Monday, November 26

10 Pilihan Cara Simpan Susu Perahan

pinjam ankel gugel punya


Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran.
Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas
penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi
kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk
 menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam
 keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik
yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah.
Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak
 tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara
yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan
 itu ke mana2, simpanlah botol2 tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak,
beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan
 suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh
 menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu
 memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg
 penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik
simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol
simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani
 masalah kebocoran atau tertumpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna tidak digalakkan
kerana bimbang sebahagian perwarnanya luntur dan memasuki susu.
sumber


13 comments:

  1. Dulu masa kakak tak ada tips macam ini semua. Kalau ada pun melalui buku. Perah buah aje tau dulu kakak - fikir balik sayangnya...

    ReplyDelete
  2. Emm... kehebatan orang perempuan yang Allah beri.. :D

    ReplyDelete
  3. saya teringin nak dpat susu banyak tu tau..tapi tak kesampaian..nak cube next bb la..hehhehe

    ReplyDelete
  4. ada juga terbaca pasal2 botol ni, mmg ade yg elok untuk simpanan susu ibu ni..

    dan pekara penting lagi satu, jgn lupa labelkan susu tersebut.. :)

    ReplyDelete
  5. very gd sharing ni!

    ReplyDelete
  6. teringat masa bf anak yg 2nd.. mmg gigih buat stok:) .. guna bekas plastik jek..:)

    ReplyDelete
  7. chayok2..MV dulu gun abotol biasa je

    ReplyDelete

Terima kasih datok datok dan daten daten tan sri puan sri yang sudi meninggal komen di sini dengan sangat baik dan sopan santon..