Thursday, January 31

Belajar Silat Secara Online..








Alkisah seorang budak yang tak suka dicubit pipinya..
serta paling tak suka pakai topi... kalau dipakai topi serta dicubit pipi 
pasti beliau akan nangis teresak-esak.. tu je nak cite herherher


Wednesday, January 30

WW # Sedih Sayu Hati Bila...............

kuasa ALLAH... ape pun boleh jadi................

*amik dari pesbuk*

Tuesday, January 29

Ingat Lagi Tak? : Buku Teks Sekolah



Khas buat pelajar-pelajar sekolah rendah zaman dulu-dulu..
masihkah korang terkenang dengan buku-buku teks yang pernah
korang belajar dulu?Jangan lupe daratan dan ingatan plesssss!!
Sesapa yang pernah sekolah rendah mesti pernah belajar
dengan buku-buku sebegini rupa... jangan nak buat2 lupe...










sungguh nostalgia betul la buku2 ni.. memang legend!
terkenang zaman sekolah rendah yang penuh dengan 
kenangan yang seronok lagi menyeronokkan.. hehe...

Saya yakin buku ini mungkin sudah pupus agaknye..
sebab budak2 sekarang ni  rasanya dah pakai buku teks baru..
yang lebih nipis, bewarna warni dan sungguh bergaya nampaknye...


Monday, January 28

AWAS : Jangkitan Kuman Pada Kanak-Kanak



Banyak perkhabaran berita kematian bayi dan kanak-kanak
berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru.
Ya, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Tapi kita boleh berikhtiar untuk
mengelak daripada ia berlaku pada bayi atau anak kita.

PNEUMONIA merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru
yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan
saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang
menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Punca Jangkitan
1)   Kanak-kanak yang dijaga oleh pengasuh di taska
2)  Keluarga besar dengan rumah yang sempit.
3)  Persekitaran dibiarkan tidak bersih
4)  Perkongsian bekas makanan dan minuman yang
 menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan
 tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap
mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa
 yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak
 boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan
 ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas, bibir menjadi
biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau
 tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
1) Demam panas
2) Batuk dengan atau tanpa kahak
3) Sakit dada
4) Tiada selera makan, tidak mahu makan
5) Rasa tidak sihat, sering merengek
6) Pernafasan laju atau susah bernafas
7) Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Antibiotik akan diberi oleh doktor. Jika jangkitan kuman di paru-paru
 berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital
untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Pencegahan Awal
1) Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik
2) Meneruskan penyusuan susu ibu.
3) Ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui di hospital swasta untuk
meningkatkan imun dan boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

Beza Batuk Biasa dan Batuk Pneumonia
1) Batuk Biasa - Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk pneumonia.
2) Batuk Pneumonia - Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam
 sehingga ke pagi. Kahak berhimpun lebih kerap pada sebelah malam.

5 Tips Mudah
1) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2) Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap
 oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3) Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4) Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan
 batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5) Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.


Friday, January 25

9 Kelebihan Ibu Mengandung



Tahniah! Anda hamil... mesti teruja dan seronok kan?
meh kita layan apa kelebihan jadi ibu mengandung ni..


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari
 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala
 puasa disiang hari
 & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta
setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari
 selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan
 dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang
menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun,
maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit
dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
 anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
& bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.


sumber

Tuesday, January 22

Ingat Lagi Tak? : GULA-GULA GETAH



Gula-gula getah jenis yang macam ini la...
rasanya liat macam pemadam dan manis macam gula..
biasanya dijual dengan harga 10 sen untuk 3 bijik itu..
ada lagi ke jual zaman sekarang ni? tak jumpe dah pun?

Sekarang ni nak makan ape2 bende yang bergetah
tersangat la takut.. takut ada unsur2 dari babi vavi...
zaman sekarang ni tader vavi tak sedap.. lagi kenyal lagi sedap..
semua makanan hendak divavikannya...hati2 lah ye!


Monday, January 21

Tempat yang DOSA untuk dilawati....





Banyak tempat berdosa kalau kita pergi tempat tu..
salah satu tempat dosa kat sini lah... tengok betul2 ya!!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




mana ni ? teringin pulak nak pergi haha...!!
jangan maraaaa... nanti kene jual.. hewhewhew


Friday, January 18

Amirul & Atiah : Sedekad yang lalu...





11 tahun yang lalu di Uitm Seri Iskandar kami telah berkenalan
 sekitar Jun 2002 berkawan kemudian bercinta pada Januari 2003,
 bertunang pada Jun 2010, seterusnya berkahwin April 2011 dan
 akhirnya beranak pinak dan segalanya telah berlalu tanpa sedar
masa begitu setia menjalankan tugasnya sebagai Encik Masa...

Januari tiba lagi.. pastinya tetiap tahun tarikh kurafat keramat
ini sentiasa di ingatan dan disambut mesra alam oleh kami..
Meskipun boleh je sambut enibeseri kawen2 tapi mana boleh buang
tarikh 19 Januari 2003.. bila tarikh ni muncul mesti teringat zaman
mode-mode dulu hikhik.. enibeseri kawen sambut nanti la bila tiba..

eh 19 esok kan.. sok tak on9 kot..  tu pasal storimori arini.. jangan mare..
 Antara hadiah yang saya kasik tersimpan dari gobok cik suami
terjumpa oleh saya sewaktu kemas2 barang... alahai nostalgianya
benda ni.. malu plak rasa bila tengok balik hakhakhakhakkphhuii..

Terjumpa gambar lama.. gambar yang atas antara hadiah yang saya kasik..
gambar bawah antara hadiah yang diterima..kebanyakkannya telah pupus
ditelan zaman.. mana ntah barang2 ni hihihi.. ader la tinggal 2,3 barang je..

