Friday, September 14

Bayi tersedak susu



Terbaca di FB tentang info bayi tersedak susu ni..
banyak kes pasal ni kan? terus baca dan simpan kat sini..
senang boleh rujuk semula bila dah beranak pinak nanti hehe..
nak share jugak untuk anda yang dah ada anak, bakal beranak
dan teringin nak ada anak nanti... ok cekidaut2...



1.Bagaimana terjadi?

-         Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik
menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.

- Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak.
 Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia
 bukan saja membabitkan satu otot sebaliknya banyak otot berbeza.

- Faktor yang boleh menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selsema,
bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam
keadaan yang tidak betul.

- Kebanyakan kes tersedak susu yang kita lihat selalunya disebabkan
masalah penyelarasan seperti mungkin ketika menyusu ada sedikit
 mukus atau kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau laju,
 contohnya susu badan bagi ibu dan bayi yang baru pertama kali
menyusu badan.Akibat tekanannya laju, kita selalu lihat bayi tersedak.



2. Apa yang harus dilakukan?

- Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu
akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia
yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta
(dipanggil spasm).

- Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat
 pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan
 tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

- Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk
 ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku,
bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi.
 Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR
 kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

sumber : FB







7 comments:

  1. assalamualaikum..

    thanks for the info... berguna utk akak ni.. :)

    ReplyDelete
  2. bagus ni ...bagus untuk sya juga..mane la tau saya dapat bb lagi nanti kan...hehehhehe

    ReplyDelete
  3. bagus info ni... :)
    terima kaseh sudi berkongsi,.. :)

    ReplyDelete
  4. emmm... yg penting jgn tinggalkan bayi anda berseorang bila sedang menyusu.. sgt bahaya.. :D

    ReplyDelete
  5. nice info...wani dulu time qalief baby mmg jaga2 tkt betul bab2 tersedak susu ni

    ReplyDelete

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..