
tengok dia ishh..!! dimasukkan ubat.. tangan kiri kanan penuh dengan jarum..
depan mata tengok dia jerit sakit bila dimasukkan ubat.. lebam2 tangan dia..
kaki dia.. badan dia.. ada wayar2 ape ntah!! aaa tamo ingat.. tamo ingat..,!!

seminggu duk tahan sedih.. nak nangis depan misi malu.. 
duk nangis sorok2 hikhikhik.. pendam.. simpan.. tahan...
keluar je wad.. luah hati kat suami.. terus nangessss nangesss nangess..
berejam2 rejam nanges.. seminggu punya nanges duk tahan...

mujur kakak, mak dan suami yg pujuk2.. barula legaaaa!!
lame jugak nak hilang rase sedih tu.. berbulan2 lamenye...
sekarang baru la ok sikit... baru berani nak cerita... he he..



Monday, July 8

MISTERI HANTU SEPAK TIN DEPAN RUMAH

Jam 2 pagi....
Ketinggg ketinggg ketingggg

LAKI : eh ayang.. dengar tak.. mesti hantu tu!!
(berlari mendapatkan bininya yang dah tido)

BINI : aah dengar.. alaaa angin je tu...
(cakap sambil tutup mata ngantok sangat)

LAKI  : eee antu tu... sape plak sepak tin malam2 ni..

BINI : anginlaaa..ari nakhujan..angin bawak tin tu...
Cube tengok langsir tu terbang2.. kan angin...

LAKI : ee tak caya plak cakap orang  ni...
(masuk bilik air nak gosok gigi)

BINI : (sambung tido..  ngantuk sangat ni)

Ketinggg ketingg ketinggg (bunyi lagi)

LAKI : haaa dengar tak dengar takkk??
(lari masuk bilik)

BINI : dengar... alaa orang kadang2 dengar malam2..

Zzzzzz tido la lepas tu... tade dah bunyi lagi.....
Esoknya pulak... sebelah petang lepas balik sekolah..

BINI : haaa ada tak tin tu kat depan rumah...?

LAKI : tade.. pagi tadi pegi sekolah mana ada tin..

BINI : oh yeke.. selama ni memang ada dengar kadang2..
Tapi takde plk rasa nak takut ke hape.. ingat angin jela...

LAKI : abang siap naik bulu roma lagi.. mana ada tin pun..

BINI : oh yeke.. selama ni takde la takot pon.. ok kalau lepas
ni denga lagi bunyi tin tu ayang kene takutlah hii hii hii..

pelik plak hantu sepak tin hahahaha.....ingat bola ke?

*tupunnakciteke?*


Sunday, July 7

Pantang Larang Orang Tua Ketika Hamil


Pantang Larang Orang Tua Ketika Hamil

a) Jangan minum air kelapa dan nenas pada trimester pertama.
- dikhuatiri bayi akan gugur.

B) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
- dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

C) Jangan mengetuk dinding rumah.
- dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim,
 Biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

D) Jangan mandi malam.
- dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga
 Memudaratkan bayi dlm kandungan.

E) Jangan banyak minum ais.
- dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan.
 Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi
Mudah dijangkiti demam kuning.

F) Elakkan minuman bergas dan kafein.
- dikhuatiri kandungan mudah gugur.

G) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut
(utk keringkan rambut)
- dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

H) Kurangkan makan buah oren.
- dikhuatiri bayi dilahirkan banyak kahak.

I) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
- dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit
 dan sukar melahirkan.

J) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
- dikhuatiri bayi akan mengenan.

K) Kurangkan makan pisang.
- pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

L) Jangan memburu atau membunuh binatang.
(bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar untuk bersalin.

M) Jangan makan betik muda.
- getah betik tu menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... Saya pasti diluar sana masih banyak
 pantang larang yang diberikan oleh orang tua mereka.
 Apa jua pantang yang kita dengar... Jangan terlalu taksub
nak mengikutnya... Takut lari Akidah pula nanti.

