“Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia 
adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut
 tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.
“Selain itu, kami juga tampilkan pelawak-pelawak yang diminati 
ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta 
Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.
“Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang 
berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya, 
Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan 
sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan 
kaca TV dari mula hingga ke akhir program,” jelas 
Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.
Apa yang menariknya, kumpulan dikir barat akan mengikut tema 
judul pada minggu tersebut. Sebagai contoh, jika tema rakaman
 minggu itu ialah tentang Mat Rempit, maka ahli dikir barat akan 
berpakaian seperti Mat Rempit iaitu dengan memakai topi keledar dan 
koreografi juga akan menjurus kepada aksi merempit.
Apa yang boleh disimpulkan, penonton pasti tidak kering gusi menonton 
program baharu Karoot Komedia dengan sajian lawak spontan yang 
dilakonkan pelawak-pelawak residen yang dipilih. 
4 comments:
xpernah tgk pulok..!
sbb nur mmg jrang tgk tv,..huhu
tak sabar nak balik umah tengok tv weekend nanti.. lame dah tak tengok tv rase nye..
tgk iklan mcm best..
tak sabo nak nengoknyer juga heheee
takde astro...
Post a Comment