Sebuah cerita yang saya kupipes dari pesbuk... 
sayu.. piluu... sebak.. sedeh... sendu... sedan...
teramatlah syahdu.... ku simpan disini  sebagai cerita untuk pengajaran buat semua.... bagi sesiapa yang belum baca cerita ni.. silalah baca dengan penuh kusyuk... (T_T)
 Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x  seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin,  aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan  laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba  tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi  aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2  ngan laki..
 
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x  sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube  usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat,  memang rasa bangga giler. hehe..
 
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..
 
Aku  usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow  talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis  sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua.
Sebabnya,  bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi,  nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape?  Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak!  Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal?  Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu  bapak dia diam.
 
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam  tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan  cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku  memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng  giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni.  Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
 
Hari  keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang  aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima.  Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku  ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile  aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
 
Lepas  akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau..  kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak.  Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut,  memang x berbunyilah rumah kitorang.
 
Ara taklah ‘bisu’  sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap  banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap  pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku  dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris  gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
 
Nak  jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi  bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg  bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu  batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku  merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
 
Bini  aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti  pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik  dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu  bukak tingkap, nyaman sket..
 
Ada satu hari tu, masa hujan  lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah..  Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete  orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat  kemalangan tu. Hah??
 
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
 
Lepas  kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah  korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau  ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
 
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
 
Alamak  ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang  kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku.  Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng  mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan.  Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x  tangkap je.
Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi  le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama..  Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia  akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
 
Tapi  kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri  ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin  dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang  la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh  menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat  tu. Itu mmg last kami jumpa.
 
Kini, kami dapat rezeki  sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2.  Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus.  Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah,  semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang  sangat2 menguntungkan!
 
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu,  kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan  rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku  pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk  rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido.
Esoknya pagi2 aku dh kena  gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan  sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku..  Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku.  So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2  sampai pagi!
 
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk  hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si  Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh,  kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul..  Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan  anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 
 
Ara sedar akan  perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain.  Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti  dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu.  Aku pelik, apa kaitan??
 
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita  yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam  xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang  tahon?!
 
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa.  Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon  asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
 
Ketika perkahwinan  aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang  maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk  hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit  barah tekak. Ya Allah!!
 
Doktor bagitau, Ara dah lama  senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan  trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan  anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat  bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
 
Doc tu cakap lagi,  penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab  pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So  itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin  rosak akibat barah tu.
 
Jadi camane dia boleh ajar anak aku  mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai  pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan  kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
 
Aku buntu..
 
Masa  tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado..  Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan  dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita  setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita  kat aku..
 
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata  mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2,  wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan  Ara selama ni.
 
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..
 
Aku  suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca  buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang  Ara..
 
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok  balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami  kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku  terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit,  tapi rupanya sepucuk surat!
 
1 Julai 2007,
 
Buat suami yang baru kupunya,
 
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku
 
Buat suamiku yang baru kupunya,
 
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
 
Buat suamiku yang baru kupunya,
 
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
 
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
 
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
 
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
 
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
 
 
Berderai  lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu?  Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?
 
4  tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling  penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah  aku beri kat Ara?
 
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh  hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2.  Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat  x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
 
Dalam  keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia  melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2  hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat  bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan  kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
 
Dia tulis dia x  menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku.  Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami  sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia  derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku  melihatnya.
 
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat  isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang  kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan  sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
 
Aku x tahu apa  lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang,  biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..
 
Akhirnya  Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila  kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya  berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
 
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..
 
(T.T)
...tak pastila kisah benar atau pun tidak..
tape tak penting pun.. aper yg penting pengajaran dari cerita ni...
 hargailah pasangan anda walaupun dia ade kekurangan..
 jangan mencela dia & menghebohkan keburukan pasangan kita pada satu dunia.. kita tak sedar yang kita sedang menunjukkan kebodohan kita serta keburukan sendiri... terimalah dia seadanya sama macam dia terima kita seadanya...
sekian omelan dari saya yang sedang mempelajari seswatu dari cerita sedih ini..... isk isk isk isk...