Yang penting, setiap ibu yang mengandung, pastikan anda
 menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan.
 Apa juga yang dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi
 oleh anak yang dikandung. Wallahua'lam.

sumber


Saturday, July 6

PETUA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH

PETUA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH...

Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang
 membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak
 sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor,
anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai
 membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat.

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih.
Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit.
 Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih.
Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam.
 Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih.
 Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air.
Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan
masih suam, minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain direbus,
 daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam
 dan lada hitam yang ditumbuk halus. -sumber



Wednesday, July 3

WW # NAWFAL DISERBANKAN OMMANYA..






Bila daddynya pegi keje, maknye buat keje lain..
buli si Nawfal.. niat di hati nak buat serban..
tapi dia nanges2 nak bukak ikatan tu..
nanges2 pun dapat jugak snap 2,3 yang ok sikit..

dia cukup tak suka letak ape2 kat kepalanya..
mesti dia rimas.. alangkan rambutnya dah panjang pun rimas..
nikan plak nak ikat serban camtu.. hilang rupa serban
macam pendekar atau nelayan plak dah hahahaa...

ni video dia gelak bahak2 dalam pukul 1,2 pagi..
hobi baru sebelum tido.. nak ajak bergurau dulu.. dah penat baru tido..


Tuesday, July 2

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU BAYI

TIPS BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU BAYI

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat.
Berpuasa tidak akan menganggu pengeluaran susu ibu.
Bergantung juga kepada amalan pemakanan ibu tu sendiri..



SUSU KERING

Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan
bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa.
 Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif,
terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang
 berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri
 mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu
memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan
 susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan
 menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong
kemerosotan bekalan susu ibu.

Jumlah susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa.
Jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap
mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus.
Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik
mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Sebaik-baiknya mulakan memerah susu di awal pagi iaitu ketika
waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini
 masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

DEHIDRASI

Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Ambil perhatian
 sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan
memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur
dan berbuka puasa. Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan
 tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan
 rasa haus melampau. Sekiranya berlaku, adalah lebih baik untuk
 anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir
badan yang terhidrat. Anda boleh mencuba meminum air bergaram
untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan
sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk lebih enak,
letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

PANDUAN PEMAKANAN

1. Minum Air Mencukupi
Minum air yang cukupi ketika sahur dan berbuka bagi
mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu.
Minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Anda digalakkan
 melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan
 protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup.  Anda perlu
kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak
 kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu
 sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat
membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak
 khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan
anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa.
Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi
 lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil
 susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari
sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga
 semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu
meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika
berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi
banyak gula seperti air bikarbonatdan berkafein. Kandungan gula dan
 kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


WAHAI PENIAGA ONLINE.... TOLONG BACA SINI...


Kita berniaga dengan manusia.. kita penjual dan mereka pelanggan..
Apabila kita pulak yang membeli automatik kita akan jadi pelanggan..
Tatkala kita jadi pelanggan kita nak semuanya yang terbaik kan?..
perkhidmatan, produk, harga dan cara layanan yang diberi..

Bila beli barang murah, tapi kita dilayan macam sampah..
mesti kita rasa serik nak beli lagi kan? 
Tapi bila kita beli barang mahal, dilayan macam 'raja'..
harga yang mahal pun tak terasa sangat mahalnya..
begitulah sebaliknya... ada paham??

Rata-rata peniaga online sekarang ni guna FB untuk berniaga..
memang sangat mudah dan marketingnya sangat berkesan..
selain daripada blog dan website turut juga membantu kan..

Dalam masa yang sama... ada peniaga online ni 
menggunakan FB untuk meluahkan rasa segala2nya..
kalau yang baik dan positif tu baguslah.. seronok je bila baca..
takde masalah sebenarnya nak luah rasa tu..tapi berpada-padalah 
kalau nak meluahkan rasa tak puas hati, kecewa, dan geram tu
di FB dan pelanggan tu sendiri yang baca.. mesti la terasa kan?

