Tuesday, August 16

Pure creamery butter tidak halal - JAKIM

hati-hati pada si pembuat kuih muih
atau pengguna mentega tegar..
sile gunakan mentega jenis lain yang disahkan halal
agar anda tidak terpesong dalam menggunakan produk
yang tidak halal..banyak lagi produk lain yang bess...

sumber :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama

‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.


Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati

produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak

walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.


"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang

mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak

menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru

Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah

menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal

yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.


Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan

jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.


Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport

dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. — Bernama




5 comments:

  1. oh golden churn ni dr haritu dh kata x halal kan..

    ReplyDelete
  2. @azam

    banyak lagi.. kopok lekor kat terengganu pun nak kene pantau

    ReplyDelete
  3. Semuanya jadi tak halal sekarang nie..Nape la masa mula mula tak check betul2 sebelum keluarkan produk macam nie..Dah jadi isi kandungan perut dah.. =..="

    ReplyDelete

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..