Tuesday, August 16

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG



kali ni pasal adab plak.. supaya suami ni beradap sket dengan isteri
yang sedang hamil tu.. ingat senang ke nak kendong budak dalam perot..
*ceh macam bajet tau plak* macam sebelum ni jugak..
saya ni kedekot taik idung manis.. tanak bagitau sesape pasal ni..
letak sini untuk simpanan sendiri.. senang nak baca dengan asven nanti..
teruskan membaca jika anda suke nak tau apekemende ni..

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar
bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat
sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada
suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu
suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : 

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat. 

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
"La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin"
maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim" 

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri
dan anak dalam kandungan selamat.

sambung lagi dalam tajuk yang terakhir

5 comments:

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..