PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 
sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 
pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada
Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di 
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.
Antara yang dilaporkan ialah :

1) Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan
2) Tetapi SSM akan ditambah baik
3) Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
4) Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
5) Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), 
gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), 
dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
6) SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum 
maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan adalah 
mengikut gred masing-masing
7) Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. 
Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
8) COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
9) Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
10) Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan 
kerjaya berasaskan time based..
bestnye org gov
ReplyDelete