Thursday, March 14

Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri



Terjumpa petua.. nak share dan
 boleh jadi amalan kita bersama.. 


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan
 anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar
 serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya,
 tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu
 dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada
bila-bila masa terutamanya pada tarikh yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,
jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya
 pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk
 untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan
dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

banyak lagi dari sumber : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim


11 comments:

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..