"oo aku dah beli barang kau.. tapi kau kutuk aku balik"
kata hati pelanggan yang sedih dengan peniaga itu..
Apa perasaan kita sendiri bila kita beli barang atau perkhidmatan
dan kita pulak yang dikutuknya.. sakit hatikan?

kalau rasa tak tahan dengan karenah pelanggan toksah berniaga la..
memang kerenah pelanggan ni macam2 ada.. kalau yang tak banyak
ragam takdela masalah.. kalau jumpa pelanggan yang cerewet?
nak atau tidak kita kene la layan dia sehabis baik..

sakit hati, geram dan kecewa tu tak payah la pamirkan kat umum..
simpan sorang2 sudah.. kalau tak tahan pun, cerita dengan teman ajela..
jangan jaja kat umum.. elok2 ada pelanggan minat dengan barang kita,
alih2 bila baca di wallnya asyik merungut dengan pelanggan terus tak jadi beli..

Cerita sedih ini bila saya sendiri jadi pelanggan.. dan sedih dengan peniaga2 itu
yang merungut dengan saya yang banyak ragam ni hahaha... yang sakit hatinya
bila kita yang baca.. pelanggan ni rezeki kita... kita kutuk pelanggan maknanya
kita kutuk la rezeki yang datang tu.. betul tak?

Jadi bila saya sendiri jadi peniaga online..biar ape pun pelanggan yang datang
saya cuba buat sehabis baik.. kita layan kan aje ape yang mereka nak..
setakat ni takde yang banyak ragam.. semua pelanggan saya baik2 belaka..
apabila kita mudahkan dan buat mereka gembira, Insyallah Allah mudahkan..
rezeki nak datang pun mudah takde la tersekat-sekat.. 
kita berusaha yang tentukan rezeki hanya DIA.. sekarang ni terserahlah...

Jangan bersedih dan merungut geram dengan pelanggan...
mereka datang dan mereka akan pergi.. mereka datang lagi bila mereka
rasakan kita peniaga terbaik untuk mereka... 


Seterusnya, kita lihat pula etika perniagaan Islam secara ringkas, 
mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk kita semua. 
InsyaAllah. Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diikuti
 oleh para peniaga atau usahawan Islam, di antaranya :

1. Peniaga perlu mengelak dari berniaga benda haram.
2. Peniaga perlu mengelak dari berlaku permusuhan atau pergaduhan.
3. Peniaga perlu mengelak dari bersikap sombong.
4. Peniaga perlu mengelak dari menjual barang yang tidak ada atau penipuan.
5. Peniaga perlu elak dari bersumpah bohong untuk menyakinkan pembeli.
6. Peniaga perlu mengelak dari perbuatan khianat.

Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu 
terdapat dalam arena perniagaan. Justeru, apabila kita menceburkan diri
 dalam dunia perniagaan, kita perlu mematuhi etika perniagaan Islam.

*nasihat untuk diri sendiri jugak agar tak terlajak dan sentiasa beringat*

Monday, July 1

Teringin nak jadi macam dia la.... hmm


Teringin macam sapa? mesti tanya sapa kan?
saya ada skodeng 3,4 orang usahawan coklat yang dah berjaya..
dah keluar media cetak dan elektronik.. memang tiptop la..

seronok tengok hasil produk2 mereka.. kagum dan wow!!
dalam hati tu "teringinnya nak jadi macam mereka"

bermula dari bawah.. berjaya menarik pelanggan dan akhirnya
cipta kelainan dan keunikan dalam produknya.. dari rumah je pun..
yang dah ada kedai bukak sendiri pun ada jugak lengkap dengan
peralatan yang canggih manggih dan dah ada di pasaran coklatnya..

bila tengok diorang berjaya.. saya pun pasang angan dan cita2..
satu suntikan semangat bila tengok diorang dah jadi macam tu..
saya pun nak jugak!! moga2 bidang coklat yang saya terjebak ni
akan membuat hidup saya bahagia aman sentosa dan gembira hehe..

Harini 1 Julai.. kiranya dah 4 bulan saya buat coklat..
masihh baru.. masih mentah.. masih perlukan tunjuk ajar..
oklah.. saya tengah nak siapkan 3 tempahan nak hantar minggu ni..
 lepas ni nak fokus pada tempahan coklat raya plak.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...