tiba di ingatan yang terakhir buat diri sendiri
serta perkongsian buat anda yang memerlukan....
jika anda ketinggalan sila rujuk pada ingatan 1 dan 2
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia 
mendampingi kita semasa menderita 
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 14.KETIKA MENDIDIK ANAK 
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak .... 
15.KETIKA ANAK BERMASALAH 
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya. 
16.KETIKA ADA PIL. 
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat. 
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS 
Gunakanlah formula 7 K 
1 Ketaqwaan 
2 Kasih sayang 
3 Kesetiaan 
4 Komunikasi dialogis 
5 Keterbukaan 
6 Kejujuran 
7 Kesabaran
1 comment:
em... btl tu harus ingat mengingati slu...
Post a Comment