Friday, October 25

Sekarang ni sesiapa sahaja boleh dibunuh.....




Seorang pegawai bank ditembak dari jarak dekat dengan pum gun
 di kepala. Pagi-pagi mesti dia pergi kerja sama seperti isteri-isteri 
orang lain juga. Mencari secupak rezeki dengan kerjaya yang tidak 
berbahaya sepatutnya. Siapa tahu, beliau mati ditembak dalam satu
 rompakan. Motifnya rompakan dan ia rambang. Isteri saya jika ada di
 tempat itu maka yang ditembak itu akan jadi isteri saya.

Mungkin sedang kita memandu van menghantar air mineral, 
boleh kita dilanggar dan ditikam berkali-kali sampai mati dengan
 motif rambang.  Jika saya yang dilanggar ketika itu, 
maka saya juga yang akan ditikam.

Ia boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Hari ini kita cool kerana 
yang ditembak itu isteri orang lain yang kita tak kenal. 
Yang kena tikam pun bukan orang yang rapat dengan kita. 

Jangan tunggu perkara itu jadi pada kita baru kita nak 
berdiri berkokok mengajak orang berjuang sama. 

Now, everyone can get murdered!

Semalam, jiran sebelah kita laksana HUDUD. 

Saya tak perlu habiskan ayat.......  - SAIFUL NANG

*sekadar memanjangkan luahan rasa apa yang saya rasa setuju....
jenayah di mana-mana... dah memang tak aman kan..?
siapa cakap Malaysia ni aman saya nak marah.. boleh?.... :(

9 comments:

  1. "malaysia masih aman" katanya.. sigh.. takut nak keluar rumah..

    ** bukan palm gun.. pump gun..

    ReplyDelete
  2. tq kak rai... sy dah betulkan,,.. sy pun copy paste tak pasan plak hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Bert, hurm... takot tau smlm kawan akak tunjuk cctv yg pegawai bank kene tembak tu, cepat je tersebar... Ya Allah.. matikanlah aku dengan cara yg sebaik baik nya...

    ReplyDelete
  4. tengok dengan mata sendiri dalam tenet...ya Allah takutnya rasa

    minta dijauhkan dari perkara yang tak ingini Bert...

    ReplyDelete
  5. nak pegi bank lps balik keje pun dh takut kalo berseorangan...

    ReplyDelete
  6. Biar kakak panjangkan Bert.. selagi perundangan cara Islam tak dilaksanakan jenayah akan semakin menjadi-jadi...

    ReplyDelete
  7. dunia dah hujung2 ni...nyawa manusia pun senang je nak amik skrang ni..

    ReplyDelete

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..