Semoga ikatan tanpa tali rafia yang mengikat pinggang kami sentiasa utuh
 dan tidak goyah biarpun dilanda tsunami mahupun ribut topan..
Harapan tinggi melangit agar hubungan ini kekal abadi hingga ke Sorga..
Buat daddy Issac Nawfal.. Mummy ucapkan selamat ulangtahun
centancenton yang kesekelian kalinya.. Terima kasih atas segalanya..
Hanya Allah sahaja yang boleh balas jasa, budi baik daddy
pada mummy selama ini.. ailebiyu beribu2 lemon..

Thursday, January 17

Cara-cara menangkap LIPAS TERBANG



Khas buat peminat kipas lipas atau pembenci lipas..
Dengan ini saya akan dedahkan satu rahsia cara-cara untuk
menangkap lipas terbang.. baiklah.. begini cara2nya…

Pertama:
Gunakan jala ikan untuk menangkap lipas2 tersebut
sehingga mereka lemas dalam pelukan jala tersebut…
akhirnya tewas lalu tak boleh terbang jauh lagi….

Kedua:
Gunakan lastik untuk menembak mereka dengan
bertujuan untuk mematah sayap mereka agar tidak lagi boleh
terbang lalu menggunakan khidmat kaki sahaja seperti lipas kudung..

Ketiga:
Gunakan mangkuk hayun untuk menghayun kepada lipas itu..
sehingga beliau terperangkap dengan padanmukenye lalu
bunuh sajer dengan ridsek atau seltok ker untuk
mematikan mereka dengan cara yang paling sopan
berbanding dengan memijak beliau sehingga leper…

Kesimpulan:
Mereka itu binatang berbau dan kotor serta menggelikan…
Sembur sahaja dengan racun serangga lalu mati.. Kemaslah rumah 
anda supaya lipas tidak lagi datang berkunjung membuat pesta menuai
lalu merosakkan makanan atau pakaian anda… selesai masalah!

Tapelu la anda membela lipas kerna tidak memberi sebarang faedah 
seperti boleh menangkap tikus, meragut rumput di halaman rumah
 mahupon berlawak jenaka macam jozan sehingga kita tertawa gelihati…

sekian...........


terjawab sudah segala persoalan pencarik maklumat ini kan?

Wednesday, January 16

TILAM BAYI : KEKABU ATAU SPAN BAGUS?




Ini adalah satu pertanyaan dari seorang teman kepada saya..
Setelah menjawab dengan penuh rasa konfiden sekali
lalu saya terfikir untuk jadikannya sebuah entry sekaligus
dapat juga berkongsi satu pengalaman baru untuk ibu2 muda..

Sebelum bersalin kami lakimini memilih set tilam kekabu
untuk keselesaan si comel dan ketahanlamaan tilam terbabit..
Selepas bersalin, kami ada terima hadiah tilam bayi pulak dah..
Alhamdulillah rezeki si Nawfal dapat tilam baru lagi nampaknya..
Senang je saya jawab.. sebab saya ada kedua-dua jenis tilam ni..

“Aku ada tilam kekabu dan span jugak.. tilam kekabu letak kat
dalam baby cot aje tak usung kemana-mana pun sebab berat dan
makan banyak ruang kalau nak bawak pergi mana2.. aku bawak
tilam span sebab mudah nak bawak kemana aje lagipun ia ringan dan
senang nak lipat masuk dalam beg.. so pilih la mana yang terbaik..”

tuje ceritanya.. hehe..

Tuesday, January 15

ISAAC NAWFAL - Kini 3 Bulan Pulak


 Happy 3 bulan ini budak harini! Sungguh deras masa ni berlalu..
harini tade checkup pasal besok baru pegi checkup dan cucuk sekali..

Nak cerita sikit.. masa cucuk umur sebulan dulu beliau dicucuk oleh nurse
praktikal.. ntah apa silapnya nurse tu guna jarum yang agak besar..
sebab tula beliau menjerit kuat bagai halilintar tapi tak macam cucuk 
2 bulan.. cuma merengek manja tanpa mengade-ngade langsung..
dan saya perasan nurse yang terlatih itu telah menyucuk beliau dengan 
jarum yang paling halus.. sesuai untuk bayi.. hmm patutlaaaaa!!

ok semoga terus membesar dengan sihat, makin cerdik dan mengembem 
wahai Encik Nawfal.. kami sebagai mak apak kamu suka dan sayang
banget sama kamu dong.. moh layan budak fotogedix yang baru 3 bulan



sekian......................!


Monday, January 14

Ingat Lagi Tak? : RADIO MINI


kalau tengok gambar-gambar radio mini ni ingat lagi?
ada sesiapa pernah guna masa zaman kegemilangan mereka dulu?
tak pasti pulak ada lagi ke jual radio mini ni...

nak beli ipod tak mampu lagi kot masa zaman tu hihi
beli la radio mini nak seludup bawak masuk sekolah..
kita pakai tudung.. selit bawah tudung pakai earphone mana nampak!
cukup suka betul dengar radio masa tu.. ketagih macam penagih!!
tak kisah la pun walaupun satu siaran je yang clear masa tu..
dengar DJ berceloteh pun jadila.. asalkan dapat dengar radio kemana aje..
dah abih sekolah barulah mampu nak beli walkman pulak.. hihi

ntahlah.. bagi saya benda ni rasa cam nostalgia pulak..
tak pernah tengok lagi ada budak2 pakai radio mini ni skang..
apa barang kan!! skang ni dah pakai ipad, tab, smartphone bagai dah!
walaupun budak tadika.. sume layannnnnn youtube, mp3 dan lelain.. kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...